MUTIARA KATA HARI INI

Wednesday, June 29, 2011

LARIAN SERENTAK 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA LIVE DI EDUWEBTV


Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengadakan majlis Pelancaran Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia 2011 yang akan berlangsung pada 2 Julai 2011 di Padang Esplanade, Taiping, Perak. Acara ini akan disiarkan secara Live Streaming melalui Portal EduwebTV di alamat www.eduwebtv.com mulai jam 7.30 sehingga 9.00 pagi.

Marilah kita saksikan acara bersejarah ini yang merupakan larian terbesar yang disertai oleh murid-murid sekolah yang pernah diadakan di negara ini. Acara ini juga akan dicatatkan dalam Malaysia Book of Records (MBR).

SK Sungai Galah dan seluruh institusi pendidikan di Malaysia bersama menjayakannya.

Jom lawat blog SKSG (klik pautan ini)


28 comments:

IMANSHAH June 29, 2011 at 6:51 AM  

moh le kita berlari cikgu

ahmad humairi June 29, 2011 at 6:53 AM  

abangshah,

ate...nape nek besika????

Anonymous,  June 29, 2011 at 8:36 AM  

Aslmkm.
Very promising ya. Selamat berjaya.

ibuintan June 29, 2011 at 8:37 AM  

hhehehe... betul jugak kan cikgu, iman ajak belari tapi dia datang naik besika... mana aci camni, kita juga yg lambat sampai nanti...

dah le udah tuo, disuruhnya kite belari

ahmad humairi June 29, 2011 at 5:45 PM  

w/salam Kak G,

Kami yang menurut perintah Kak G...kena komited untuk merealisasikannya, insyaAllah.

ahmad humairi June 29, 2011 at 5:48 PM  

ibuintan,

tule, tapikan saya nek moto nanti (pinjam) untuk jadi hellikopter...pusing-pusing trek, kot ada bebudak yang pitam...manale tau kann. Mintak-mintak semuanya bereh.

sahromnasrudin June 29, 2011 at 6:33 PM  

assalamualaikum cikgu..

seronok tgk aktiviti sebegini..mana tau cikgu akan ditemuramah nanti..klaua ada, jangan lupe kami disini hehehehehehehee

ORLANDO AHMAD June 29, 2011 at 6:57 PM  

hmmm bleh mengempiskan perot2 cikgu juga

ahmad humairi June 29, 2011 at 8:12 PM  

w/salam sahrom,

nantikannya, mana tahu ada rezeki.
saya mesti update punya (gerentilah xde sbb saya uruskannya di sekolah saya jer!

ahmad humairi June 29, 2011 at 8:13 PM  

Jari Terbarai,

ermmm...yang pasti kembang kempis dibuatnya.

Kakzakie Purvit June 29, 2011 at 9:04 PM  

Assalamu'alaikum cikgu,

Lari jangan tak lari cikgu. Jangan separuh jalan tumpang naik kereta utk sampai destinasi sudah...

Abd Razak June 30, 2011 at 1:46 AM  

Assalamualaikum cikgu...

Macam nak tumpang sekaki. Lari dalam kumpulan ni seronok tak rasa jauhnya.

ahmad humairi June 30, 2011 at 6:01 PM  

w/salam kakzakie,

ermmm....saya bawak keta...jadi runner...mana tau ada budak pitamke...pengsanke.....

ahmad humairi June 30, 2011 at 6:08 PM  

w/salam Abd Razak,

Boleh jer....tanyakan kat sekolah berhampiran anda, pasti boleh!

Maiyah July 1, 2011 at 3:44 AM  

assalam..

mmg seronok kalau rmai2.. moga berjya nnti

Mohamadazhan.com July 2, 2011 at 12:25 AM  

saya kat maktab kena juga...lama tak lari best juga...hehe

MOH KEMBARA July 2, 2011 at 6:48 PM  

Assalamualaikum Cikgu, banyak belanja ni buat larian berjuta orang...kalau duit tu bagi bonus kat cikgu-cikgu lagi baik kot.

aby July 3, 2011 at 3:47 AM  

salam AH,
aby tk lari,
tp anta 2 anak utk larian program tu ..
ok kan ..

Mutiara Bernilai July 3, 2011 at 6:14 PM  

satu malaysia berlarikan?


penatnya, dah lame tak berlari..

adeh

ahmad humairi July 3, 2011 at 11:24 PM  

w/salam maiyah,

rekod sudah pun dicatatkan - 4.1 juta penyertaan dicatatkan , terima kasih kepada semua yang tyer;libat menjayakannya.

ahmad humairi July 3, 2011 at 11:25 PM  

mohamadazahan,

terima kasih kerana turut menyumbang kejayaan acara ini.

ahmad humairi July 3, 2011 at 11:26 PM  

w/salam mohkembara,

betul, betul...bagi bonus, saya sokong!

ahmad humairi July 3, 2011 at 11:28 PM  

w/salam aby,

tak lari tak ngape, galakan aby pada anak itu yang saya tabik tuuu....terima kasih aby.

ahmad humairi July 3, 2011 at 11:29 PM  

mutiara,

penat berlari...bole sahaja berjalan...asalkan tidak berhenti di pertengahan jalan dan tido.....lalu kura-kura yang menang!

Admin P@P July 4, 2011 at 6:52 AM  

Assalamualaikum.
Dah tercatat dalam MBR dan tercatat dalam sejarah KPM.

Tahniah.
TQ

ahmad humairi July 5, 2011 at 5:15 PM  

miecyber,

Tahniah juga pada yang tersengat tebuan itu....sumbangan mereka besar maknanya buat negara.

ahmad humairi July 5, 2011 at 5:17 PM  

w/salam admin p&p,

Terima kasih buat seluruh warga pendidikan seluruh negara yang mengambil bahagian - dari Perlis sampailah ke Sabah.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP