MUTIARA KATA HARI INI

Monday, July 4, 2011

Tanya Jawab Pantun

Jenjalan ke Blog Kakcik Seroja, lalu terpandang kontes ini. Berbalas pantun...ermmm minat gak lalu terus menderaf. Tak berapa sempat rasanya memblog sebab ada beberapa perkara yang perlu dibereskan dahulu. Tapi kan, kalau dibiarkan aje masa berlalu, pasti ia akan berlalu.

Ayuh kengkawan, jangan biarkannya berlalu begitu sahaja. Klik banner di bawah agar sama-sama kita dapat memeriahkannya.

Kesiannnn AL....
Dah dapat gading bertuah....diusung pula ke sana ke mari....sampai tak tahu nak letak kat mana tanduknya......Jangan sampai hanyut dibawa arus dah la ye....


(Tanya)
Anak sepat di dalam sawah
Elok dimasak dengan pegaga
Bila dah dapat gading bertuah
Tanduk hendak letak kat mana ?

(Jawab)
Nyiur meleding sudah berbuah,
Rimbun senduduk berbunga pagi;
Digenggam gading yang sangat bertuah,
Pastilah tanduk tak berguna lagi.


(Tanya)
Pisang emas masak se sikat
Masak pulut janganlah hangus
Sudah kemas perahu ku ikat
Kenapa hanyut di bawa arus ?

(Jawab)
Dahan meranti hanyut terapung,
Hanyut sampai ke Pulau Jerjak;
Jangan nanti kemas digendong,
Tak capai dikejar cicir dipijak.

(Tanya)
Anak senangin anak tenggiri

Masuk ke kelong mengelak pukat
Jika tak ingin dibuat isteri
Kenapa diusung merata tempat?

(Jawab)
Mudik berakit kelong berkapai,
Dayung langsung dari hulu;
Badan sakit hajat tak sampai,
Bunga diusung tinggallah dahulu.


31 comments:

sahromnasrudin July 5, 2011 at 12:05 AM  

assalamualaikum cikgu...


wah!!!berpantun deme ye hehehehhee...cer pantun cer pantun heheheheh..

kawan tak gheti sangat berpantun....nnti kene blajor dikit-dikit hehehehehehe

al-lavendari July 5, 2011 at 12:07 AM  

terima kasih kerana sudi memeriahkan pertandingan berbalas pantun anjuran saya.

semoga pantun pusaka nenek moyang kita akan terus kekal relevan sampai bila-bila.

ahmad humairi July 5, 2011 at 12:15 AM  

w/salam sahrom,

Apa tunggu lagi???
Jom pantun!!!

faraherda.razalan July 5, 2011 at 12:17 AM  

Berenang ke hulu si ibu kerisi,
Si aya menyusu sang anak tenggiri,
Nahu cantik pantun berisi,
Ucapan maju jaya untuk Cikgu Humairi.

ahmad humairi July 5, 2011 at 12:19 AM  

AL,

Moga begitulah hendaknya,
berkontes sambil membimbing,
insyaAllah,
takkan hilang pantun pusaka bangsa.

ahmad humairi July 5, 2011 at 12:21 AM  

MommyFara,

wah!
Hebat!!!
Pantun anda memang hebat!

Jawablah pantun AL tu...ayuh!, jangan segan!!

Kakzakie Purvit July 5, 2011 at 12:35 AM  

Wah... tak boleh tahan kakak nak join juga. Esoklah sebab hari ini belum habis kerja lagi...

Kakcik Seroja July 5, 2011 at 12:46 AM  

Kakcik suka pantun2 Myri. Alhamdulillah, bertambah peserta berbalas pantun di blog Kanda AL. :)

ahmad humairi July 5, 2011 at 12:48 AM  

Kakcik,

kakcik pun tak kurang hebatnya...moga kontes bertambah meriah.

ahmad humairi July 5, 2011 at 12:49 AM  

Kakzakie,

banyak masa lagi...joinla!

ibuintan July 5, 2011 at 12:56 AM  

tahniah cikgu..moga berjaya

ahmad humairi July 5, 2011 at 1:03 AM  

ibuintan,

terima kasih,
dah repair PC tu?
...bagi kat saya, saya pandai gak nukang-nukang tikus...hehe

ZaridaIshak July 5, 2011 at 2:18 AM  

maaf lah tak pandai berpantun... adeh!

Abd Razak July 5, 2011 at 2:32 AM  

Assalamualaikum...

Saya kerap ke blog ke-2 bang hj hamzah, tetapi untuk masuk contest taklah kot...

atuk July 5, 2011 at 4:02 AM  

Assalamualaikum Cikgu Humairi

pandai orang Perak berpantun
mengalahkan orang Melaka...

moga berjaya

Wassalam

Temuk July 5, 2011 at 8:52 AM  

Assalamu'alaikum CIKGU HUMAIRI

Wah, wah, mantap rangkap-rangkap tu! Good luck!

Kesihan pada al-lavendari: tak tahu kat mana nak letakkan tanduknya; sudah tu, perahunya hanyut pula. Dalam pada itu kena jaga orang yang diusung ke sana-sini tu pula!

ahmad humairi July 5, 2011 at 5:24 PM  

YB,

Janganlah minta maaf dulu...cuba dulu, baru taww!

ahmad humairi July 5, 2011 at 5:25 PM  

w/salam Rozali,

Saya belajar kat orang Melaka nih...hehe

ahmad humairi July 5, 2011 at 5:27 PM  

w/salam Abd Razak,

Cara penulisan anda cukup hebat. Anda pasti boleh, cubalah. Bukan hadiah jadi rebutan, tapi penyertaan demi memartabatkan pantun pusaka.

ahmad humairi July 5, 2011 at 5:34 PM  

w/salam Abang Temuk,

Tule,
kalau dah tak berguna tanduk tu, boleh aje dermakan pada kita erak?.
AL berhajat besar nampaknya, tapi saya nasihatkan agar jangan 'yang dikejar tak dapat dan yang digendong berciciran'. Nak 'pasang' lagi satu gamaknya AL ni. Kalau mampu apa salahnya. Tapi kalau nempah sakit badan, usahle ngusung sane sini, tinggaikannye.

shameel Iskandar July 5, 2011 at 7:13 PM  

Assalamualaikum cikgu.
Mesti biasa berbalas pantun ni.

Anonymous,  July 5, 2011 at 8:10 PM  

cayalah cikgu

teringat dolu2 zaman pesta-pantun sekolah2..
jenuh nak pikir bayangnya..tsk!

ahmad humairi July 5, 2011 at 11:11 PM  

w/salam shameel,

shameel pun hebat dalam penulisan...jom hantar pantun shameel pulak.

ahmad humairi July 5, 2011 at 11:12 PM  

MDT,

wah!, tentu MDT pakar pantun jugak, ce pantun, ce pantun...cam kata sahrom tu.

Miecyber July 6, 2011 at 8:15 AM  

Pantun adalah warisan bangsa yang perlu di pertahankan...


Blog Baru >> http://savebudget.net

ahmad humairi July 6, 2011 at 5:09 PM  

miecyber,

Betultu.

Tahniah atas kemunculan blog baru tersebut. Selamat maju jaya.

Zil-el-Saif @ The Encik Saif July 9, 2011 at 7:07 PM  

best dapat baca pantun orang. selalu berpantun sorang-sorang kat blog sendiri

ahmad humairi July 10, 2011 at 4:49 PM  

Encik Saif,

Pantun anda sangat hebat! Moga berjaya.

fuad ansari July 13, 2011 at 9:49 AM  

dahsyat.. tinggi bahasa pantun ni..

dah macam cikgu bahasa melayu je gayanya.. (",)

ahmad humairi July 14, 2011 at 5:03 PM  

Fuad ansari,

Pantun cikgu juga amat hebat, tahniah!!!

Anonymous,  August 31, 2021 at 6:53 PM  

Gadis Melaka berkebaya nyonya,
Tampak menawan hati berkenan;
Malaysia merdeka berdekad lamanya,
Pertahan kemerdekaan apakah peranan?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

TOP VISITOR

Statistik Pelawat Hari Ini

Try us on Wibiya!

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP