MUTIARA KATA HARI INI

Tuesday, December 22, 2009

ADA JAWAPANNYA


Suatu petang yang redup
aku keluar menjala
mencari lauk untuk malam.

Sampai di tepi perparitan,
airnya mengarus perlahan.
Kulihat kocakan dipermukaannya.
Wah! sungguh riang ikan bermain.

Kutebarkan jala,
kembang tak seberapa,
belum sempat kutarik,
berkeliling sepasang dari tiga buah motor enam orang,
berhenti melihat aku.

Jala terus ku angkat...
hampir penuh
ikan sepat ronggeng
kukutip semuanya.

Issyyhhh....keciknya..kata mereka.
Alhamdulillah......sahutku,
ikan bilis lagi kecik....pun orang ambik!!!

16 comments:

MALEQUE SELAMAT December 22, 2009 at 9:35 PM  

Salam cikgu..Hehe.. orang menjala biasa untuk buat lauk... kalau mancing lain.. kalau sekadar suka2 dapat besar pun dilepaskan balik...
Menebar jala satu kemahiran yang tinggi.. sampai sekarang tak reti2... hehehe

ahmad humairi December 22, 2009 at 9:46 PM  

salam kembali,

sepat ronggeng - dijemur, dikering...
digoreng....fullamak....dap toi!!!!

ustaz eds December 22, 2009 at 10:01 PM  

pertama, saya ketawa besar bila baca ayat akhir tu...tak sangka pulak saya begitu jawapannya...tapi memang kelas jawapan tu...berkemahiran tinggi..tentang kemahiran tebar jala tu...dulu pakarlah jugak...tapi sekarang ni...tak tahulah...takut tak terbuka langsung...he3

sahromnasrudin December 22, 2009 at 10:34 PM  

cikgu, ikan bilis slalu jd kambing hitam..ikan jaws punyer angkara, ikan bilis dpt name..tak dpt ikan jaws, ikan bilis dijadi bahan..janji dpt lepaskan diri

ahmad humairi December 22, 2009 at 11:18 PM  

maafkan saya ustaz,
jawapan otomatik..mungkin saya tak dapat kawal perasaan...tapi alhamdulillah, ada banyak lagi ikan lain yang yang turut dibawa pulang..

ahmad humairi December 22, 2009 at 11:24 PM  

ya sahrom,
saya dapat lepaskan diri saya waktu itu angkara pasangan bermotor tuh.

memang tak baik mengambing-hitamkan sesuatu demi mencapai matlamat sendiri...

Maiyah December 23, 2009 at 12:04 AM  

tringt masa sy gi mncing ngan arwah suami :)

Cikgu Kool December 23, 2009 at 12:30 AM  

Bawak mai mesyuarat minggu depan!

ahmad humairi December 23, 2009 at 12:40 AM  

maiyah,

selamat terkenang kembali,
imbaulah yang indah-indah itu semula..

ahmad humairi December 23, 2009 at 12:40 AM  

CINTAMANISZLite,

sedap tak terkata...

Temuk December 26, 2009 at 2:47 AM  

Salam perkenalan Cikgu
Wow, blog cikgu amat menarik. Apa lagi entri mengenai penjala dgn ruang jalaanya itu! Kali terakhir saya menebar jala, rasanya tahun 1959, di anak-anak sungai yg bermuarakan Selat Melaka. Memang fantastik! Sedikit komen: Ramai orang tidak tahu menghargai sesuatu yg kecil (spt sepat ronggeng, bilis atau idea). Lupa mereka yg mereka juga itu juga berasal dari benih yg kecil. Ketemu lagi.

ahmad humairi December 26, 2009 at 7:44 AM  

Salam kembali Temuk,

1959? Wow...saya masih di alam benih lagi...berada entah di mana. Anda cukup berpengalaman kan..anda hebat! Terima kasih sudi datang dan meninggalkan bekas.

Idris Talu December 28, 2009 at 5:54 AM  

Assalmualaikum Cikgu,

Masih ramai orang kita yang memandang rendah rezeki dari Allah. Kalau kangkong di tepi rumah, keladi di belakang dapor atau nenas dalam kebun sendiri tak ummph, kalau yang dijual - yang jenoh disembur racun tu, orang kata bagus.

Pada hal semua yang ada di dunia ini, adalah pemberian Tuhan kepada kita. Coba pergi ke Pangkor, lihat bilis mana yang mahal harganya?

Wassalam, Idris Talu>

ahmad humairi December 28, 2009 at 7:06 AM  

salam kembali tuan haji,

terima kasih kerana menambah koleksi jawapan terhadap entri ini.

apapun jua halnya..
hargailah!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

TOP VISITOR

Statistik Pelawat Hari Ini

Try us on Wibiya!

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP