MUTIARA KATA HARI INI

Monday, December 14, 2009

SUSAH SENANG BERSAMA

susah menjadi senang
senang nak jadi susah

susah dahulu senang kemudian
senang sekarang susah pulak esok

ada orang senang
sebab susahkan orang lain
susah payah orang berusaha
senang-senang pulak dia sapu
susah hati lihat orang senang

tak senang lihat orang senang
senang lihat orang susah

ada orang susah
sebab senangkan orang lain
susah payah dia usahakan
senang-senang dia lupakan

sama-sama susah
sama-sama senang
senang walau susah
susah walau senang

tak susah faham kan?
aku yang susah
korang senang senang baca

10 comments:

sahromnasrudin December 14, 2009 at 11:17 PM  

huh..rmai org..senang je nak bersama tp susah hye..hye..bye..bye la jawabnya cikgu..

Maiyah December 14, 2009 at 11:48 PM  

hehe.. makasih sbb susahkn diri utk kami membaca :P

izakhairi December 15, 2009 at 12:26 AM  

memang tabiat manusia tak senang tengok orang senang
lebih senang tengok orang lain tak senang

memang senang nak komen sesuatu yang memang senang dibaca dan tak payah fikir apa-apa...

(bukan senang nak jadi orang pertama komen kat blog ni)

ahmad humairi December 15, 2009 at 12:28 AM  

sahromnasrudin,
ada gak oang camtu...isteri saya heh3X

ahmad humairi December 15, 2009 at 12:29 AM  

maiyah,
terima kasih beri sokongan....
yanglai pun tak dilupakan...

ahmad humairi December 15, 2009 at 12:32 AM  

sis iza,
tak kesahle oang yang keberapapun...
tak susah ke sini...senang-senangkan hati...
terima kasih selalu datang..

ZaridaIshak December 15, 2009 at 12:37 AM  

udah susah-susah cekgu tulis
kami dengan senang hati membacanya
;-)

ahmad humairi December 15, 2009 at 12:43 AM  

terima kasih,
anda memang baik hati, yangbaik..

ustaz eds December 15, 2009 at 1:35 AM  

salam cikgu...mula baca tu susah ckit nak faham...kemudian senang pulak menguntum senyum...Terima kasih cikgu kerana menyenangkan hati kami semua membacanya..Semoga susah senang kita bersama

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

TOP VISITOR

Statistik Pelawat Hari Ini

Try us on Wibiya!

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP