MUTIARA KATA HARI INI

Saturday, December 12, 2009

MIMPI JADI KENYATAAN

Malam aku bermimpi.
Ribuan manusia.
Melaut di persekitaran rumah ayahku.
Hadir ziarah terakhir.
Ayah pergi menyahut seruan Ilahi.

Esoknya aku ke rumah ayah.
Anak keduaku seminggu lagi akan lepas pantang.
Kubaringkannya sebentar di atas meja.

O...o..ooo cucu atuk... Tok tak nampak kamu....
Tok tak dapat tengok kamu lagi...cak...cak...sambil mengagah.

Aku mengekor ayahku ke pintu.
...Nah!, minyak wangi ni...kamu tak pakai pun..
(minyak wangi hadiah ayah balik dari Mekah)
Muka ayah agak sedih.
Ayah terus naik motornya ke Kg Gajah.
Hari itu ada Pekan sehari - Pekan Selasa.
Kampong Gajah agak sibuk.
Maklum musim durian.

Datang perkhabaran..ayah accident di Kg Gajah.

Ayah dah pun dibawa ke hospital Changkat Melintang.
Aku terus ke sana.
Ayah tidak dapat diselamatkan.

Aku balik bersama jenazah ayah
Memang aku melihat pemandangan serupa
seperti dalam mimpi semalam

Malaikat telah menggambarkannya kepadaku.
(atas perintah Allah)
Aku hanya mampu beristighfar.

Al Fatihah buat arwah ayah..
Dah 20 tahun dah...
Ayah...baru malam tadi kita bertemu....
sentiasa bersama....

11 comments:

CikguYiee December 12, 2009 at 4:05 AM  

Al-Fatihah..semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang soleh,mujahid dan mujahidin.InsyaAllah.

Pn Kartini December 12, 2009 at 4:16 AM  

Salam..
Semoga Roh Arwah Dicucuri Rahmat..dan ditempatkan di kalangan mereka yg beriman..Al-fatihah.

sonata anak kancil December 12, 2009 at 5:33 AM  

Al-fatihah, semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat Allah swt. Ibubapa saya pun dah 21 tahun meninggalkan kami ketika semua baru nak mengenali kehidupan di dunia ini.

Maiyah December 12, 2009 at 6:07 AM  

dah ketuk nuff..

al fatihah.. moga rohnya dicucuri rahmat

ahmad humairi December 12, 2009 at 6:55 AM  

salam semua :

Cikgu Yiee,
Pn Kartini,
Sonata anak kancil,
maiyah,

...terima kasih kerana sama menyumbang fatihah untuk arwah ayah..Allah melimpahi rahmat buatmu semu jua...

Batara Guru December 12, 2009 at 8:25 AM  

Al-Fatihah....moga roh arwah sejahtera disana.

izakhairi December 12, 2009 at 5:02 PM  

Al-Fatihah...
inilah peringatan pada yang lain, bahawa tiada yang kekal. Moga roh arwah ditempatkan bersama orang-orang yang soleh...amin.

ahmad humairi December 12, 2009 at 9:30 PM  

salam,
Batara Guru,
izakhairi,

terima kasih...mudah-mudahan...amin.

insan pendidik December 12, 2009 at 11:34 PM  

salam,

Hidup ni satu persinggahan...moga suatu hari nanti kita semua akan terpilih di sisi orang2 yang beriman.

ustaz eds December 13, 2009 at 8:14 PM  

Salam cikgu...kita yang masih hidup ni hanya mampu mengirim doa moga roh arwah sentiasa ditempatkan dikalangan kalangan al-Muttaqim..Insyallah.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

TOP VISITOR

Statistik Pelawat Hari Ini

Try us on Wibiya!

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP