Panas
**Foto hasil karya Daddy Cool
(Klik pautan untuk cerita selanjutnya)
panaskah panas
sejukkah sejuk
kotorkah kotor
bersihkah bersih
alami
sejuk di sahara
panas di artik
ubat pada tinja
haram pada bersih
...Bulan Jatuh Ke Riba...
© Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP
30 comments:
sini sejuk sbb ada aircond :)
Assalamualaikum cikgu,
sejuk jadi panas
bila suara sering di sekat
kotor jadi bersih
kalau ada usaha membersihkannya
salam..
realitinya
propaganda
media arus
perdana tu yang
tak tahan telinga
mendengarnya
assalamualaikum cikgu...
semoga kebersihan yang dicari-cari akan muncul dan bukanlah hanya sebuah kosmetik...
sama ada ia bersih atau tidak, bergantung kepada kita mahu menulis dan mencorakkannya...
Assalamualaikum...
Moga cikgu sihat hendaknya sentiasa..
Bina kebersihan luar dan dalam,
agar ia seimbang
luar sejuk dalam panas ;)
MDT,
Kesian kat ekon tu...kepanasan tuk menyejukkan bilik.
w/salam kakzakie,
Jangan sesekali menyekat arus....dibendung terempang, namun sekali banjir, bak tsunami lagaknya. Semuanya perlu berhikmah.
w/salam zulkbo,
Realiti yang sama pada saya....mual bila paparan positif dan negatif tidak seimbang.
w/salam sahrom,
Hati-hati pada kosmetik daripada uri manusia. Kosmetik yang bersih, suci, halal serta diyakini sahajalah yang kita gunakan.
w/salam Abd Razak,
Keseimbangan serta kesederhanaan memang amat dituntut dalam agama kita dan separuh daripada iman kita datang dari 'bersih'.
Orlando
(As Known As Republik N9),
...ada gak...luar panas, dalam sejuk.
sini panas-panas sejuk sebab kipas berpusing ligat
luar bersih belum tentu dalamnya juga bersih
dekat luar sana panas tapi dalam sini sejuk :)
cantik nya matahari, bak lukisan.
Panas mentari jangan sampai mencairkan hati..
Sejuk nya salju jangan jadikan cinta membeku.
Bersih di hati,suci sanubari.
Kanvas hidup terlalu sempit untuk di lakar luka berduri.
dekat sini tak sejuk tak panas
minggu lepas takut ada
risau ada
minggu ni barulah rasa aman damai
tak risau dan takut lagi.
buat masa ni lah...
ibuintan,
panas-panas sejuk tu sama ke dengan seram-seram sejuk?
ermmm....macam buah pelam tu....nampak ranum dan licin menggoda di luar, dibelah....ada ulat plak di dalam.
Amy Syaquena,
Ko full swing air-cond ek?.....gigil nanti...nanti kluar trus demam...hati-hati.
Hani,
Kecairan, perlukan salji untuk membeku,
kebekuan, perlukan mentari untuk mencairkan,
Panas dan sejuk saling memerlu untuk melakarkan layar hidup ini.
sayang-sayang ibu,
Kita berhak pada ketakutan.
.....moga aman dan damai sentiasa. Kepada Allah kita sandarkan segala.
hikmah dicari, dirunding dengan pihak istana...tapi hak tetap dinafikan...kekerasan yang dibalas, mereka bakal dibersihkan jua...
Mohamadazahan,
Hikmah yang dicari,
pasti kan bersua,
andai kedua belah pihak bermuhasabah diri,
bersih membersih antara kedua.
Assalamualaikum.
Haram pada bersih?
Kerana bersih belum tentu suci. Hanya yang suci yang betul-betul bersih.
Semoga kita dalam keadaan yang 'betul' bersih dan suci.
TQ
salam AH,
kata org putih,
stike when the iron is hot,
baru iron tu ikut acuan kita.
klu tunggu sejuk,
iron tu menganjal la ..
silap2 boleh membedal balik ..
stuju dgn P@P
bersih tk semestinya suci,
apatah lg diketuai oleh aci yg tk mandi junub ...
ha..ha..
w/salam Admin P&P,
Setuju.
...jangan noda perkataan suci pula.
w/salam aby,
Juga setuju dengan aby.
Bila kita membersihkan pakaian, kita perlukan detergent yang berkuasa. Kita perlu menggonyoh, memberus, air yang banyak, diperah-perah, dipulas-pulas. Terkadang perlukan air panas. Kotoran tanggal, kain tak koyak (kecuali kain reput...haaaiihh dahla reput...tak bersih pula!)
Kalau takde semua tu...xleh bersih...silap-silap 'membedal' balik...banyak kuman...kita juuuugaakk dapat penyakit!
Bersihkan akidah dari syiirk dan khurafat.
Bersihkan ibadat dari bid'ah.
Itu sebersih2 hala tuju.
Shameel,
Moga begitu hendaknya.
"haram pakai baju bersih" - begitu frasa dalam berita harian tempohari.
Seluruh dunia membacanya. Kalau faham Bahasa Melayu, tentu sahaja mengundang kontroversi.
ubat pada tinja kerana?
Mommy Fara lupa?
Kisah bahtera nabi Noh?
Tiada yang mustahil jika Allah mengiakannya.
Post a Comment