MUTIARA KATA HARI INI

Sunday, December 13, 2009

KASIH AYAH


Musim hujan.
Sungai melimpah.
Parit dan longkang dipenuhi air.
Anak sepat ronggeng, anak pepuyu
yang baru kenal dunia, riang bermain,
meneroka keindahan alam.

Aku dengan kawan-kawanku sibuk menangkap anak-anak ikan tersebut.
Aku gunakan penapis pelastik ibuku sebagai sesauk untuk menangkap anak sepat ronggeng tersebut.

Kadang-kadang aku gunakan pancing - memancing anak-anak pepuyu. Sekejap je dah penuh tong cat 1 gelen. Aku bawak balik.

Humairi.....(memang ayah tak pernah memanggilku dan anak-anaknya yang lain dengan nama yang lain selain nama sebenar)
.....jom ikut ayah.

Ayah mengajakku ke kedai.
Membeli beberapa bentuk mata kail (taut) dan benang.
Pastu diajaknya ku mencari batang keduduk di belakang rumah.

Aku tengok je apa yang ayah buat.
Bagaimana dia mengikat mata kail dan batang keduduk.
Bismillahirrahmanirrahim...
terkumat-kamit menyambung bacaan...
Dicangkuknya anak pepuyu ke mata kail dan diletakkanya digigi air.

Anak puyu beso ni camana ikan nak makan....bingung aku mase tu..

Hari itu, ayah memasang 13 batang taut berumpankan anak-anak ikan sepat dan ikan puyu yang aku tangkap.

Tak sampai 10 minit...taut yang dipasang dah mengena...disambar haruan!!

Mak oiii...besonye!!!..aku exicited....

Hari itu je.....penuh kolah takungan di bilik air rumahku dengan ikan haruan...beso-beso belaka.

Lepas tu aku buat sendiri....
Beli sendiri....
Cari batang senduduk sendiri...
Pasang umpan sendiri....
Pacak sendiri....

Ayah senyum....
begitu dia mengajarku..
Kalau tak kerja gomen sok...dah boleh cari makan sendiri...

13 comments:

Webmaster@Echam December 13, 2009 at 8:57 PM  

Salam cikgu,
Seronoknyer......

insan pendidik December 13, 2009 at 9:09 PM  

salam,

Seronok pengalaman mase tu. Anak2 zaman nih reti lg ke buat macam tu...

ahmad humairi December 13, 2009 at 10:06 PM  

salam echam,

memang seronok di zaman-anak-anak...
kini zaman membesarkan anak-anak plak...

ahmad humairi December 13, 2009 at 10:08 PM  

salam IP,
insyaAllah...
ilmu ini dah saya perturunkan pada anak-anak saya...

Muhamad Zahir Bin Mahmud December 13, 2009 at 11:11 PM  

salam cikgu..baca cerita cikgu membuatkan Teman terkenang kembali zaman waktu tahan taut dan menjala ikan kat kampong...syoknya..sekarang ni dah makin pupus benda ni

Abdul.Fatah.Firdaus (affah) December 14, 2009 at 12:36 AM  

salam. pakcik. saya suka mancing gak. dapat menjala dengan pong memang best. fuh. bila la nak datang perak lagi.

izakhairi December 14, 2009 at 1:04 AM  

mengimbau zaman silam adalah pengalaman yang cukup berharga dan tak mungkin dapat dilupakan...yang indah akan sentiasa bertaut di hati, memori yang mekar dan sentiasa diingati...

maiyah December 14, 2009 at 1:32 AM  

sy dlu suka pncing ikan

ahmad humairi December 14, 2009 at 6:30 AM  

ustaz,
masih banyak lagi lubuk ikan ..walaupun memang makin pupus...

fatah,
bila-bilapun boleh datang...moga masa mengizinkan, insya Allah.

sis iza,
memori...yang berkilau, maupun yang comot, tetap berbekas dihati ini...

maiyah,
pancing ikan pe??

syahbandar87 December 14, 2009 at 7:00 AM  

cerita tu bwt sy tertnye2 jerk kesudahannya.cikgu dpt x ikan tu.hehe..pastu ayah cikgu ajar x bacaan yg dia baca masa nk letak umpan tu kt mata kail..mana tau dngn bacaan tu mujarab dan mdh dpt ikan besar2
:)

sabariah December 14, 2009 at 7:08 AM  

uhuk3..tibe2 teringat ayah saya di kampung halaman..

ahmad humairi December 14, 2009 at 7:18 AM  

syah,
ayah memang camtu, ada aja amalannya, cuma saya sempat korek sikit je..Allah tidak menizinkannya..

sabariah,
kalau teringat, kirim aja al fatihah buat rohnya..tak kira hidup atau sebaliknya.. al-fatihah..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

TOP VISITOR

Statistik Pelawat Hari Ini

Try us on Wibiya!

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP