MUTIARA KATA HARI INI

Sunday, July 17, 2011

Contest Aku Berpuisi - Debunga Pudu


klik banner untuk terma dan syarat selanjutnyaLinkDEBUNGA PUDU

Halus debu berterbangan
membawa mesej merdeka
merdeka!
merdeka!!
dan imej kolonial terpadam
kesan sejarah hilang
demi pembangunan

teramat indah
lebah mendebunga kembang
kembang kembung jadi buah
mengandung zuriat penerus diri
hidup bebas di belantara
cagar alam nan ria

belantara batu di kota
nampak cantik
sukar dipredik
terkadang jelek
penuh abu
bila pudu didebu
persis pendebungaan
menjadi debu-debu permata
puaka jadi syurga

esok kan datang jua
eterniti yang tak pasti
pasti terus berpusing
bak putaran roda ferris
membandingkan naik turun kehidupan
sejarah menjadi sejarah
sejarah merdeka
yang bakal dideklamasikan.


Saya jemput mereka yang hebat berpuisi ini untuk turut sama memeriahkan kontes ini :

Kakzakie

Fuad Ansari
Yang Baik

28 comments:

Kakcik Seroja July 17, 2011 at 8:05 PM  

Teringin menyertai, tapi ilham tiada kini...

ahmad humairi July 17, 2011 at 8:12 PM  

Kakcik,

Kakcik pasti boleh.
Joinla bila ilham datang!

ahmad humairi July 17, 2011 at 8:12 PM  

miecyber,

Terima kasih kerana turut menaja hadiah.

faraherda.razalan July 17, 2011 at 9:25 PM  

Aku berdiri,
Tegak membelakangkan mentari,
Yang perit membelah diri,
Sambil menunjuk jari,
Bahawa empunya diri,
Kagum dengan Cikgu Humairi,
Betapa puitisnya puisi,
Membakar semangat dan jati diri,
Sebagai anak Melayu sejati,
Sebagai tanda penghargaan demi negara yang dicintai....

Betul, saya memuji!

ummu July 17, 2011 at 9:37 PM  

assalamualaikum Cikgu
mashaALLAH,
madah indah
semoga berjaya

Kak Amy July 17, 2011 at 11:15 PM  

Nak join tapi amy kurang pandai berpuitis nie...

Mohamadazhan.com July 18, 2011 at 12:10 AM  

salam cikgu, terima kasih atas kesudian penyertaan Contest Aku Berpuisi.

Puisi yang sangat hebat, penganjur sendiri terpaku.hehe.penuh mesej yang bercerita =)

Kakzakie Purvit July 18, 2011 at 1:10 AM  

Assalamualaikum cikgu,

Hm... dah naik dah nama kakak. Tapi mana nak sama dgn lontaran pusi cikgu yg hebat sunggun. Iklhas nie...:)

white rose July 18, 2011 at 4:38 AM  

alhamdulillah, tiada jemputan untuk sy...

selamat...
kakaka...

atuk July 18, 2011 at 8:47 AM  

Assalamualaikum Cikgu

kalau pasal kebun durian...
boleh lerrr dijadikan puisi
tapi malu, takut berbau durian...he he

Wassalam

Abd Razak July 18, 2011 at 3:30 PM  

Assalamualaikum...

Indah..

ahmad humairi July 18, 2011 at 5:02 PM  

Mommy Fara,

Pujian hanya bagi Allah,
kita hanya meminjam nikmatnya.
Mommy Fara juga hebat!

ahmad humairi July 18, 2011 at 5:05 PM  

w/salam ummu,

...hanya sebagai hobi
ummu jugak boleh mencuba,
bukan hadiah jadi rebutan,
penyertaan agar contest bertambah meriah.

ahmad humairi July 18, 2011 at 5:06 PM  

Amy Syaquena,

Itu kata Amy...biasala...merendah diri...tak ilang bisanya Amy....

ahmad humairi July 18, 2011 at 5:14 PM  

Mohamadazahan,

Mudah-mudahan penyertaan awal ini dapat memberikan idea kengkawan agar terus memeriahkan contest anjuran saudara.

.....jangan sampai tak bergerak plak bila dah terpaku tu....hehe

ahmad humairi July 18, 2011 at 5:16 PM  

w/salam kakzakie,

Puisi nukilan kakzakie juga meruntun jiwa....kakzakie boleh...jom meriahkannya.

ahmad humairi July 18, 2011 at 5:30 PM  

white rose,

Koselamat sebab aku tak tag ko, x bermakna ko xleh join.

Aku memahami kesibukan ko, tapi ada idea ada mase...join le.

ermmmm...x jemput aku makan nasi beriani abah ko tu...

ahmad humairi July 18, 2011 at 5:37 PM  

w/salam Rozali,

Bolehjer....puisi doyan tu...
patriotik hape!

ahmad humairi July 18, 2011 at 5:38 PM  

w/salam Abd Razak,

Terima kasih.

Jemput join.

ORLANDO AHMAD July 18, 2011 at 9:36 PM  

terer cikgu ni puisi, huhuhu

ahmad humairi July 19, 2011 at 5:20 PM  

orlando ahmad,

xdelah.
tah hape-hepe tah.

yangbaik July 20, 2011 at 5:09 PM  

heh!!! baru perasan ada jemputan rupanya... nanti sat nak perah idea nih... huhuhuhu

fuad ansari July 21, 2011 at 2:30 AM  

hebat puisi ni..

takut pulak saya nak masuk bila tgk puisi cikgu yang hebat ni.. (",)

Shaker™ October 19, 2011 at 3:51 AM  

Ziarah melihat finalis top10 contest aku berpuisi :)..

tahniah dan gud luck..

http://www.shakirshafiee.com/v1/2011/07/17/contest-aku-berpuisi-warna-warni-bersih-2-0/

maizatulsuraya October 19, 2011 at 7:59 PM  

tahniah dpt tersenarai dlm senarai top10 contest :) goodluck okey:)



good one! :)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

TOP VISITOR

Statistik Pelawat Hari Ini

Try us on Wibiya!

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP