2 April, Jumaat - Pada 30 Mac dan 1 April yang lalu, Kejohanan Olahraga Peringkat Daerah Tengah telah pun berlangsung di padang SK Titi Gantung, Bota di bawah penyeliaan SMK Layang-Layang Kiri.
Kejohanan bagi kategori Sekolah Rendah kali ini menyaksikan Zon PKG Kg Gajah dengan cemerlangnya menjuarai dengan memungut 14 Emas diikuti Zon Bota dengan hanya 10 Emas.
Beberapa orang murid dari SK Sungai Galah turut dipilih mewakili Zon PKG Kg Gajah. Antara mereka yang terlibat adalah Adik Mohd Zikry, Adik Mohd Hakim, Adik Abdul Kamil dan Adik Mohd Azmir.
Ke semua peserta lelaki dari SK Sg Galah yang mewakili Zon PKG Kg Gajah telah berjaya menghasilkan pingat dengan cemerlang. Berikut adalah pungutan pingat yang diperolehi oleh peserta dari SK Sg Galah.
1. Adik Mohd Zikry - Emas (Lompat Jauh B11)
2. Adik Mohd Hakim - Emas (Lontar Peluru B11)
3. Adik Mohd Azmir - Emas (4 x 200 m)
4. Adik Abdul Kamil
- Emas (4 x 100 m)
- Emas (4 x 200 m)
- Perak (100 m)
- Gangsa (Lompat Jauh)
Kenangan paling manis pada kejohanan kali ini ialah apabila Adik Mohd Hakim Salleh dinobatkan sebagai Olahragawan Daerah (Bawah 11) setelah berjaya memecahkan rekod lepas untuk acara Lontar Peluru.
12 comments:
tahniah buat adik-adik... majulah sukan untuk negara...
yang baik,
makasih ngomen....anak x wakili tadikanyeke masa hari potensi tuh?
wah..dia pecahkan rekod lontar peluru..klu sy la..ntah ape gamaknya yg sy lontarkan hehehehe.....
rom,
lontarkan pandangan, layangan minda...sudah cukup memecahkan otak nie...
tahniah... adaik2 n buat pengajar2nya
tahniah, kalau cikgu myri lari, lagi banyak menang emas...he he he
terima kasih maiyah,
bersemangat pengajar kat sini atas sokongan yang diberikan..
ustaz eds,
myri dah x lari,
pingat dah penuh lemari,
sekarang menanari,
syok sendiri....
tahniah...tentunya bimbingan cikgu Humairi??? tahniah untuk cikgu telah menghasilkan olahragawan
sonata....
iye...ya...kerjasama kami sepasukan menghasilkannya...jangan bagi malu cikgu2 sksg...
cikgu myri... kinta selatan minggu depan... hehehehe...
Dr.Araz,
jom...
kita berentap antara daerah
Post a Comment