MUTIARA KATA HARI INI

Saturday, May 1, 2010

SATU HARI DI RESORT AIR PANAS

Seawal 9.00 pagi, 1 Mei 2010, aku dan keluarga dah sampai di Resort Air Panas, Sg. Klah, Sungkai, Perak. Yelah. Cuti Hari Pekerja. Tiada cuti tambahan sebab 1 Mei jatuh pada hujung minggu.. Parking banyak lagi yang kosong.

Kalau dulu mesti kena bawak radio transistor bergaya dengan saiz kecil kalau nak keluar bersantai. Mini Compo, walkman atau discman dah tak pandang dah. Kini mp3, mp4 dikompakkan dalam telefon bimbit menjadi pilihan. Bawa komputer riba dan broadband. Sambil santai, boleh juga bertandang ke rumah kengkawan.

Aku mencari pokok. Kusandarkan badan pada batang pokok berdaun rimbun. Spesis daun hijau kemerahan. Anak-anak dan isteri dahpun terjun ke dalam kolam air panas. Pembesar suara bersaiz telinga kusumbatkan ke telinga. Lagu beralun membawa aku ke alam lain.

20 biji telur ayam memang kubawa dari rumah. Kurendamkannya selama 4 - 5 minit di kolam itu. Tik! pecah telur sebiji-sebiji. Enak dicicah kicap dan sos cili. Perut pun lapar. Bertambah sedap jadinya.

Puas berendam air gunung - sejuk dan panas silih berganti, air sejuk dari langit pula turun. Lebat. Seronok bermain hujan pula.

Pukul 2 petang. Dah rasa nak balik. Aku ajak anak-anak dan isteri solat dulu sebelum pulang di surau resort. Pak Aji 2/3 umur mengimamkan aku dan anak-anak. Kemudian datang anak muda, juga mahu sembahyang. Gelagatnya menarik perhatian kami.

Ketika berdiri qiam, pemuda itu berhayun ke kiri dan ke kanan umpama lalang ditiup angin. Selesai sembahyang, Pak Aji bertanya kepada pemuda;

Kenapa anak sembahyang macam tu?

Oh...dah 2 tahun saya kerja kat kapal (navy)..terasa macam dipukul ombak!

Isyyhh anak ni. Pakcik dah 50 tahun kahwin ngan makcik kamu...takde pun sembahyang macam ni (sambil berdiri qiam, pakcik tu menghayun pinggangnya ke hadapan dan ke belakang. Kalo ada orang di depan, sure kena punya...)

Pakcik ni...memang banyak pengalaman. Tabik kat Pak Aji.

20 comments:

ustaz eds May 1, 2010 at 8:07 AM  

Salam cikgu Myri

Tabik spring dengan jawapan pak aji tu...ilmu mantiknya memang tinggi

sungai klah dan surau resort tu selalu jugak Teman kunjungi...masih takde rezki nak bersua dengan cikgu...hehehe

Maiyah May 2, 2010 at 3:48 AM  

hehe.. al kisahnya si pemuda kapal..

pecinta_Islam May 2, 2010 at 6:45 AM  

haha...cerita sebegini pertama kali sy mendengarnya..dan sy x pernh lg jmpe makmun sbegini.hehe

Temuk May 2, 2010 at 6:34 PM  

Salam Cikgu Humairi
Seghonoknye suasane resort dgn ayo panehnye tu! Lagu apele gamaknye yg beghalun ke gendang telinge cikgu, ye? Hehehe, makmum mude tu faham ke makne goyang pak imam? Entah2 die ingat pak imam pun keghoje kape laut jugak, tapi kene ombak jenih lain!

penjejak maya May 2, 2010 at 9:56 PM  

salam..

cerita yang menarik!

ahmad humairi May 3, 2010 at 2:53 AM  

Ustaz,
silakan berkunjung ke rumah..
xpun kalau gi tesco kampo..gitau teman.

ahmad humairi May 3, 2010 at 2:54 AM  

maiyah,

kisah dan teladan...

ahmad humairi May 3, 2010 at 2:55 AM  

syah,

ahaa...nanti syah akan jumpa.

ahmad humairi May 3, 2010 at 2:58 AM  

salam kembali Abang Temuk,

Betul!. Ombak jenih laen!!! Dia pahamla kot sebab ketawa sampei meleleh ayo mate.

ahmad humairi May 3, 2010 at 2:59 AM  

penjejak maya,

makasih sudi mampir. akan kujejakimu jua..

sonata anak kancil May 3, 2010 at 4:05 AM  

orang tua punya jawapan , he3x....bijak pulak buat kiasan!!!

ahmad humairi May 3, 2010 at 4:29 AM  

sonata,

berkias,
agar tak tewas,
pengalaman lepas,
jawapan puas.

Che' Pit May 3, 2010 at 5:31 PM  

ngeh ngeh ngeh..
agaknya kalau CP sembahyang jemaah dgn org2 navy, ramai lah yg goyang2 mcm tu gamaknya, hihi

sahromnasrudin May 3, 2010 at 6:02 PM  

sampai mcm tue sekali ke badi org kjer navy nie, cikgu??ishhh..bahaya betul la

ahmad humairi May 3, 2010 at 7:20 PM  

CP,

ngee.....
pandai deme buat lawak...

ahmad humairi May 3, 2010 at 7:22 PM  

Rom,

bukan sumenye camtu....sesetengah nye aje..

zue May 4, 2010 at 9:04 PM  

salam cikgu,
tringat zaman brkelah bawak mini compo..eee masa tu dah bangga.

x tangkap gambo masa brkelah.

ummu May 8, 2010 at 3:00 AM  

salam Cikgu Myri
betul ilmu mantiqnya tinggi pak aji tu.subhanallah...
sedapnya telur rebus panas2 gitu,nak2 tengah lapar...

ahmad humairi May 8, 2010 at 9:03 PM  

qaseh mas,

semuanya sedap bila perut mahu menerimanya..syukur alhamdulillah...namun sabar perlu jika yang lazat tidak lagi boleh diterima sang perut...tengok je laaaa...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP