MUTIARA KATA HARI INI

Sunday, April 18, 2010

TERIMA KASIH CIKGU

Mei datang lagi. Tanggal 16 Mei 2010 jatuh pada hari Ahad. Hari final Badminton Piala Thomas.

Surat pekeliling dah dikeluarkan. Suruh semua sekolah di Perak menyambut Hari guru pada 17 Mei (Hari Isnin). Pada hari Sabtu 15 Mei diarahkan untuk bergotong-royong perdana sempena hari guru melibatkan PIBG serta warga setempat.

Cikgu yang ajar aku masa darjah satu dulu namanya Cikgu Mariam. Aku ingat lagi dia lukis gambar kucing pada kulit luar buku rampaian Ilmu Kejadian (Sains). Bila dia masuk kelas, dia kata "keluarkan buku kucing.." Kami semua keluarkan buku yang tepat. Satu hari belajar bab ikan. Di papan hitam dia lukis gambar ikan haruan....aku tiru sebijik...serupa ngan yang cikgu lukis. "Bagus! cantik!!", puji cikgu. Kembang hidung aku..

Masuk darjah dua..Cikgu Hamid mengajar tulisan berangkai. Habis menyalin sebaris ayat berangkai, kami kena buat awan larat (corak) di baris akhir buku latihan. Memang menyeronokkan bila aku dapat hasilkan tulisan yang cantik serta corak yang berwarna-warni!

Hand writing aku di akui cantik sampai sekarang dan bakat melukis terserlah bila gatal tangan aku menjadi di dinding-dinding sekolah sebagai mural.

Cikgu Bahasa Inggeris - Mr. Chew garang orangnya. Dia pernah mendenda aku kerana bising dalam kelas....kawan aku punya pasal aku disuruh menjerit sekuat hati di bawah pokok ubi gajah yang meneduhi kawasan sekolah sampai daun-daun ubi itu gugur....isyy, mustahillah cikgu!!!

Cikgu Harun,
Cikgu Zan,
Ustaz Ismail... dan ramai lagi.. terima kasih cikgu kerana dengan sabarnya telah mendidikku menjadi dewasa..

8 comments:

ustaz eds April 18, 2010 at 11:26 PM  

haimau mati meninggalkan belang...
cikgu mati meninggalkan budi yang tak terbalas oleh kita..
moga sumbangan ilmu yang dicurahkan oleh guru akan terus mengalir pahalanya walaupun sudah tiada dialam fana ini...
al-fatihah untuk guru2 yang telah mendahului kita menemui Sang Pencipta...

sahromnasrudin April 18, 2010 at 11:55 PM  

ya..trime kasih utk semua cikgu2..tanpa didikanmu, tak mungkin aku berada di tempat sekarang..cikgu dulu, kini & selamanya...

ahmad humairi April 19, 2010 at 12:38 AM  

Ustaz,

itu baru cikgu sekolah rendah. Masuk sekolah menengah...ramai lagi cikgu yang masih aku kenang...jasa mereka tidak terhingga!!

ahmad humairi April 19, 2010 at 12:39 AM  

Shahromnasrudin,

...Guru pembina negara bangsa...

Maiyah April 19, 2010 at 12:57 AM  

guru adalah istimewa..
mengajar tnpa kenal erti jemu
krn telah dipertanggungjawapkan memberi
pengetahuan
syabas guru2

ahmad humairi April 19, 2010 at 1:42 AM  

ya maiyah,

dedikasi buat guru-guru kita...

Terima kasih cikgu...
(ulang sampai penat)

Che' Pit April 19, 2010 at 4:30 AM  

sekolah rendah, kayu pembaris panjang yg kaler kuning tu selalu berterbangan dalm kelas.. tak kira lagi pemadam papan hitam yg turut terbang.. garang cikgu2 CP masa sekolah rendah.. tapi, inilah hasilnya.. Terima kasih kepada semua cikgu2..

ahmad humairi April 19, 2010 at 5:10 AM  

CP,

Ya..ya..pembaris kaler kuning. Ia terbang dan hinggap kat mana yang sempat..tak kira kepala ke...belakang ke...lengan ke...iskk...sakit...demi mendisiplinkan kita... Terima kasih cikgu!!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

TOP VISITOR

Statistik Pelawat Hari Ini

Try us on Wibiya!

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP