SPM - Saya Punya Markah
Langit dipandang. Tuhan disoal.
Oh Tuhan. Mengapa aku tak boleh terbang tinggi? Kenapa kau patahkan sayapku?
Sambil menyoal sambil melihat kawan-kawannya yang terbang. Melebarkan sayap. Menampakkan dada yang kembang. Kadang-kadang mengepak. Kadang-kadang diam. Meluncur bergaya bersama angin. Angin yang mematahkan sayapnya. Angin lintang yang menggagalkan penerbangannya. Lalu jatuh di timbunan kertas. Akan mati dalam kelaparan, dia mengagak.
Tak boleh terbang? Suara halus mencelah.
Ya. Aku mahu bersama kawan-kawanku, jawabnya tanpa menoleh. Aku tak boleh terbang lagi. Aku akan mati kelaparan di sini.
Mengapa begitu? Mengapa mati yang engkau sebut-sebutkan? Aku ada. Tak mungkin kau boleh mati, semakin manis bunyi suaranya.
Dia menoleh. Seekor ulat bercermin mata sedang senyum. Di sebelah tangan-tangan kirinya (mungkin kaki) memengang buku. Di sebelah tangan-tangan kanannya (mungkin kaki) memegang pensel. Sepuluh buah buku (mungkin lebih) dan sepuluh batang pensel (mungkin lebih) berada dalam genggaman tangan atau mungkin juga kakinya.
Kau lapar?, kau boleh makan aku.
Sambil menggeleng. Tak mungkin. Kalau aku makan kamu sekarang, kau takkan bercerita lagi. Aku mahu tahu segala isi buku cerita yang kau baca.
Dia duduk. Sambil membetulkan sayapnya. Menghadap sang ulat. Membelakangkan kawan-kawan yang sedang terbang. Dia tidak pedulikan kawan-kawannya lagi. Tekun dia mendengar cerita-cerita dari sang ulat.
Keputusan peperiksaan telah diumumkan. Dia berazam terbang lebih tinggi dari kawan-kawannya.
26 comments:
assalamualaikum cikgu,
mulakan langkah baru untuk lebih berjaya, sekali gagal tak bermakna gagal selamanya..
yang berjaya di awal belum pasti berjaya ke penamatnya
baru permulaan cikgu.klu betul caranya insyaallah akan berjaya dalam hidup. kadang2x yang tak cemerlang tu lebih berjaya di masa depan. dah ada 3-4 contoh di depan mata.
Hanya DIA yang tahu cerita hamba-NYA sampai habis. Berjaya dlm peperiksaan belum tentu berjaya dlm hidup dan gagal dlm peperiksaan belum tentu gagal dlm hidup.
Arwah Sosilawati, pendidikannya hnayalah setakat SPM dan bekerja sebagai operator kilang pada awalnya. Arwah mula melibatkan diri dlm dunia perniagaan setelah gagal dlm rumah tangga.
ulat?
masa dlu2 cikgu sy kata, jumpe ulat dalam sayur elok dimakan kerana tandanya sayur itu segar & sehat untuk dimakan...
jika tidak, mengapa ulat suka makan...
jadinya, sy memutuskan tuk membasuh semula sayur2 itu...
akhirnya sayur2 tu laa yg dimakan oleh sy sendiri...
berakhirlah riwayat sayur2 tersebut...
sekian cerita saya, terima kasih...
Assalamualaikum cikgu..
Kejayaan itu kurniaan Yang Maha Esa dan janganlah bersandar kepada kejayaan itu tetapi bersandarlah kepada kurniaan dan rahmat~Nya..
Assalamualaikum Cikgu..
Sy dulu pernah meletakkan segalanya kepada pencapaian dan keputusan peperiksaan..tapi lama2 baru saya sedar, xsegala benda kita kena nilai dgn 'keputusan exam'..
yg penting, usaha sbaik abes, dapat x dpt tu urusan Allah..
dan andai dpt kputusan yg baik/kurang baik, kita kena yakin bhwasamya bkn 'kputusan' tu yg menetukan sgalanya..Allah yg tentukan sgalaNYA..
w/salam ibuintan,
Perima kasih atas kata-kata perangsang. Pasti nanti akan dipancung yang terus terbang tinggi yang menunjukkan gaya akrobatiknya.
monalea,
Betul tu...takkan sume orang nak kerja tinggi je...yang rendah tu sape nak buat....redho aje.
Sahameel,
Banyak harta, tapi jiwa tidak tenang, buat apa? Betul tak?
white rose,
Berakhir jugak riwayat ulat itu sebab takde sayur lagi untuk dia makan karena kesemua sayur telah ditamatkan riwayatnya olehmu.
Wallaualam bissawab, wailaihi marjiuu wal maab.
w/salam Abd Razak.
Benar, rahmat dan nikmat Allah tidak terhingga, bersyukurlah kita.
w/salam mutiara,
Kejayaan dalam exam itulah yang dipandang orang dan yang gagal terus diketepikan.
Kehilangan sayap membuat hati gundah tetapi ada pula sang penglipur lara membuat gundah gulana hilang seketika. Lupa pada sayap yg telah tiada. Lena menanti sayap kembali semula untuk terbang lagi...
Kakzakie,
Si penglipurlara bercerita dari satu buku, jilid pertama hungga jilid ketujuh kini....belum khatam lagi..
Assalamualaikum Cikgu Humairi
tampa sayap tak bermakna tidak boleh terus hidup
Wassalam
w/salam Rozali,
Boleh hidup, dan boleh terbang naik kapal terbang...lebih canggih lagi.
usaha tangga kejayaan.
GC,
Kejayaan tangga kerjaya tinggi.
assalamualaikum cikgu...
mungkin kau mahu terbang tinggi..
tetapi sayapmu pendek...
mungkin kau mahu terbang tinggi..
tetapi dirimu lemah..
mungkin kau mahu terbang tinggi..
tetapi tenagamu hilang..
mungkin..inilah tempatmu..
inilah lubukmu..
untuk kau berbakti
di kampong halaman sendiri..
membantu nusa bangsa...
w/salam sahrom,
....oh Tuhan,
Mungkinkan aku terbang tinggi lagi,
walau hanya di sini.
tercapai tak azam burung tu untuk terbang lebih tinggi...?
Sham,
Belum khatam lagi...baru jilid ketujuh, muka surat 24434 kini.
Salam.
Meti ulat yg pakai cermin mata tu seekor ulat yg crdik..
Baru smlm pukul lalat bsr. rupanya dia nk beranak anak2 ulat. Punya la byk...uii..
w/salam AA,
Ya, dia banyak baca buku.
Sian lalat besar tu...mesti dia dah buat jahat pada AA.
Nyawa makhluk sama harganya. Jangan aniaya tanpa sebab.
salam AH,
tu la akibat terlalu memuja yg straight As lalu apabila yg tk ada A atau setakat 1 atau 2 A mcm dah ketinggalan, lebih mengharukan seolah2 mcm dah berakhie dunia ni ..
kita sebagai ibu bapa yg anak tk dapat straght As itu kene la jadi ulat tu ...
yg penting readykan pulusnya ..
bertimbun IPT yg sedia menerima yg tk straight As tu ...
w/salam aby,
Saya sokong aby. Setiap kita mempunyai kemahiran yang berbeza, jadi lakukanlah mengikut apa yang kita minati.
Post a Comment