Aminkan Amin
Amin buka lipatan. Lembaran di telapak tangannya. Selembar demi selembar. Amin belek. Banyak sudah Amin sentuh. Dalam sejarah di lipatan itu, Amin pernah sentuh rama-rama. Rama-rama jadi burung. Amin sentuh kertas, kertas jadi kipas. Amin sentuh itu ini, itu ini jadi apa-apa.
Hari ini, mulai malam ini Amin nak sentuh hati, biar hati jadi sakti. Hati boleh lihat. Hati boleh fikir juga serta boleh berkata-kata. Mata boleh lihat bersama hati. Otak boleh fikir dengan hati. Juga hati berkongsi berkata-kata bagaikan lidah di mulut.
Biar hati tidak mati. Biar esok pagi lebih baik dari hari-hari sebelumnya. Amin mahu hati tenang di sepanjang ramadan. Amin nak hati berbakti dengan kesaktian sejati.
Amin nak kabulkan amin. Minta pada Tuhan aminkan amin.
32 comments:
amin..selamat berpuasa cikgu
salam AH,
semoga nafsu amarah tk menguasai hati,
selamat menjalani ibadat puasa ..
semoga dipermudahkan ibadat2 kita sepanjang bulan ramadhan ni ..
AMIN!
Semoga 'Amin' puasa penuh ye?
=D
Amin selamat berpuasa cikgu..
Amin...Amin...Amin
Selamat berpuasa cikgu
moga puasa kita kali ini lebih baik
Assalamualaikum cikgu...
Selamat menjalankan ibadah puasa..
Muslim yang berpuasa dan dapat mengalami, merasakan kegembiraan bertemu dengan Allah di dunia dan mengharapkan tetap bertemu dengan Allah di akhirat kelak adalah mereka yang telah menjalankan puasa qalbu. Selama mereka berpuasa mereka melakukan secara sedar dan mengingat Allah.
"Ya Allah, kabulkanlah doa amin. Amin."
amin..
semoga di makbulkan doa amin tu
selamat berpuasa cikgu
Aslmkm Cikgu.
AMIN.
SELAMAT SEMARAKKAN RAMADHAN AL MUBARAK 1432H.
amiinn
kiwi,
amin....selamat berpuasa kiwi.
w/salam aby,
amin yang baaanyakk permintaannya, moga dikabulkan.
Selamat menjalani ibadah puasa buat aby sekeluarga juga.
Mommy Fara,
Amin yang sentiasa penuh puasanya...mengharapkan agar diaminkan aminannya.
Amy Syaquena,
Sel;amat berpuasa buat Amy juga.
ibuintan,
terima kasih turut mengaminkan amin,
Selamat berpuasa buat ibuintan juga.
w/salam Abd Razak,
Selamat berpuasa buat saudara juga.
Mohon kemaafan zahir dan batin dari saudara moga ikatan ukhuwah kita bertambah kukuh.
Ate,
terima kasih...selamat berpuasa.
sayang-sayang ibu,
aminnn....moga ceria selalu, selamat berpuasa buat ibu juga.
W/salam Kak G,
Aminnnn.
Ayuh imarahkan masjid-masjid sekitar kita pada siang dan malamnya.
Orlando,
AAAAAmmmiiinnnn...
terasa terdengar suara ko mengimamkan solat tarawikh itu...
assalamualaikum cikgu...
semoga doa amin diaminkan oleh kita semua...sesungguhnya doa yg baik insyaALLAH akan baik juga penghasilannya
Semoga Allah memenuhi segala hajat dan permintaan, sekalipun yang tidak diucap. Aaaamiiin!
w/salam sahrom,
moga begitulah hendaknya, amin!
Abang Temuk,
Allah Maha Mendengar, namun hati Amin terdedah nafsu-nafsi, tidak terdaya mencari hikmah Ilahi.....sabar-tabahkanlah ya Allah!
.....sekarang masjid kat kampong saya gunakan siren menandakan waktu berbuka.....kerantung tinggal tergantung.
Amin ada semangat kental. Mohon Amin doakan kakak sama. Moga impian terlaksana... aminnn ya robbal 'alamin...
segala doa 'amin' akan dimakbulkan...amin.
selamat berpuasa cikgu.
Kakzakie,
Moga kekentalan semangat itu dapat merealisasikan amin......amin ya rabbal alamin....selamat berbuka puasa kakzakie.
zue,
selamat berpuasa dan berbuka pula buat zue sekeluarga. Moga doa dan hajat zue juga termakbul.
Assalamualaikum cikgu.
Amin, moga sama2 menjadi pencinta Ilahi. Dan moga2 pencarian redha Ilahi ini diberkati dan direstui. Amin.
assalamualaikum Cikgu Humairi
ya, moga hari esok lebih baik dari semalam, amin.
selamat bertugas di siuasana baru.bagaimana puasa di tempat abru, cikgu?
w/salam shameel,
Didoakan buat shameel juga...semoga berjaya dalam memburu keberkatan malam lailatul-qadr.
w/salam ummu,
...masih terkial-kial memburu di suasana yang baru, masih terkenangkan suasana lama...moga yang lama dan yang baru kan berpadu mengharmonikan pencapain, insyaAllah.
Post a Comment