MUTIARA KATA HARI INI

Monday, August 9, 2010

SELAMAT MEMBURU LAILATUL QADAR


tiba masanya kini
seketeng loga terkembang
sedia merayu kumbang
mencicip manis madunya
seiring pejamnya
dedaun albab jahanam
menampak jelaskan
kembang-kembang loga firdausi

spesis azazil
yang terikat paltu
berseru-seru pada nafsu


al mubarak di ramadhan

16 comments:

sahromnasrudin August 9, 2010 at 5:51 PM  

salam cikgu..

sesungguhnya inilah bulan..
dikala syaitan telah diikat..
manusia yang akan mengambil tempatnya..

sesungguhnya inilah bulan..
dikala pahala akan digandakan..
manusia sedang alpa tanpa menerobosnya..

sesungguhnya inilah bulan..
dikala amalan 30 hari yang dicanang..
hanya 10 hari pertama mampu dibuatnya...

ahmad humairi August 9, 2010 at 5:57 PM  

w/salam rom,

sesungguhnya,
didoakan,
agar hati ini,
serta hatimu jua,
terus-terusan,
mempertingkatkan prestij iman.

salam ramadan al mubarak.

aliaazuan August 9, 2010 at 5:58 PM  

Salam..

Ana tak pandai nak bersajak mcm cikgu & cik Sahromnasrudin..

Cuma ana kagum dgn smngat cikgu..belum puasa tapi dh ada azam yg kuat utk menempuh Ramadhan & lailatul Qadar... sama2 top up IMAN...doa utk seluruh umat moga beroleh kekuatan.

kakcik August 9, 2010 at 5:59 PM  

Assalamu'alaikum Myri..

selamat menyambut kedatangan Ramadhan dan selamat memburu Malam Al Qadr. :)

Abd Razak August 9, 2010 at 6:07 PM  

Salam sdra...

Moga sihat hendaknya..

Ya Allah...tambahkanlah kepada kami keimanan dan janganlah Engkau kurangi. Muliakanlah kami dan janganlah menghinakan kami. Ampuni dan maafkanlah kami.

Selamat menghayati Ramadhan al-Mubarak

ahmad humairi August 9, 2010 at 6:16 PM  

w/salam aa,

terima kasih atas ingatan.
insyaAllah saya pasti ingat pesananmu bila tiap kali topup prepaid nset!

ahmad humairi August 9, 2010 at 6:17 PM  

w/salam Kakcik,

SALAM RAMADHAN AL-MUBAARAK...
~KULLU 'AAM, WA ANTUM BI KHAIR~

ahmad humairi August 9, 2010 at 6:18 PM  

w/salam Abd Razak,

amin...

moga Allah sentiasa merahmati kita.

salam ramadhan al mubarak.

CS August 10, 2010 at 12:52 AM  

salam
salam ramadhan al mubarak...hmmm entah kenapa, dh terasa ruh ramadhan sejak di sekolah tadi...murid2 pun tenang jer...cuaca apatah lagi...seolah2 alam sendiri sedang menanti2 kehadhirannya...kita seharusnya lebih lagi...semoga pengisian Ramadhan kali ini lebih cemerlang InsyaAllah...

ahmad humairi August 10, 2010 at 5:19 AM  

w/salam cs,

moga itu menjadi petanda, cs akan menjadi lebih cemerlang lagi, insyaAllah.

Insan Marhaen August 10, 2010 at 3:20 PM  

selamat berRamadhan. Muga Allah berkati puasa, sahur dan ibadah kita.

luahfikiran August 10, 2010 at 4:20 PM  

Salam,
Kita semua mesti mulai hari pertama ini berusaha untuk menemui malam yang amat istemewa ini, insyaAllah.

ahmad humairi August 10, 2010 at 5:21 PM  

IM,

Allah selamatkan kamu,
selamat atas segala-galanya.

ahmad humairi August 10, 2010 at 5:23 PM  

w/salam LF,

sekali bermula jangan berhenti,
laksana kura-kura...bergerak perlahan tanpa henti dan akhirnya berjaya memenangi perlumbaan menewaskan sipantas arnab!

penjejak maya August 10, 2010 at 6:43 PM  

salam,

semoga pemburuan kita nanti berhasil..

ahmad humairi August 10, 2010 at 7:07 PM  

w/salam PM,

...akan kita ketahui hasilnya nanti sama ada berisi atau sebaliknya.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

TOP VISITOR

Statistik Pelawat Hari Ini

Try us on Wibiya!

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP