MUTIARA KATA HARI INI

Monday, August 2, 2010

PENCIPTA BENDERA MALAYSIA


Inilah dia Allahyarham Mohamed Hamzah, pencipta bendera Malaysia yang kini dikenali sebagai Jalur Gemilang. Bendera Malaysia dicipta pada 1947.



Pemilihan Jalur Gemilang telah diputuskan oleh Jemaah Menteri Malaysia melalui Musyawarah Kabinet tahun 1997. Pengumuman nama Bendera Malaysia Jalur Gemilang telah diadakan pada 31 Ogos 1997, jam 11.58 malam oleh Y.A.B. Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia di Dataran Merdeka.


Buat pertama kalinya Bendera Malaysia di naikkan pada 31 Ogos 1957.




Surat dan lakaran Bendera Malaysia oleh Mohamed Hamzah:

6 comments:

Kakcik Seroja August 2, 2010 at 5:48 PM  

Berapa ramai agaknya yang terkenang kepada Allahyarham bila memandang bendera itu?

sahromnasrudin August 2, 2010 at 5:51 PM  

salam..arwah harus diangkat sbg wira kerana jasanya yang tidak terjangkau dek kita...apakah warisnya ada merasai hasil dr jasanya ini???

ahmad humairi August 2, 2010 at 6:00 PM  

tak ramaila tu. Kita sedekahkan fatihah khas buatnya serta para pejuang bangsa amnya...al-fatihah!

ahmad humairi August 2, 2010 at 6:11 PM  

w/salam sah,

patut namanya dicetak di bawah setiap Jalur Gemilang.

Warisnya...sila tampil agar kerajaan dapat melakukan sesuatu kebajikan buatnya. InsyaAllah.

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE August 2, 2010 at 6:26 PM  

Salam..

Al-Fatihah juga utk arwah.

Pandai ckgu teka ttg ana. Mmg betui pun berjiwa seni. Dulu kat sekolah rendah penah masuk pertndingan melukis bendera Malaysia. Dapat nmbor 2...alhamdulillah.

ahmad humairi August 2, 2010 at 6:52 PM  

w/salam aa,

Wow!, anda hebat!!! Tahniah untuk itu. Blog anda penuh berseni juga...2X tahniah. Terus berkarya.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

TOP VISITOR

Statistik Pelawat Hari Ini

Try us on Wibiya!

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP