BULAN PERNYATAAN KASIH
(Dedikasi buat Bonda Rokiah Yeop Idah, arwah ayahanda Razali Mat Bidin serta semua guruku)
Terima kasih ibu.
Terima kasih bapa.
Terima kasih cikgu.
Ibu mahu anak mendengar kata. Ayah menginginkan anak yang memelihara maruah keluarga. Guru mendidik anak menjadi orang berguna. Bila anak berada di puncak tinggi, jangan lupa menunduk ke bumi. Jangan tamak rezeki.
Ibu bapa yang kasihkan anak-anak, rela berkorban nyawa. Guru yang prihatin, sabar menangani karenah anak didik. Ibu bapa, juga guru bertungkus lumus memerah tenaga. Apakah balasannya?
Wahai….sayu menyapa. Pilu mendayu. Sedih. Hiba. Bila di sana sini, anak belum tanggal uri, ditinggalkan sendiri. Yang belum kenal erti, didera mati.
Menambah pedih, bila direncahkan yang anak pula menerajang ibu. Menghalau bapa. Membunuh keluarga. Mengherdik guru. Tergamak mereka menggigit tangan yang menyuap nasi. Berseteru pada pentauliah ilmu.
Saatnya tiba kini. Bulan 5 dan 6. Ya, Mei serta Jun yang dikhususkan sebagai Bulan Pernyataan Kasih kepada ibu, kepada bapa dan kepada guru. Perlukah kita bulan ini atau menunggu titik tarikhnya tiba untuk menyatakan terima kasih? Raikanlah mereka setiap masa, di mana jua.
Kasih ibu membawa ke syurga. Kasih bapa berkorban nyawa. Kasih guru mekar sentiasa. Andai masih bersama, isyaratkanlah pernyataan kasih ini. Biar nyata di mata. Biar diserap jantung dan arteri, rasa dihargai. Andai telah tiada, curahkanlah pahala di pusara. Walau dalam sepi. Tanda kasih abadi.
Ibu, kau ratu hatiku. Ayah,kau mahkota jiwaku. Guru, kau pelita hidupku. Bak bulan, bintang dan mentari. Tiada galang ganti. Mentari, bintang dan bulan jatuh ke riba. Segalanya kubawa mati. Bukan kemewahanmu aku hormati, tapi keikhlasanmu aku sanjungi. Bukan kehebatanmu aku kagumi, tapi kesabaranmu yang aku hargai. Terima kasih ibu. Terima kasih bapa. Terima kasih cikgu.
14 comments:
ibu, bapa dan guru sangat dekat dihati kita..tanpa mereka, dunia pasti gelap..terima kasih kepada mereka kerana sanggup memancarkan cahaya keilmuan kepada kita semua...
salam cikgu myri
kasih cinta pada ibu bapa dan guru setiap saat, setiap detik...insan banyak budi dan jasa.
sahrom,
mak saya dah x larat jalan..dok atas kerusi roda...baru je balik dari klinik jumpa doktor. Mak..bahagia selalu..
ustaz,
tule....ni tengah nyanyi lagu ayah dan ibu (sudirman)...dalam ati..
salam chegu,
Kalau lagu jamal kasihnya Ibu boleh buat nangisx laa.
Salam Cikgu Humairi
Adalah segelintir yg bilazim. Yg lainnya, pasti berterusan terasa terhutang budi & jasa kepada kedua-dua orang tua dan guru mereka (tak kira guru peringkat mana). Mari kita doakan sepanjang kita terdaya, akan kesejahteraan & keselamatan mereka, di dunia & di akhirat.
kasih yg tiada penghujungbya
pengorbanan seorang guru kadang-kadang melampaui tugasan seorang ibu ataupun ayah..sama-samalah kita hargai guru-guru kita. Al Fatihah buat mereka yang telah tiada.
selamat hari ibu, selamat hari bapa, selamat hari guru....semoga semua dirahmati Allah swt
salam capt,
banyak lagu patriotik tentang ibu, tapi saya sering nyanyi lagu sudir tu.
Abang Temuk,
selamat hari guru juga kepada Abang Temuk. Budi dan jasamu tak ternilai segunung harta...eh, Faiq dah siapkan kad ucapan untuk cikgunya tak?
Terima kasih cikgu...
maiyah,
bila sampai ke penghujung, ia kan bersambung......
sonata,
selamat jua buat cikgu sonata..gi medan ek???
c.i,
al-fatihah buat yang masih hidup atau yang telah pergi meninggalkan kita.
Post a Comment