MUTIARA KATA HARI INI

Wednesday, April 28, 2010

POLIS DATANG - MESTI ADA KES



Polis datang! Mesti ada kes!!

Itulah tanggapan umum. Bila dibawa polis ke balai...mesti ada kes salah laku yang telah dibuat.

Aku telah mengalaminya. Aku bersama lima orang kawan seasrama (Tingkatan 5, SMJK Sultan Yusuf, Batu Gajah) di bawa ke balai....

Suatu petang..selepas balik dari sekolah, tiba-tiba sebuah Land Rover polis datang ke asrama bersama warden - Cikgu Hakim. Warden menyuruh semua pengawas asrama setiap Dorm (termasuk aku) untuk dibawa ke balai untuk menyelesaikan
satu kes rogol. Kami pun dibawa ke balai (5 orang)dengan seorang yang dituduh untuk kawat cam.

Balik ke sekolah - kami dicop budak jahat. Kami dituduh bersubahat atas kesalahan yang tidak kami lakukan. Walhal kami telah membantu pihak polis untuk menyelesaikan kes tersebut.

Waktu perhimpunan pagi Isnin lalu, polis tiba-tiba datang. Guru Besar terus menjemput mereka untuk turut serta. Sarjan Mejar Izzahar dan Lans Koperal Cornleus telah dijemput menyampaikan ceramah mengenai kes salah laku.

'Murid Jahat' sekolah jadi kecut perut. Mesti kena ni.....

Selepas sesi perhimpunan, seramai 5 orang murid telah dipanggil untuk sesi kaunseling.

Alah...kes biasa je. Bukannya macam kes aku dulu tu...Kes ponteng sekolah je..

11 comments:

sahromnasrudin April 28, 2010 at 11:30 PM  

huhuhu..same la cikgu..kat skola sy dulu pun ada polis datang..diorang suspek ada sorang anak gengster bawak senjata api kat skola..area klang gengster 36 dan 18 sgt popular tau..slalu gaduh kat bus station..walau dh 11 tahun berlalu, geng nie masih ada...pening OCPD Klang tue...

Maiyah April 29, 2010 at 5:12 AM  

aduss.. kes rogol??..
skrg ni rasa gerun le

ahmad humairi April 29, 2010 at 5:17 AM  

kes berat tu rom,

xleh settle lagi sampai sekarang??? lama tuuu..

ahmad humairi April 29, 2010 at 5:17 AM  

maiyah,

sumpahhh...bukan kami yang buat!!!!!

ustaz eds April 29, 2010 at 6:46 AM  

salam cikgu myri

sesekali kena gempaq bebudak ni....bukan apa, mendidik ni macam2 cara...ada yang boleh cara lembut, yang tak makan saman tu, elok panggil polis....bagi ceramah. bebudak ni nampak bang polis pun dah kecut..

zue April 30, 2010 at 1:47 AM  

dimana2 saja klu ada kes2 yg x dpt sek selesaikan mmg polis dipanggilnya.
nak2 sek anak zue...ramai pelajar cina..mereka ni jenis x takut cikgu lagi dilawannya adalah.

ahmad humairi May 1, 2010 at 12:51 AM  

zue,

ini x boleh dibiarkannnn...
kena ajar nihhh.

Hjh Noralenna Abbas May 1, 2010 at 2:59 AM  

Saje nak keluar topik. Sebelum, Hari Buruh....Sekarang, Hari Pekerja..... Esok, Hari apa?
Selamat Hari Pekerja, cg!

ahmad humairi May 1, 2010 at 4:44 AM  

Terima kasih Kak Nora,

Esok hari harimau...harihari ada hari..

Captain May 3, 2010 at 7:50 AM  

salam chegu,

Laa awat tak habaq mai..sy pun pi Sg Klah jugak...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

TOP VISITOR

Statistik Pelawat Hari Ini

Try us on Wibiya!

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP