MUTIARA KATA HARI INI

Monday, April 5, 2010


waduh
malam nan dingin
sejuk sampai ke tulang
membekukan
lelemak mentega

lalui liku-liku harian
hairan
penuh terasa

sungguh santan sangat lemak
lama-lama basi juga
sungguhpun rajin memangkas semak
tidak lawas, merimbun pula

10 comments:

sahromnasrudin April 5, 2010 at 10:56 PM  

wah, cikgu..sungguh puitis madah diatas..ada masuk mana peraduan puisi ke cikgu?

ahmad humairi April 6, 2010 at 12:59 AM  

xdelah rom,

saje-sajeje menulis,
nak publish kat penerbitan laen...x laku..huuuu.

sonata anak kancil April 6, 2010 at 6:40 AM  

hujan lebat sangat ke??? sejuk sampai ke tulang...

ewah-ewah....cantik rumah baru awak - warna putih gitu.....sedap rasa tengok yg cerah2 ni...sebelum ni hitam...sampai aku tukar spect baru....makin rabun dibuatnya!!!

tapi ni dah bagus! orang tua baca...terang2 jelas sikit
ngeh3x

ahmad humairi April 6, 2010 at 5:11 PM  

sonata,

hujan gerimis,
bak salju nan tipis,
hitam menawan habis,
putih dipandang manis.

ahmad humairi April 6, 2010 at 5:14 PM  

maiyah,

nak bagi clear...
tapi makin rabun dibuatnya...

ustaz eds April 7, 2010 at 7:17 AM  

salam cikgu..
semakin puitis pulak sejak berada dirumah baru ni...ada ape2 ke?he he he

ahmad humairi April 7, 2010 at 5:17 PM  

ustaz,

kalau tidak ada-ada,
masakan tempua bersarang rendah,
sebenarnya tiada apa,
ada idea terus bermadah.

Temuk April 12, 2010 at 7:43 PM  

Salam Cikgu Humairi
Kalau ada padi di ladang
Tumbuklah ia simpanlah beras
Kalau ada umur yang panjang
Ingin mencoret perihal memangkas.

ahmad humairi April 12, 2010 at 8:26 PM  

Salam kembali Abag Temuk,

tuai padi antara masak,
esok jangan layu-layuan,
coretan itu semankin nampak,
sentiasa kutunggu di laman tuan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

TOP VISITOR

Statistik Pelawat Hari Ini

Try us on Wibiya!

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP