MUTIARA KATA HARI INI

Monday, July 25, 2011

pelesit melastik

sikit-sikit
terpalit
melekit
melilit
mengulit




lama-lama jadi konkrit

jangan jadi pelesit



jangan risau berkhidmat kat tempat baru.......kata orang lama.

26 comments:

makdara TERdiva July 25, 2011 at 8:10 PM  

pelesit tu bukan isap darah ke?? :D

ahmad humairi July 25, 2011 at 8:35 PM  

MDT,

pelesit yang ini suka melastik....pelastik toi!!!

Mommy Fara July 25, 2011 at 8:37 PM  

klu jadik konkrit, pyh nak pecahkan tu...

ahmad humairi July 25, 2011 at 10:11 PM  

Momy Fara,

Kalau jadi konkrit, pecahkannya hanya dengan air mengalir, berterusan.

aby July 25, 2011 at 10:41 PM  

salam AH,
biar jadi konkrit ..
dapat berdiri teguh kt atasnya ..

klu bancuh2 tk nak jadi konkrit ...
adusss !!!

nanti baca tafsiran2 yg bakal di buat

ahmad humairi July 25, 2011 at 11:31 PM  

w/salam aby,

Teguh laksana apapun,
kan binasa juga walau ditiup bayu.

...Allah jua yang kekal.

Kakzakie July 26, 2011 at 1:03 AM  

Asyik nak melastik je kerjanya tak ada kerja lain ke dia cikgu?

Tempat baru jauh ke dari rumah cikgu?

sahromnasrudin July 26, 2011 at 1:30 AM  

assalamualaikum..

cikgu kene tukar ke?? bestnya...

saya dah 5 tahun kt cini..klu ditukarkan pun best gak...cabaran baru huhuhuhhhh

ahmad humairi July 26, 2011 at 4:26 AM  

Kakzakie,

ada, ada,....keletuk, keletak, keletik......ada-adaaaaje kejenye buat orang lain tak senang duduk.

Ermmm...jauh jugaklah...bertambah 20 km lagi....huuu.

ahmad humairi July 26, 2011 at 4:27 AM  

w/salam sahrom,

Ya....best!

Sahut cabaran di tembat baru.

sayangsayangibu July 26, 2011 at 5:54 AM  

tapi seronok dapat pergi tempat baru kan?

shameel Iskandar July 26, 2011 at 5:57 AM  

Assalamualaikum cikgu.
Tempat baru perlukan pendekatan baru sbb keupayaan pelajar mungkin tak sama. Tempat baru juga bermkna suasana baru. Tapi yg paling ptg, pengalaman baru yg bakal dikutip nanti.

Abd Razak July 26, 2011 at 8:22 AM  

Assalamualaikum...

Kita boleh memilih nak jadi konkrit atau pelesit..

Semua itu atas izin~Nya..

ahmad humairi July 26, 2011 at 5:25 PM  

sayang-sayang ibu,

seronok memang seronok dan yang tak seronoknya pun ada juga.

ahmad humairi July 26, 2011 at 5:28 PM  

w/salam shameel,

Pengalaman adah guru utama kita, mengajar erti kehidupan, menyusun atur pendekatan yang masih dicari untuk di aplikasikan di tempat baru yang semestinya menambah pengalaman.....selagi hayat ada.

ahmad humairi July 26, 2011 at 5:30 PM  

w/salam Abd Razak,

Konkrit atau pelesit mengajar kita untuk mendukung nilai-nilai murni.

fuad ansari July 27, 2011 at 1:53 AM  

jgn risau.. Allah ada bersama..

p/s: sebagai menerima pelawaan cikgu, sy sudah selamat berpuisi.. (",)

ummu July 27, 2011 at 2:40 AM  

assalamualaikum cikgu humairi
inshaAllah, Allah ada bersama cikgu.
semoga cikgu sihat2 di sana.dulu cikgu pernah mengajar di jengka 2 ye? mesti masatu, Jengka tak macam sekarang kan...

maiyah July 27, 2011 at 3:10 AM  

assalam..

skrg x prnh jmpe pelesit :D

Rozali July 27, 2011 at 8:37 AM  

Assalamualaikum Cikgu Humairi

dugaan untuk bertambah maju dimasa akan datang

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK

Wassalam

Amy Syaquena July 27, 2011 at 8:48 AM  

pelesit yang x merayap kat umah orang tak pe cikgu hehe...

ahmad humairi July 27, 2011 at 6:18 PM  

fuad ansari,

Risau jugak memulakan langkah pertama di tempat baru...namun benarlah Allah ada bersama.

...terima kasih menyahut seruan saya....selamat berpuisi, puisi anda memang hebat!, good luck.

ahmad humairi July 27, 2011 at 6:22 PM  

w/salam ummu,

Allah tempat saya mengadu.

Jengka Dua ketika masa saya dahulu, tiada bekalan elektrik, Lampu hanya dihidupkan pada waktu malam oleh generator milik kampong.

...sekarang, melihat facebook alumni SK Jengka Dua...sudah sangat hebat....zaman berubah.

ahmad humairi July 27, 2011 at 6:24 PM  

w/salam maiyah,

pelastik jumpa tak????
....haaa hati-hati...itu adik beradi pelesit tuuu...



*pelastik - orang yang melastik, bulan plastic

ahmad humairi July 27, 2011 at 6:26 PM  

w/salam Rozali,

Doakan, moga saya tabah menghadapi dugaan di tempat yang baru ini.

Selamat menyambut serta mengimarahkan Ramadhan Al Mubarak ini..

ahmad humairi July 27, 2011 at 6:27 PM  

Amy Syaquena,

Pelesit yang jenis x merayap Amy....tapi sangat suka melastik...bahaya taww..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

TOP VISITOR

Statistik Pelawat Hari Ini

Try us on Wibiya!

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP