MUTIARA KATA HARI INI

Thursday, April 22, 2010

LAGU THEMA HARI GURU 2009 / 2010



Guru Pembina Negara Bangsa

(klik tajuk lagu untuk download muzik, vokal & minus one)

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demumu ibu pertiwi
Sumpahku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru pembina negara bangsa
Gagah perjuangkan visi negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru pembina negara bangsa
Tetap unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

SEJARAH HARI GURU

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai HARI GURU kerana pada tarikh tersebut iaitu pada 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatan kuasa Pelajaran (Report of Education Comittee) sebagai dasar pelajaran negara kita.

Dokumen tersebut juga dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) dan sejak itu telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan.

"HAPPY TEACHERS DAY"

10 comments:

sahromnasrudin April 22, 2010 at 8:16 PM  

cikgu..terlalu awal utk sy ucap selamat hari guru.nanti ucap erk...

ahmad humairi April 22, 2010 at 11:43 PM  

shahrom,

ok2, selamat hari raya...
(ucap dulu...kot tak empat)

Che' Pit April 23, 2010 at 1:53 AM  

err CP mengajar tapi bukan cikgu..
valid ke kalau org ucap selamat hari guru? hmm kompius seketika

zue April 23, 2010 at 2:31 AM  

mmg x leh ucap hari guru...belum masanya..apa2 nak ucapkan terima kasih buat cikgu krn anak sy trpilih masuk kelas hikmah.

ahmad humairi April 23, 2010 at 3:24 AM  

CP,
kalo dah ngajo...cikgule namanyatu...
baek ape jua caranya penyampaian..x glamer kot cikguu...ngee...

ahmad humairi April 23, 2010 at 3:26 AM  

zue,

bukannya nak ucap sekarang ponn,
saje aku nak bagi sedo kat sume org... hari aku dan member sejawatan dah semakin tiba...

ummu April 23, 2010 at 7:08 AM  

salam Cikgu Myri
nanti saya nak copy paste kat blog saya yang satu lagi,boleh tak erk?

ustaz eds April 23, 2010 at 8:02 AM  

salam cikgu myri

rasa nak berpadu suara dengan cikgu myri mendendangkan lagu ni....tapi tak tau melodi....hu3

ahmad humairi April 23, 2010 at 5:17 PM  

salam kembali qaseh mas...

saya pun copy-paste je....tapi kena edit balik ejaan yang silap tu..
no problem.

ahmad humairi April 23, 2010 at 5:20 PM  

salam kembali ustaz,

lagu yang sama tahun lepas...kalo tak ingat leh pergi ke laman yang saya linkkan tu.

kalo berpadu suara..nanti ustaz ngelat..mulut buka , suara x keluo..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

TOP VISITOR

Statistik Pelawat Hari Ini

Try us on Wibiya!

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP