MUTIARA KATA HARI INI

Sunday, March 20, 2011

SUPERMOON


Dari seberang pergi ke Deli. Bawa utusan dari sana. Gelombang besar jangan peduli. Jaga olak dari mana. Tsunami. Supermoon. Semua diambil kira.

Kita gagah merancang, namun segalanya ditentukan Tuhan. Kini berperi-peri hingga menjadi teluk olakan air.

Moga segala perancangan tidak menjadi seperti buntat yang hendak menjadi gemala.

Moga seperti sungai yang mengarus. Tiada henti. Walau apa halangan tiba. Perlahan namun pasti sampai ke laut juga akhirnya.

Ingin sekali menjadi telinga tempayan tetapi bukan telinga kuali. Moga jua segalanya tidak menjadi indarus.

38 comments:

Kakzakie Purvit March 20, 2011 at 7:32 PM  

Assalamualaikum cikgu,

Dari satu tanda ke satu tanda Allah berikan dan tunjukkan. Siap boleh dirakam lagi, tetap masih ada kedangkalan di hati-hati yg telah beku dan kaku.

Moga kita tidak begitu.....

sahromnasrudin March 20, 2011 at 7:49 PM  

assalamualaikum cikgu..

pembangunan berpuluh tahun..
hancur lebur dalam beberapa minit..

loji yang dicanang kan rentan gempa..
akhirnya bocor di tengah hidungnya..

ekonomi yang dipulun stabil..
kita pula yang ditimpa musibahnya..

namun semangat mereka cukup jitu.
sejitu Tentera Nippon GO..
dan angkatan kamikazenya..

pasti, mereka kan bangkit..
tanpa meminta bantuan pihak luar..
kerna, hanya mereka yang kenal
akan jatidiri bangsa mereka..

zue March 20, 2011 at 7:52 PM  

mungkin ini satu tanda peringatan Allah terhadap umatnya.

Kak Amy March 20, 2011 at 8:34 PM  

Apa yang terjadi mungkin satu peringatan kepada kita untuk mendekatkan diri kepadanya...

atuk March 20, 2011 at 8:56 PM  

Assalamualaikum Cikgu Humairi

manusia merancang
(elak kena tsunami)
Allah pun ada perancanganNya

Wassalam

ahmad humairi March 20, 2011 at 9:01 PM  

w/salam Kakzakie,

Mudah-mudahan yang beku kan cair dan yang cair jangan sampai menbanjirkan.

ahmad humairi March 20, 2011 at 9:03 PM  

w/salam sahrom,

Teknologi Jepun memang mengagumkan kita atas izin Allah jua.

ahmad humairi March 20, 2011 at 9:04 PM  

zue,

peringatan demi peringatan...moga menyedarkan kita.

ahmad humairi March 20, 2011 at 9:06 PM  

Amy Syaquena,

Benar sekali. Moga bertambah dekat denganNya.

ahmad humairi March 20, 2011 at 9:07 PM  

W/salam Rozali,

Perancangan Allah tak terduga oleh mahkluk ciptaanNya.

ainhany March 20, 2011 at 11:14 PM  

salam cikgu,

kita melihat tsunami;
apakah kita ambil peduli,
yang datang pun dah pergi
kita dok tunggu apa lagi

segala petanda kiamat telah bersama kita..Semuga menjadi iktibar..

sitinaminah02 March 20, 2011 at 11:45 PM  

bangunan yg rebah boleh didirikan, yang mati takkan kembali

ibuintan March 21, 2011 at 12:14 AM  

assalamualaikum cikgu..

moga kita tak akan terus lena dan terleka, musibah demi musibah tanda Allah masih sayang kepada kita, untuk mengingatkan kita

ahmad humairi March 21, 2011 at 3:05 AM  

w/salam ainhany,

sentiasa ada pengajaran di sebalik setiap kejadian bagi yang sentiasa mengambil iktibar.

ahmad humairi March 21, 2011 at 3:07 AM  

GC,

Lebih 100,000 manusia maut sebagai modal membangunkan bangunan baru...

ahmad humairi March 21, 2011 at 3:08 AM  

Azhan,

Kita tidak mampu mencipta apa-apa selain mengolah semula ciptaan Allah....itupun hanya dengan izinNya.

ahmad humairi March 21, 2011 at 3:10 AM  

w/salam ibuintan,

Rahmanirrahim Allah yang tak bertepian untuk manusia yang beriman dan beramal soleh serta bepesanan dengan kebenaran juga kesabaran.

Maiyah March 21, 2011 at 3:28 AM  

assalam..

yg baik dtg dariNya.. yg x baik tu kita le pnyebabnya :(

shameel Iskandar March 21, 2011 at 3:38 AM  

Assalamualaikum.

Musibah jika dilihat dgn mata hati yg suci. pasti sahaja mampu mencairkan antartika kejahilan diri.

Tapi ramai yang menuli dan tidak peduli dgn teguran Ilahi.

Beribu kali musibah datang dan pergi.
Beribu yang mati.
Tapi masih ramai yg tak reti.

ahmad humairi March 21, 2011 at 5:40 AM  

w/salam maiyah,

tiada rugi pada yang sedo,
yang x sedo tu tah bilele lagi..

ahmad humairi March 21, 2011 at 5:42 AM  

w/salam shameel,

Yang beriman - menerima segalanya sebagai hikmah, redho pada kurniaan Ilahi.

Temuk March 21, 2011 at 6:32 AM  

Assalamu'alaikum Cikgu

Pembangunan fizikal yang hebat-hebat selalu dianggap sebagai petanda pedulikan dan sayangkan generasi akan datang. Di kala generasi itu tersepit oleh kesan-kesan negatif pembangunan fizikal sedemikian, perencana & pelaksana pembangunan yang asal sudah pun tiada. Generasi itulah sendiri yang terpaksa memikul bahananya.

Bila-bila pun, yang merencana & melaksanakan pembangunan acap lupa kekerdilan, kekurangan & kehinaan diri, dek tebalnya perasaan bahawa 'kami hebat, kami tahu, & kami mampu melakukannya'.

Sham March 21, 2011 at 6:33 AM  

salam cikgu...

lagi tak sedar ke...?

white rose March 21, 2011 at 9:53 AM  

assalamualaikum...

dekat lagi dekat,
lagi ramai yg jauh...

petanda YANG MAHA ESA, negara maju mcmana sekali pun, tetap ALLAH tunjukkan...

ahmad humairi March 21, 2011 at 6:37 PM  

w/salam Abang Temuk,

Sayang kita pada generasi akan datang tidak bermakna kita menutup pintu serta mengurungkan mereka di bilik kebal 'bawah tempurung'.

Apa yang berlaku kini adalah survival untuk kelangsungan ikhtiar hidup....do or die...dan benarlah kita sering lupa sumpah Tuhan dengan masa bahawa manusia selalu rugi..

ahmad humairi March 21, 2011 at 6:39 PM  

w/salam Sham,

Kesedaran pasti datang bila kita diambang maut...tuhan maha pemurah!

ahmad humairi March 21, 2011 at 6:43 PM  

w/salam white rose,

Baru balik Jepun ek?

Lawala sanggui tu...ngan sekuntum rose putih tu..patutla bebudak tanya ustazah dah buka tudung...tapi xheran soklan bebudak erak.

Abd Razak March 21, 2011 at 8:02 PM  

Assalamualaikum...

Tuhan sering memberi perumpamaan untuk kita lihat dan nilai, kadangkali kita lupa dan menjadi rakus..

ahmad humairi March 21, 2011 at 9:31 PM  

w/salam Abd Razak,

Selamat kembali.

Terlalu banyak contoh dan teladan yang dapat disingkap pada setiap kejadian bila rasa rendah diri mengatasi keegoan..... Jadi merendah dirilah, kita tiada daya dan upaya melainkan Allah.

Bio Aura RM650 March 21, 2011 at 11:26 PM  

Salam kunjungan,
kebesaran Allah boleh dilihat di mana2 cuma mata hati yang buta slalu x nampak kebesaran NYA
nice blog ;)

ahmad humairi March 22, 2011 at 6:05 PM  

Bio Aura,

Selamat maju jaya dalam pernigaan...jangan lupa kebesaran Allah.

Anonymous,  March 23, 2011 at 1:05 AM  

Aslmkm Cikgu.
Ya, semoga kita tidak menjadi indarus.
Tapi tetap gagah menjadi khalifah beriman & berjaya. Insya Allah.

ahmad humairi March 23, 2011 at 5:11 PM  

InsyaAllah Kak G....kita amat yakin pada keadilan Allah.

aby March 23, 2011 at 11:55 PM  

salam AH,
wlupun semua penetuan perancangan adalah dalam penentuan tuhan,
namun usha, iktiar dan doa boleh mengubah perancangan yg ditentukan kpd kita ..
jgn tinggalkan doa pd setiap perbuatan kite ..
insyallah kita akan berakhir dgn happy ending ...

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE March 24, 2011 at 12:06 AM  

Salam.

Erm, byk betui bahasa yg canggih kat sini. nk kena tengok kamus lah camni. Bljr lg & lg.

ahmad humairi March 24, 2011 at 2:24 AM  

w/salam aby,

Benar. Kita masih ada kekuatan dan sandaran pada Allah...Never give up!

ahmad humairi March 24, 2011 at 2:25 AM  

w/salam AA,


Saya sediakan pautan Kamus Dewan tuuu...kalau sudi, manfaatkannya.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

TOP VISITOR

Statistik Pelawat Hari Ini

Try us on Wibiya!

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP