MUTIARA KATA HARI INI

Saturday, March 26, 2011

Masih Terang Lagi


Masih terang benderang
Walau ada kurang

28 comments:

Kakzakie Purvit March 26, 2011 at 7:07 PM  

Assalamu'alaikum cikgu...

Puas berterang-benderang
sampai waktu kena tutuplah ia

Sama macam kita juga cikgu
dah puas hidup sampai masa akan pergi jua

aby March 26, 2011 at 7:47 PM  

salam AH,
gitu la sifat manusia,
seruan yg wajib spt solat dan puasa pun ada yg tk ikut,
larangan mengedar dadah pun ada yg buat,
apatah lg saranan padamkan lampu ..
tk heran bila ramai yg tk ikut ..

atuk March 26, 2011 at 8:50 PM  

Assalamualaikum Cikgu Humairi

suka saranan meneranggi hidup dgn Islam

Wassalam

Admin P@P March 26, 2011 at 10:29 PM  

Assalamualaikum.
Setuju dengan pendapat aby.
Perintah Allah pun buat tah tahu je (bukanlah semuanya begitu, cuma beberapa orang je), apatah lagi perintah sesama manusia. Lebih-lebih lagi tiada surat rasmi dikeluarkan memberi arahan.
Sekarang kena ada hitam putih, baru buat...

Terkenang...

TQ

ahmad humairi March 26, 2011 at 10:34 PM  

W/salam Kakzakie,

Ada yang dah puas bergelap, masih tiada cahaya menerangi...

ahmad humairi March 26, 2011 at 10:35 PM  

W/salam aby,

...dan lagi masih ada yang gagal menjelaskan saman tertunggak.

ahmad humairi March 26, 2011 at 10:37 PM  

W/salam Rozali,

InsyaAllah, sinar Islam kan berkembang semesta dengan usaha para mujahid.

ahmad humairi March 26, 2011 at 10:39 PM  

ibuintan,

sebab itulah saya suka menjadi seperti bulan - berkongsi cahaya matahari menerangi kegelapan malam daripada menjadi lilin yang menerangi yang lain sambil membakar diri.

ahmad humairi March 26, 2011 at 10:41 PM  

W/salam P@P,

Masih juga manuasia ingkar, walau ada hitam dan putih....masih mahu menegakkan 'kebenaran' di mahkamah dunia.

shameel Iskandar March 26, 2011 at 10:53 PM  

salam cikgu.

Tertarik sekali dgn komentar Aby. Kalau suruhan Tuhan yg bersifat wajib pun diengkari apatah lagi saranan sesama manusia agar bergelap seketika.

Tapi, bagi yg memahami apalah salahnya bergelap seketika demi menyejukkan bumi yang sedang kepanasan saban waktu

ahmad humairi March 27, 2011 at 1:44 AM  

W/salam shameel,

Jika diperhalusi, saranan untuk berjimat adalah suruhan Allah. Manusia hanya memurnikan sahaja amalan ajaran Al Quran.

sha March 27, 2011 at 2:36 AM  

As salam..

err..masa tuh baru start final AQ..he he..x leh gelap-gelap, nanti....

ahmad humairi March 27, 2011 at 3:32 AM  

W/salam sha,

cahaya dari tv pun dah cukup sha...
(masih tak boleh beinteraksi di blog sha).

ahmad humairi March 27, 2011 at 5:21 AM  

imanshah,

tidak mengapa, bulan kan terbit seketika nanti....ko pandanglah bulan, nanti terbayang wajah kesayangan.

Anonymous,  March 27, 2011 at 8:52 AM  

Aslmkm Cikgu.
Sebenarnya kajian saintifik tidak menyokong usaha itu akan memberi impak.
Banyak usaha lain yang terjamin berkesan, tapi tidak dilaksanakan.
Tapi, benar jugalah kata, 'Wajip pun ramai tak patuh.'

white rose March 27, 2011 at 4:17 PM  

assalamualaikum...

laa...tak susah mana...
cabut je wayar, gelap laa...

sahromnasrudin March 27, 2011 at 6:10 PM  

assalamualaikum cikgu..

walau gelap...
kita masih nampak...

walau gelap..
kita masih boleh bergerak..

walau gelap..
kita masih boleh bercakap..

jadi..
adakah kita hargai si gelap.
kerana tanpa terang, kita masih seperti biasa...

ahmad humairi March 27, 2011 at 6:28 PM  

W/salam Kak G,

Jika kajian saintifik tidak menyokong usaha itu akan memberikan impak kenapa pulak ianya dilaksanakan? Usaha ini, walau menyumbang kesan positif dalam peratusan yang amat kecil, ia tetap membantu menangani isu pemanasan global dan yang paling utama dan yang tersirat ialah mengenai isu penjimatan tenaga.

ahmad humairi March 27, 2011 at 6:30 PM  

w/salam white rose,

Kalo TNB tutup suis utama, lumpuhle sekejap...ko pun tak dapat tengok tv, tak pat belajo dengan selesa...tapi betulletu...tak susah mana erak?

ahmad humairi March 27, 2011 at 6:41 PM  

w/salam Sahrom,

Masih ingatkah lagi pada Atub?

60 tahun bergelap, namu telah banyak yang dilakukannya. Yang celik pun gagal menandinginya.

Moga tidak gelap mata hati.

kiwi March 27, 2011 at 8:08 PM  

salam cikgu..
earth hour best gk..hihi..ganti ngn lilin

ahmad humairi March 27, 2011 at 8:13 PM  

w/salam kiwi,

boleh jer....lagi romantik candle light.

Mutiara Bernilai March 28, 2011 at 9:29 PM  

Assalamualaikum cikgu Humairi,

kadang kita tetap bergelap walau dlm cahaya..

ibarat manusia yang memilih zulumat dosa walaupun hidayah dan seruan Allah sentiasa mengelilingi..

suke memandang dr sudut berbeza.. satu gambar boleh menjana pelbagai tafsiran..

Temuk March 29, 2011 at 6:13 AM  

As-Salam Cikgu Humairi
Kot tiap malam kita potong sejam, sebulan dapatlah 30 jam. Tengok hujung bulan, pasti ada beza pada bil tnb kita.

ahmad humairi March 30, 2011 at 4:19 AM  

Waalaikumsalam Mutiara,

Suhanallah, benar sekali kata-katamu. Ada yang buta dalan cahaya dan ada juga yang bersinar walau dalam gelita.

ahmad humairi March 30, 2011 at 4:50 PM  

Waalaikumsalam Abang Temuk,

Itulah yang tersirat - penjimatan tenaga di samping mempertingkatkan kesedaran tentang isu pemanasan global.

30 jam X 12 bulan,
Banyak yang dapat dijimatkan,
Walau sedikit atau perlahan,
Tetap dapat dimanfaatkan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

TOP VISITOR

Statistik Pelawat Hari Ini

Try us on Wibiya!

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP