MUTIARA KATA HARI INI

Wednesday, June 30, 2010

TERUS BERLARI

Satu Julai dua ribu sepuluh. Sehari lagi umur meningkat. Terasa segar bugar setelah dipeluk erat utusan doa menerusi celahan awan. Awan-awan perak berarak seragam. Tidak sia-sia mereka berlatih. Melintas harmoni seiring alunan bayu mesra. Awan hitam tidak mahu ketinggalan. Mahu turut serta dalam perarakan.



La, la, la, la, la....bergetar peti suara. Merayakan hari ini.

Hm, hm, hm....sambil berharap agar hari-hari yang ditempuh dapat menangkis pintasan awan hitam.

Pelukan doa tiada noktah. Sunyi, penuh bermakna. Doa dirungkai atas nama Tuhan yang mencipta awan. Noktah itu semakin menjelma.

28 comments:

atuk June 30, 2010 at 8:42 PM  

Assalamualaikum Cikgu Humairi

moga awan awan perak senantiasa berarak seragam mengiri kehidupan cikgu

Wassalam

ahmad humairi June 30, 2010 at 8:45 PM  

Rozali,

moga utusan awan darimu terus memelukku.

ikan emas June 30, 2010 at 9:08 PM  

Syukur dengan nikmat USIA ni.

ahmad humairi June 30, 2010 at 9:15 PM  

ikan emas,

syukran.
Allah tambahkan nikmatnya
seperti yang dijanjikan
pada orang yang mensyukurinya.

Kakcik Seroja June 30, 2010 at 9:53 PM  

Awan hitam itu perlu sama berlari.. kerana ia juga sebahagian doa yang dititipkan umat. :)

ahmad humairi June 30, 2010 at 10:20 PM  

Kakcik,

Biarkan ianya berlari tanpa pelukan erat darinya.

Rafi Harumin June 30, 2010 at 10:23 PM  

kita tidak tahu apa nasib kita di depan.. semoga kita mampu menghidupkan hidup kita sepenuh penuhnya.. Insha Allah

sahromnasrudin June 30, 2010 at 11:22 PM  

salam cikgu...layangan sang awan bergerak seiringan dengan dengusan sang angin..sambil bergerak mereka berbual " whai sang angin, apakah sumbangan kau kepada sang manusia" jawab sang angin "aku menyejukkan mereka"..pintas sang awan " aku juga menyejukkan mereka..apa yang buat kau berbeda dengan aku"...jawab sang angin " sekurang-kurangnya aku menyumbang sesuatu kepada manusia..tidak perlu kita saling berbantah wahai sang angin...marilah kita bersatu untuk membantu sang manusia walau mereka tidak menghargai sumbangan mereka...."

Hjh Noralenna Abbas June 30, 2010 at 11:34 PM  

Salam Cg Ahmad Humairi,
Peribahasa Inggeris ada berkata "Every cloud has a silver lining"..so ceria-ceriakan hari mu..la,la,la,la....

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE June 30, 2010 at 11:54 PM  

Salam...

Alhamdulillah...Baarokallahu fiik.. smoga ckgu sntiasa dlm kesejahteran, sihat tubuh bdn & dlm perlindungan Allah...dpt buat amal ibadat dgn sempurna,insyaAllah..

penjejak maya July 1, 2010 at 12:15 AM  

salam,

kulihat awan berarak tersenyum riang padaku tapi tetiba awan mula berkepul hitam dan memuntahkan laharnya..

CIKGU NAMAN July 1, 2010 at 12:29 AM  

wah..semua komen bermadah ni..mana reti..hehe

ahmad humairi July 1, 2010 at 7:13 AM  

ashrafi,

kita menyangka yang kita tahu masa depan kita yang sebenarnya tidak disangkakan.

ahmad humairi July 1, 2010 at 7:16 AM  

sahromnasrudin,

Manusia pemusnah alam. Angin, awan dan matahari bercakaran menghadapi karenah manusiaseperti yang diceritakan oleh Aesop.

ahmad humairi July 1, 2010 at 7:31 AM  

Kak Nora,

La, la, la, la, Kak Nora datang,
Datang sambil berdendang,
Berdendang dondang sayang,
Hati gundah jadi senang.

ahmad humairi July 1, 2010 at 7:32 AM  

aa,

jazakallah khairan kathiiraa,
Allah pelihara kita semua.

ahmad humairi July 1, 2010 at 7:35 AM  

Penjejak Maya,

Muntahan lahar nan luar biasa magisnya. Dikutip manusia sebagai penawar..

hentian July 1, 2010 at 7:36 AM  

hmm... seronok bila umur bertambah, ye..

ahmad humairi July 1, 2010 at 7:37 AM  

naman,

zam zam aaalllakazam......
maka naman pun bermadah dah.

ahmad humairi July 1, 2010 at 5:22 PM  

IM,

seronok! bila pengalaman mendewasakan kita.

Anonymous,  July 2, 2010 at 8:58 AM  

Aslmkm Cikgu.
Kak G sekadar penasaran:

Awan beralas perak nun di atas sana ...
Angin pula,lembut atau rakus, tetap saja di bawah sini ...
Titipan doa Malaikat tetap bersama di mana-mana,
Syaitan juga nekad menyesatkan insan, kanan & kiri.

Di era manusia sudah berjaya merentas awan, menjelajah ke bulan ... dunia pula semakin tak keruan!
Umur nan panjang, namun nampak kosong di ruang-ruang!

Kenapa dibiar berlalu begitu?

ahmad humairi July 2, 2010 at 7:20 PM  

Waalaikumsalam Kak G,

Jangan biarkan ia berlalu bersama bayu. Tangkap dan ikat di dalam buku. Ruang nan kosaong tidakkan kaku. Terus mencair walau mudah beku.

....penasaran Kak G jadi ubat bagiku. Ceria selalu.

shameel Iskandar July 3, 2010 at 9:21 PM  

Salam cikgu.

Hari terus berlari. Awan terus berarak. Usia terus meningkat.Selagi noktah belum tiba, kita akan menyaksikan semua itu. Bila noktah tiba, tiadalah lagi esok utk kita.

Anonymous,  July 3, 2010 at 10:25 PM  

Aslmkm Cikgu.
Arini Kak G lalu jer bersama bayu. :)

ustaz eds July 4, 2010 at 2:57 AM  

salam cikgu
moga cikgu sentiasa dalam rahmat dan inayahNya dalam meniti perayaan ulangan tahun kelahiran cikgu ....

ahmad humairi July 4, 2010 at 6:12 PM  

w/salam shameel,

Bila noktah tiba...kan bermula episod baru di alam nan sebaliknya.

ahmad humairi July 4, 2010 at 6:14 PM  

w/salaam Kak G,

Ku kirim awan di angin lalu,
Moga Kak G bahagia selalu.

ahmad humairi July 4, 2010 at 6:15 PM  

Ustaz,

Terima kasih ustaz kerana memahaminya...err...keknya mane?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP