MUTIARA KATA HARI INI

Thursday, April 8, 2010

BULAN OH BULAN

Hari ini hari Jumaat. Baru je baca Yaa-sin ngan murid tahun 6 sebentar tadi. Saya masuk ke bilik. Saya didekati bulan. Bulan dipagar binatang. Memang cantik, tapi hati sakit. Sebab dia sombong. Mengada-ngada.

Saya jadi bengang. Otomatik. Bila pagaran binatangnya mengayat.

Saya panaskan sejuk pagi dengan ayat berapi. Sungguh saya tak percaya pada diri. Maaf. Benar-benar otomatik. Mengeluarkan asap bila ia semakin menyejuk. Saya dapat lihat asap itu ditelan bulan dipagar binatang. Berlalu dengan sombong sambil diekori asap itu.

Bulan dipagar binatang kuharap kau kan dipagari bintang.

20 comments:

Che' Pit April 8, 2010 at 6:52 PM  

salam cgu

kat opis, sebulan sekali baca yassin..

2 bulan sekali perhimpunan bulanan..

err pagi2 dah berasap, kesian cgu.. sbb permulaan pagi akan membawa sampai ke malam hari..

sahromnasrudin April 8, 2010 at 7:19 PM  

bulan ohh..bulan..
ramai sungguh yg memujimu..
kerna apa?
kerna kau sungguh terang..mungkin..
atau kau..
hanya kelihatan di malam hari..mungkin..
apapun, wahai kau bulan..
semoga kau terus memagari bintang

ahmad humairi April 8, 2010 at 7:43 PM  

kat sini amalannya setiap hari jumaat.

perhimpunan seminggu sekali setiap pagi isnin.

err...asap dah berlalu ditelan mesra sang bayu...

ahmad humairi April 8, 2010 at 7:59 PM  

sahromnasrudin,

mungkin bulan di imaginasimu boleh memagari bintang...siapa tahu????

Maiyah April 9, 2010 at 3:38 AM  

salam jumaat.. bulan yg ada asap ker heheh

ahmad humairi April 9, 2010 at 7:03 AM  

ya maiyah,

begitulah kira-kiranya..

mantan April 9, 2010 at 8:25 AM  

Salam Myri...Bulan, cantik dari jauh..

ummu April 9, 2010 at 7:29 PM  

salam Cikgu Myri
erm kat sekolah abru saya ni pun,
tiap2 jumaat ada bacaan yaasin.

Bulan,alangkah indahnya kalau kau dipagari budi bahasa..pasti bintang2 begemerlapan di sisimu

ahmad humairi April 9, 2010 at 11:29 PM  

salam kembali mantan,

bulan memang cantik serta sentiasa berkongsi cahaya untuk menerangi kegelapan....jangan jadi seperti bulan dipagar binatang tu dahlaaa...

ahmad humairi April 9, 2010 at 11:31 PM  

qaseh mas,

yang bercahya..diceriakan lagi gemerlap sinar...makin berseri jadinya.

izakhairi April 10, 2010 at 5:47 AM  

memang sedih dan bengang bila bulan dipagari binatang moga harapanmu Cikgu Myri akan menjadi kenyataan bila bulan dipagari bintang...indah dan nyaman

shameel Iskandar April 11, 2010 at 4:13 AM  

salam cikgu. Kat sekolah saya pun ada bacaan yassin setiap pagi jumaat.

Tentang bulan.
Ia memancar dalam kegelapan,
hanya si punguk
yang menatap dari kejauhan
dan mengharap penuh kerinduan

ahmad humairi April 11, 2010 at 4:34 AM  

wah! shameel iskandar,

hebat frasa anda...moga sang pungguk dapat memanfaatkan cahaya kasih sang bulan..

sonata anak kancil April 11, 2010 at 7:51 AM  

kat sekolah sy pun setiap pagi Jumaat baca Yaasin...kurang2nya budak2 yang nakal2 tu terubat jua hatinya

ahmad humairi April 11, 2010 at 6:15 PM  

harap-harap ibu-bapa pun samalah mentarbiah anak-anak mereka seperti kita ni ek???

ustaz eds April 12, 2010 at 3:09 AM  

salam cikgu

he he he...selalunya dengar bulan dipagari bintang, tp kali ni dipagari binatang....camna binatang boleh naik dan memagari bulan plak cikgu....uduihhhh...tolong cikgu jelaskan...fening dah ni

ahmad humairi April 12, 2010 at 3:20 AM  

ustaz,

kanke ayam jalak dah terbang sampai ke bulan????....ustaz lupa kot???

kak cabai April 13, 2010 at 1:03 AM  

kenapa sibuk sgt dgn bulan tu, kan murid tahun 6 nk upsr? Mereka lebih memerlukaan cikgu, bulan yg dok buat x tau kt cikgu tu x payah la layan dia...

ahmad humairi April 13, 2010 at 5:15 PM  

kak cabai,

maaf yea...layanan otomatik telah pun diberikan dengan harapan agar dia jadi lebih baik lagi walaupun dah baik dah...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

TOP VISITOR

Statistik Pelawat Hari Ini

Try us on Wibiya!

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP