SAMA-SAMA BERJAYA
Nostalgia itu menghantui fikirannya. Tak boleh jadi. Memang tak patut. mana mungkin si pantas kilat keturunanku boleh tewas dengan silembab. Tak boleh jadi....memang memalukan.
Lalu yang arif lagi bijaksana ditemui untuk membuat perhitungan. Setuju akhirnya dengan perlu mendaki bukit, menuruni lurah serta merenangi sungai lagak 'trofi unta'.
Saat tiba. penghuni berbilang spesis berhimpun untuk menyaksikan rekod baru yang bakal dicatat, tapi bukan sebagai 'Guiness World Of Records'.
Pheewitt..., bersiul yang arif setelah arahan ke garisan...tunduk sipantas di mana ketika itu silembab mengambil kesempatan melompat di belakang sipantas.
Zzzzuuusss...berdesup larian sipantas membawa bersama silembab. Ah!, biarkan, ini mungkin taktik silembab, aku harus waspada, hati sipantas berkata-kata. Terus berlari...tak mahu lagi tidur sebentar seperti dalam cerita nenek.
Gunung sudah didaki, lurah sudah dituruni. Kini sungai perlu direnangi. Garisan penamat ada di seberang sana. Apakan daya, sipantas tidak pandai berenang!!!
Silembab senyum. Perlahan, namun berkeyakinan...Burrr..timbul di permukaan air dan terus berenang.
Tap! tiba-tiba sebuah mentol menyala terang di atas kepala sipantas tanda idea datang! Sipantas melompat di belakang silembab...terhoyong hayang dibuatnya...kontrol...
Dibawanya sipantas bersama merenangi sungai sehingga sampai ke garisan penamat.
Pheeewiittt!!!! Siulan panjang dari yang arif tanda perlawanan tamat. Kedua-duanya menang. Rekod lama tidak dapat dipadam. Kisah kura-kura menewaskan arnab tetap menjadi teladan.
6 comments:
erm.. teladan sbg penilaian
terima kasih maiyah...sihat sejahtera hendaknya...
cerita teladan...
macan sambungan spiderman 2...3 dan seterusnya
kalau dua2 menang kene share hadiah la gamaknya
tak..
moralnya
hidup sandar menyandar
bagai aur dengan tebing..
jangan sombong...
tolong menolong
akhirnya sama-sama masuk universiti...
walau lembab sekalipun
...begitu saya ceritakan kepada murid-murid saya
salam cikgu..cerita ni baru adil. kita kena hapuskan sifat hasad dan dengki nak berjaya mesti jatuhkan orang lain...biar sama berjaya, seorang pun takkan rugi
- beberapa dah tak online sebab balik kampong
salam kembali ustaz,
Balik kampong jumpa kura-kura tak???
Ikutlah resmi kura-kura...
biar lambat asalkan jangan berhenti...menang akhirnya!
Post a Comment