MUTIARA KATA HARI INI

Tuesday, December 15, 2009

KASIH AYAH 2

Lulus SRP di SMR Tanjong Tualang. Sambung ke tingkatan 4 di SMJK Sultan Yusuf Batu Gajah. Ayah menghantarku ke asrama. Waktu menunggu teksi, ayah mengajarku beberapa doa untuk di amalkan. Dalam masa menunggu (lebih kurang 20 minit) aku dapat menghafalnya.

Malam pertama di asrama. Terasa sayu, lebih-lebih lagi terdengar wisel keretapi sayup ditelan malam.

Suatu hari di asrama, seorang kawan tetiba meraung di tengah malam. Dirasuk makhluk halus. Aku jadi takut.

Pada hujung minggu aku balik ke rumah. Kuceritakan pengalaman itu. Ayah berusaha membekalkan aku 'tangkal' dan dipakai di pinggang, walau hatinya tidak setuju.

Suatu malam aku ke tandas.."...isyyhh, apa nak takut..aku ada ni....", bisikku.
Aku balik ke bilik. Sambil baring aku tersentak dan beristighfar.

"Astaghfirullahal azim....., tak baik aku ni, bukan benda ni yang tolong aku..."
Aku sentap dan terus aku buangkannya ke lubang tandas.

Kuceritakan kepada ayah. Ayah mengangguk bersetuju.
"Bagus anakku..kuat semangat kamu...", sambil memeluk dan menepuk belakangku.

9 comments:

izakhairi December 15, 2009 at 7:21 AM  

pengalaman tinggal di asrama...huhuhu saya nangis ingat mak dan ayah, sampai naik tingkatan 2 baru ok, tapi ada member lagi dasyat meraung sambil peluk tiang sebab tak nak masuk asrama...seronok terkenang kisah silam

tapi cikgu myri memang berani...bersemangat kental...

maiyah December 15, 2009 at 7:37 AM  

ye ke.. baik cakap.. ntah2 tak pegi kot tndas hehe:D

Muhamad Zahir Bin Mahmud December 15, 2009 at 7:41 AM  

Cikgu kira ok la lg dpt duduk asrama..saya yg tak pernah berpisah dengan ibu dan ayah ni..diletakkan dirumah sewa..semua nak kena buat sendiri..masak, membasuh dsbnya..tp itulah pengalaman yg berguna mengajar berdikari...seronok time balik ke rumah tapi bila nak balik ke rumah sewa tu...Allah saja yang tahu...maaf panjang sangat

ahmad humairi December 15, 2009 at 5:51 PM  

sis iza,

tinggal di asrama gak? x de gangguan ke?

maiyah,

itulah yang sebenarnya berlaku....
ayat sket, kasi dramatik lagi...

ustaz eds,

sekolah agama ek?
itulah pengalaman kita...

yangbaik December 15, 2009 at 7:15 PM  

salam...
ayah ku
wajahnya tak ku kenal
suaranya tak pernah ku dengar
hanya foto jadi pengenalan diri
ayahku dah lama pergi
perginya tak berkubur
hilang ntah di mana
di mana nak cari

aku ke asrama seorang diri
hanya doa ibu buat bekalan

buat ayah
ku kirim doa di angin lalu
semoga sampai walau di mana jua

Puterizz December 15, 2009 at 7:16 PM  

salam,
mesti cikgu humairi teror bab basuh baju, saya pulak mula dok asrama masa masuk maktab, dah tua pun nangis gak, memang tak seronok kalau namanya 'asrama'....

ahmad humairi December 15, 2009 at 7:31 PM  

salam yangbaik,

dah tak 'blurr' dah?
bagus1, tahniah!!!

puterizz,

teror, teror...masukkan je lam washing machine...

insan pendidik December 15, 2009 at 11:00 PM  

salam,

IP tak de pengalaman tinggal kat asrama. Tapi selalu dengar cerita kekawan. Ade sekali tu kawan cerita mase ke tandas dia tengok kawannya kat sebelah. Bila balik bilik nengok kawannya dah tido hehe

ahmad humairi December 16, 2009 at 12:42 AM  

IP,
macam-macam daa,
saya di ragging teruk masa tu.
Kami freshie di suruh bertelanjang bulat..merangkak ala combat di bawah katil...sampai luka lutut dan siku...isyhh... x patut.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

TOP VISITOR

Statistik Pelawat Hari Ini

Try us on Wibiya!

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP