MUTIARA KATA HARI INI

Wednesday, March 30, 2011

Satira Jarum


1.
Patah jarum dalam peti,
Buat menjahit kain bertimbun,
Nasihat sepatah kurang dimengerti,
Rupanya penawar beribu tahun.


2.
Jangan menghina barang yang kecil,
kerana jarum yang kecil itu boleh menumpahkan darah.


3.
Kita membawa jarum, dia menyambut dengan gunting.

42 comments:

Kakcik Seroja March 30, 2011 at 7:33 PM  

Gunting dan jarum - walau tajam keduanya tapi fungsi tetap tak sama... :)

ahmad humairi March 30, 2011 at 7:40 PM  

Kakcik,

Jarum menemukan,
gunting mengoyakkan.

sahromnasrudin March 30, 2011 at 8:20 PM  

ASSALAMUALAIKUM CIKGU...

wahai kau jarum..
walau kau kecil..
budimu bukan kepalang..
kerana darimulah..
seurat benang menjadi sehelai baju..

wahai kau gunting..
walau kau sangat tajam..
tetapi jika kau diceraikan..
tidaklah ia dipanggil gunting lagi..

jarum dan gunting..
tutuplah semua keaiban sang manusia..
yang berpakaian seperti
tidak cukup jarum dan guntingnya..
untuk menjadi sehelai baju...
sang manusia..

zue March 30, 2011 at 8:24 PM  

hanya tumpang mmbaca aje...trlalu byk makna yg tersirat.

sitinaminah02 March 30, 2011 at 8:55 PM  

sakit jugak jari kalo tercucuk jarum

atuk March 30, 2011 at 10:49 PM  

Assalamualaikum Cikgu Humairi

walau pun kedua2nya fungsi tak sama
tapi boleh menghasilkan yg sangat berfaedah kpd manusia

Wassalam

yangbaik March 31, 2011 at 12:06 AM  

jarum emas jarum besi
jangan simpan dalam peti
masak nasi jangan basi
kalau tidak habis rugi...

baru dapat ide tadi...
harap2 boleh jadi...
hehehe buleh... tak ?

kasihibu March 31, 2011 at 12:59 AM  

kadang bila dah tersesal, baru nak menyesal
begitulah lumrahnya..

ibuintan March 31, 2011 at 1:07 AM  

gunting mengoyakkan, jarum menyatukan... kalau tiada keduanya apakan jadi kepada manusia

Anonymous,  March 31, 2011 at 2:49 AM  

Aslmkm Cikgu.
Banyak yang tersirat,
Sebab tu terasa sarat,
telinga & hati jadi berkarat,
masyarakat insan bermasaalah berat!
Kita cubalah perelokan diri, mudah2an dicontohi.
Tak gitu Cikgu?

ahmad humairi March 31, 2011 at 5:42 AM  

W/salam Sahrom,

Uahhh,
Sahrom sangat pandai berlenggok.
Sentiasa ada jawapan berseni.
Sahrom, anda memang hebat.
Layangan minda yang bersahaja.

ahmad humairi March 31, 2011 at 5:43 AM  

zue,

Bahasa kita...memang gitu.

ahmad humairi March 31, 2011 at 5:44 AM  

GC,

Alahhh....macam gigit semut jer..

ahmad humairi March 31, 2011 at 5:45 AM  

w/salam Rozali,

Fungsi yang mendatangkan faedah, tidak mengapa asalkan tidak memudaratkan.

ahmad humairi March 31, 2011 at 5:48 AM  

sayang-sayang ibu,

....menyesal kemudian, tiada gunanya...cuma menjadi telada buat yang mengikuti kisahnya itu.

ahmad humairi March 31, 2011 at 5:52 AM  

w/salam ibuintan,

gunting mengoyak,
jarum menyatu,
andai fungsi ditidak,
manusia buntu.

ahmad humairi March 31, 2011 at 5:54 AM  

w/salam Kak G,

Ianya sudah ujud dalam alam,
kita kongsikan bersama segala apa yang tersirat....Kak G sudahpun merungkaikannya.

Abd Razak March 31, 2011 at 6:01 AM  

Assalamualaikum...

Kadang jarum menghasilkan rezeki, kadang merosakkan diri..

ahmad humairi March 31, 2011 at 6:56 AM  

W/salam Abd Razak,

Begitulah perumpamaan dari sang jarum untuk kita meneladaninya.

Rashid March 31, 2011 at 8:06 AM  

ermm .. masih takut jarum. hehe ..

white rose March 31, 2011 at 10:38 AM  

salam...
sy bagi kain, bole terus jahit...

agak rajin???
bile bole hantar???

ahmad humairi March 31, 2011 at 4:54 PM  

Rashid,

Ramai yang menggeruninya walau ianya tidak dapat bertindak sendiri.

ahmad humairi March 31, 2011 at 4:56 PM  

w/salam white rose,

Owh...baju pengantin tuke??

Boleh, boleh...anytime....

....nampak gayenye x sudah-sudah ceritanye ni...

Kakzakie Purvit March 31, 2011 at 8:38 PM  

Jarum dan gunting menjadi peneman kakak kalau nak Raya. Sibuk menjahit baju tempahan....

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE March 31, 2011 at 10:16 PM  

Salam ckgu.

dua2 benda ni brg penting kat umah ana. walaupun tak berapa cekap pakai mesin, tetap jahit juga walau pakai tgn, janji lekat.

aby April 1, 2011 at 4:04 AM  

salam AH,
klu ngikut kata org tua2, kedua dua tu bukan la sesuatu yg baik,

jarum yg sentiasa di umpamakan dgn org yg suka mengadu domba,
manakala gunting pula umpama musuh dalam selimut ...

apepun dua benda ni memang aby cukup jaga kt umah, takut my luvly bulus main2 dgn benda2 nih

ahmad humairi April 1, 2011 at 5:33 AM  

Kakzakie,

Tailor rupanya....
Nanti saya tempah ngan kakzakie jelaa ek...untuk pilem saya nanti....bleh?

ahmad humairi April 1, 2011 at 5:37 AM  

w/salam AA,

Saya pun kalo takat nak cantumkan seluar koyak celah kangkang...bolehla janji tak terburai dan tertutup rapat....gunakan mende-mende nilah...jarum, benang, gunting.....selalu terluka dan berdarah, subhanallah!.

ahmad humairi April 1, 2011 at 5:42 AM  

w/salam aby,

Unsur ahat dan baik tetap ada pada setiap kejadian makhluk...yang baik jdikan teladan dan yang buruk jadikan sempadan. Saya pu jaga benda-benda ni...takut dipijak Kembang dan anaknya.

Mutiara Bernilai April 1, 2011 at 6:13 AM  

assalamualaikum cikgu Ahmad Humairi,

jarum mengikat kita,
sedang gunting meleraikan..
jarum menyambung perca,
sedang gunting memisahkan..

tercucuk jarum, kita yang sakit,
tiada gunting, kita yang susah.

Begitulah manusia, ada baiknya, ada juga buruknya..yang baik dpertingkatkan, yang buruk diminimumkan..

Sham April 1, 2011 at 6:15 AM  

jangan jadi gunting dalam lipatan...

hentian April 1, 2011 at 10:53 AM  

dah lama tak pegang jarum. semuanya IM jahit di kedai...

ahmad humairi April 1, 2011 at 9:41 PM  

Waalaikum Salam Mutiara,

Jarum menyambungkan perca,
Gunting memisahkan sisa.

Jarum melekatkan,
Jangan gunting pula memisahkan.

ahmad humairi April 1, 2011 at 9:42 PM  

Jangan Sham, jangan....Bahaya.

ahmad humairi April 1, 2011 at 9:43 PM  

IM,

....tapi masih mahir menjahit kann?

shameel Iskandar April 1, 2011 at 10:37 PM  

Assalamualaikum cikgu.

saya tertarik dgn yg ni...Jangan menghina barang yang kecil,
kerana jarum yang kecil itu boleh menumpahkan darah....

p/s = hari ni ramai org kita memandang enteng terhadap segala kerosakan yg merosakkan agama(mcm poco-poco). Mereka lupa jika dibiarkn, ia akn memberi kesan yg besar kpd akidah generasi kan datang.

ahmad humairi April 2, 2011 at 12:05 AM  

W/salam shameel,

Perkara yang dipandang enteng (seperti poco-poco)...bak jarum itu...boleh menyakitkan hatta mematikan juga.

Saya setuju jika perkara yang mengundang keburukan itu diharamkan sahaja.

ummu April 2, 2011 at 12:01 PM  

assalamualaikum cikgu humairi
jarum dan gunting,
tetap berjasa
meski kadang kala
ada yang terluka
dan tertusuk sekian lama.

ahmad humairi April 3, 2011 at 6:05 PM  

w/salam ummu,

Bila terluka, mengertilah...
Jangan terluka kali kedua.

MOH KEMBARA April 4, 2011 at 6:37 AM  

Assalamualaikum Cikgu Humairi,

Parang pelik atas peti,
Barang kecik jgn diperli!

ahmad humairi April 4, 2011 at 6:45 PM  

W/salam Kak Helli,

Lama sudah tidak kemari,
datang berperi,
bukan perli,
akhir sekali.

Betul tu kak, cili padi tu...kecik jer...tapi ya amat pedaihh.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

TOP VISITOR

Statistik Pelawat Hari Ini

Try us on Wibiya!

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP