POLIS DATANG - MESTI ADA KES
Polis datang! Mesti ada kes!!
Itulah tanggapan umum. Bila dibawa polis ke balai...mesti ada kes salah laku yang telah dibuat.
Aku telah mengalaminya. Aku bersama lima orang kawan seasrama (Tingkatan 5, SMJK Sultan Yusuf, Batu Gajah) di bawa ke balai....
Suatu petang..selepas balik dari sekolah, tiba-tiba sebuah Land Rover polis datang ke asrama bersama warden - Cikgu Hakim. Warden menyuruh semua pengawas asrama setiap Dorm (termasuk aku) untuk dibawa ke balai untuk menyelesaikansatu kes rogol. Kami pun dibawa ke balai (5 orang)dengan seorang yang dituduh untuk kawat cam.
Balik ke sekolah - kami dicop budak jahat. Kami dituduh bersubahat atas kesalahan yang tidak kami lakukan. Walhal kami telah membantu pihak polis untuk menyelesaikan kes tersebut.
Waktu perhimpunan pagi Isnin lalu, polis tiba-tiba datang. Guru Besar terus menjemput mereka untuk turut serta. Sarjan Mejar Izzahar dan Lans Koperal Cornleus telah dijemput menyampaikan ceramah mengenai kes salah laku.
'Murid Jahat' sekolah jadi kecut perut. Mesti kena ni.....
Selepas sesi perhimpunan, seramai 5 orang murid telah dipanggil untuk sesi kaunseling.
Alah...kes biasa je. Bukannya macam kes aku dulu tu...Kes ponteng sekolah je..