Masih Belajar Menembak
Lilin sejengkal jadi sepuntung. Nyalaan semakin mengecil, semakin pendek. Sudah melebihi 24 jam. Baru perasan. Tercatat banyak mesej di muka buku. Rupanya saya dikelilingi kerabat serta rakan yang menyayangi diri ini. Tidak dikelilingi orang-orang.
*******
Ada orang-orang di tengah sawah yang sedang menakutkan burung-burung yang hinggap, anjing yang singgah kencing.
"Tengok kakak saya, semua cepat, semua tepat. Malahan sangat cantik."
Saya dah dengar dari semalam lagi.
Hari ini dengar lagi :
"Tengok kakak saya, semua cepat, semua tepat. Malahan sangat cantik."
Saya menahan perasaan, tapi dia terus mengasak :
"Tengok kakak saya, semua cepat, semua tepat. Malahan sangat cantik......buat macam dia!"
Saya berpaling. Seluk poket. Berpaling semula dan terus menembak ke arahnya.
Tummm! bidikan yang menepati sasaran. Lalu mati.
Saya penembak tepat sekarang.
*******
Ada orang-orang di tengah sawah yang sedang menakutkan burung-burung yang hinggap, anjing yang singgah kencing.
"Tengok kakak saya, semua cepat, semua tepat. Malahan sangat cantik."
Saya dah dengar dari semalam lagi.
Hari ini dengar lagi :
"Tengok kakak saya, semua cepat, semua tepat. Malahan sangat cantik."
Saya menahan perasaan, tapi dia terus mengasak :
"Tengok kakak saya, semua cepat, semua tepat. Malahan sangat cantik......buat macam dia!"
Saya berpaling. Seluk poket. Berpaling semula dan terus menembak ke arahnya.
Tummm! bidikan yang menepati sasaran. Lalu mati.
Saya penembak tepat sekarang.
46 comments:
Sukar bagiku untuk faham. Mungkin kerana aku meneliti dalam kelam!
Assalamualaikum Cikgu Humairi
kalau kakak yg saya sangkakan tu..
memang dia sangat catik sekarang drp dahulu....tapi perlukah dia ditembak
Allah maha pengampun
jadi kita doakan dia diberi hidayah oleh Nya
Wassalam
wahhh.. boleh wakil malaysia lepas ni.. kehkehkeh..
Aslmkm Cikgu.
Jangan sering mengalah kepada cabaran yang berbentuk godaan & hasutan;
Hakikatnya, diri juga ikut terkorban - mungkin bukan jasad badan, tapi perasaan & iman!
Kalau pun sasaran sering menghantui merobek2 harga diri;
Jika benar pun terasa bisa dilukai;
Bila sasaran yang satu itu terhapus mati;
Banyak yang lain bangkit, berganda lagi!
sumpah tak paham hu3
apahal pulak nih? risau pulak takut IM yang dibidik selepas ini...
assalam..
tembak jgn x tembak :D
Kakcik,
tidak sukar untuk kakcik memahaminya kerana ianya tidak serupa sebagaimana memahami kitabullah.... dan ianya menjadi amat indah bila berbalam-balam dalam kelam. Cantik.
w/salam Rozali,
Moga Allah mengampuninya walau sudah ditembak mati.
GC,
Malangnya Malaysia tak nampak....
w/salam Kak G,
Memang benar.
Bila satu mati....kan tumbuh berganti, berganda...perlu belajar menembak lebih cepat, lebih tepat.
Republik N9,
Ikutkan aje kefahaman sendiri....bukan nak belajar kitab pun....tentu lebih menarik.
IM,
Janganle riso....kalau tiada kena mengena.
w/salam Maiyah,
Dah tembak! Peluru kena isik lagi....
Sape pulak yang nak kena lepas ni...hehe..
cikgu, hati-hati... musuh jangan dicari
As salam...
Tembak itu keras...
Pujuk itu lembut....:)
ibuintan,
musuh datang...cuma mempertahankan diri....maafkanlah kalau dia mati.
w/salam sha,
kalau jenis x makan saman, camne?
pasti sahaja ada makna berselirat seribu di sebalik perkataan TEMBAK itu.
assalamualaikum cikgu..
saya pun teringin nak belajar menembak,
asyik diri je yang kena tembak,
nak juga belajar menembak pula,:)
kalau belajar dgn cikgu, boleh?
kebetulan awal tahun begini, aktiviti sukan masih rancak diadakan.erm, sukan memanah sangat kurang di tempat saya ni.kalau sukan menembak lagilah susah, nampaknya kenalah belajar dgn cikgu Myri.
assalamualaikum cikgu..
saya pun teringin nak belajar menembak,
asyik diri je yang kena tembak,
nak juga belajar menembak pula,:)
kalau belajar dgn cikgu, boleh?
kebetulan awal tahun begini, aktiviti sukan masih rancak diadakan.erm, sukan memanah sangat kurang di tempat saya ni.kalau sukan menembak lagilah susah, nampaknya kenalah belajar dgn cikgu Myri.
dah tembak, tapi tak mati2...
last2 dia serang kita semula...
sudahnye dia tembak kita pun tak mati2 jugak...
lagi liat kita nak mati...
selagi belum sampai seruNYA, bertahanlah...
w/salam shameel,
Memang itulah membuatkan saya kagum dengan manusia - membuat interpretasi yang berbagai yang memerlukan muzakarah bagi mencapai kesepakatan.
w/salam ummu,
Boleeeh, apa salahnya. Ambil aje mana-mana yang baik dan ketepikan yang tak elok tu, insyaAllah ummu nanti hebat memanah juga.
white rose,
Macam Anon tu ke?
Kalau liat, kena guna peluru tanah liat.....
assalamualaikum cikgu...
kenapa harus dibezakan kamu dengan kakak kamu..
walau datang dari benih yang sama..
tetapi kamu berdua sangat berbeda...
kenapa kamu berdua berbeza..
kerana kamu berdua adalah seorang tukang masak dan seorang penembak..
sudah pastilah kamu berdua berbeza...
w/salam sahrom
Biarlah salah di mata mereka,
Biar perbezaan terlihat,
Antara kita....
Namun hakikat...
Kita yang rasa...
(petikan lirik lagu "Suci Dalam Debu, sungguh puitis sekali)
Salam..
Alhamdulillah, dah jd penembak tepat.
teringin juga nak belajar menembak, moga dpermudahkan urusan ini.. :)
w/salam Mutiara,
Menembak dan memanah...seni sukan yang hebat!
Salam.
Erk, cikgu tembak org. Adakah ckgu Humairi ni membahayakn? :)
Merasa bidikan tepat kena sasaran tapi akan ada lagi menghantui mencabar kebolehan. Berap kali boleh tepat sasaran. Lelah itulah yg amat dibimbangi...
Interpretasi berbagai-bagai. Tahniah cikgu!!
w/salam AA
Lazimnya haiwan liar lagi berbisa tidak menyerang jika dengan segala hormatnya dia tidak diganggu.
.....sungguh tragis bila yang ditembak, mati serta merta.
Kakzakie,
seronok dan puas bila bidikan tepat ke sasaran...tapi bagai virus ianya tidak dapat dihapuskan.
lemah betul pemahaman aku ni...!tembak burung ke cikgu...?
Sham,
Ko nih....suka maen burung ek?
As-Salam Cikgu Humairi
Memang ada yang mati, dan diri mengaku tembakannya tepat. Tapi siapa yang sebenarnya mati, kakakkah atau penghebah kakakkah? Maka hamba kurang pasti tepatkah tembakan andai si mangsa bedikan bukan dia yang sebenarnya dihajati.
salam AH,
aby baca dan cuba fahami yg tersirat.
namun tk muncul juga .. cume, tembakan tu jgn la terkena org yg halau burung tu, nanya jer nanti ...
W/salam Abang Temuk,
Mati.
Pasti.
Saya "terus berlari"
w/salam aby,
Jangan terlalu memikirkannya. Saya pernah mengalaminya ketika memuja "bulan"
Biarkan ianya berlalu, menjadi kamus mimpi.
sya tembak burung guna lastik pernah lah
masa kekecik dulu.
sayang-sayang ibu,
sekarang boleh peturunkan ilmu melastik tu pada anak-anak.
Aslmkm Cikgu.
Lama juga medan tembakan dibuka!
Namun pandangan Kak G tetap sama! (KETEGAQ! kata orang utara.) :))
Assalamualaikum Cikgu, yg tersurat dan tersirat dan penuh metafora...kena kulayangkan dialam mindaku yg kebekuan ini...semoga ada pencerahan dari Sang Surya yg tak menyeri sejak sekian ari...
w/salam Kak G,
....semakin lama semakin memahami, insyaAllah.
w/salam moh kembara,
Sang suria tetap bersinar walau di selaputi awan.
Post a Comment