MUTIARA KATA HARI INI

Tuesday, April 26, 2011

Skirt Anak Jengka Dua


cahaya yang tidak pernah bersilang
mengimej semula
wajah anak-anakku
di jengka dua
yang taat mencium tanganku
tika berpisah

di antara mereka
menjelma tiba
mencelah-celah sesak imejan
berlari berkejaran di depan mata

anak-anakku
yang sudah kutemu
di maya ini
Jamarulnizam Abdul Razak
Mastura Mustafar

dimana Junaidi
Sabri
Rozali
Syed Muhamad
Chandran
Norzita
Zalimah
Salinda

anak-anakku
andai ada ketentuan
isyaratkanlah kunjunganmu.

30 comments:

ong ong kedek kedek April 26, 2011 at 10:19 PM  

hahaha serius klasik, vintage hehehe

Ann Huda (Ate) April 26, 2011 at 11:24 PM  

Sejuk dan damainya hati..Bila di izin Allah bertemu lagi'anak-anak' yang telah dewasa masih mengenang kita sang guru mereka (walau sekadar di alam maya)

Kakzakie Purvit April 26, 2011 at 11:39 PM  

Assalamu'alaikum cikgu,

Kakak kepingin jumpa cikgu-cikgu yg pernah mengajar kakak..

Rasanya anak didik cikgu ramai yg dah beranak-pinak juga...

Mutiara Bernilai April 27, 2011 at 1:20 AM  

duhai..
rindu sekali zaman saya dulu-dulu

ada satu dalam simpanan, gambar serupa ini. :) cumanya saya berbaju kurung ..

rindu!

sitinaminah02 April 27, 2011 at 1:30 AM  

zaman sy dulu, skirt2 cmtu pakai skejap je. lps tu mak bg pakai baju kurung. keh3x

Arizakiah April 27, 2011 at 6:15 AM  

Saya pun masih menyimpan gambar sek rendah dulu...berskirt macam tu dan rambut bertocang dua....

Abd Razak April 27, 2011 at 6:37 AM  

Assalamualaikum..

Perbezaan yang sangat ketara antara dulu dan sekarang...tak nampak berpakaian yang disyariatkan

ibuintan April 27, 2011 at 6:51 AM  

cikgu mngamit memori sekolah rendah.. zaman saya juga berskirt begitu

Admin P@P April 27, 2011 at 7:23 AM  

Assalamualaikum.
Terasa diri dihargai apabila sentiasa menerima sapaan mantan anak murid. Selalunya kita dah tak 'cam' mereka, tapi mereka tak pernah 'konfius' siapa mantan gurunya.

Barakallah.

TQ

atuk April 27, 2011 at 7:27 AM  

Assalamualaikum Cikgu Humairi

guru tetap dalam ingatan

Wassalam

zulkbo April 27, 2011 at 9:56 AM  

salam..
ermmm..saya menengah dijengka 2
sampai 1999
sekolah rendah jengka 3..

zue April 27, 2011 at 11:43 PM  

assalamualaikum cikgu,
anak sy pernah brtanya knapa org dulu2 gi sek boleh pkai skirt kenapa skrg x boleh.
sy jawab..mungkin org2 dulu jahil dan skrg org dah tahu hukum.

Mohamadazhan.com April 28, 2011 at 1:43 AM  

nostalgia =)

blog cikgu di tag =)

http://www.mohamadazhan.com/2011/04/dia-tetap-guru-yang-disanjungi.html

shameel Iskandar April 28, 2011 at 6:02 AM  

salam cikgu.
saya yang baru 9 tahun jadi guru pun dah ada ratusan bekas pelajar dan ramai antara mereka yg berjaya dalam pelajaran( belum tentu dlm pekerjaan dan hidup, tapi mudah-mudahan mrk beroleh kejayaan).

Inilah yg kita selaku pendidik banggakan.

ahmad humairi April 28, 2011 at 5:11 PM  

miecyber,

...terkenang semasa dulu..

ahmad humairi April 28, 2011 at 5:12 PM  

republikn9,

mana seriusnya tu...dah gelak2...hehe

ahmad humairi April 28, 2011 at 5:14 PM  

Ate,

Betultu.
Saya bagai masih terasa yang mereka datang mencium tangan saya seperti lazimnya bila bertemu saya.

ahmad humairi April 28, 2011 at 5:16 PM  

w/salam kakzakie,

anak-anak merka pun ramai juga - ada yang sampai enam orang, kalah saya dibuatnya.

Cikgu-cikgu saya...ramai yang dah kembali ke rahmatullah. Al fatihah buat mereka.

ahmad humairi April 28, 2011 at 5:18 PM  

Mutiara,

Kalau rindu,
tatap selalu,
yang dulu,
dahpun berlalu,
senduuuuu...
huuuu...

ahmad humairi April 28, 2011 at 5:19 PM  

GC,

Ko tentu comel kan, pakai skirt tuu??

ahmad humairi April 28, 2011 at 5:20 PM  

Arizakiah,

memang comel bila bebudak bertocang. Saya amat tertarik bila jkanak-kanak bertocang, kemas!!!

ahmad humairi April 28, 2011 at 5:25 PM  

w/salam Abd Razak,

Astaghfirullahalazim,
Saya mengucap kembali bila terkenangkan zaman saya bersekolah rendah dahulu.

....tika bulan puasa, cikgu saya tak puasa, disuruhnya saya membeli minuman di kedai sebelah sekolah. Pulak tu...minuman keras!!

Zaman berubah. Peningkatan kesedaran Islam turut bertambah...kita berhijrah kepada yang lebih baik, insyaAllah.

ahmad humairi April 28, 2011 at 5:26 PM  

ibuintan,

Saya teringatkan mereka, bila ada di antara mereka menyapa saya di facebook.

Saya jadi rindu kini.

ahmad humairi April 28, 2011 at 5:41 PM  

w/salam Admin P&P,

Sepertinya kita juga...memang kita ingat siapa cikgu-cikgu kita.

Terima kasih cikgu!

ahmad humairi April 28, 2011 at 5:42 PM  

w/salam Rozali,

siapapun kita,
cikgulah yang mengajar kita,
sekali lagi,

Terima kasih cikgu.

ahmad humairi April 28, 2011 at 5:46 PM  

w/salam zulkbo,

1999...saya dah balik perak.

kami berkongsi padang SK dan SMK Jengka dua.

Geng cikgu SK dan SM sering beriadah bersama dalam badminton, takraw dan bola tampar ketika itu.

ahmad humairi April 28, 2011 at 5:47 PM  

w/salam zue,

eloklah penerangan yang diberikan itu, moga dapat menambah kefahaman mereka mengenai syar'iat agama kita.

ahmad humairi April 28, 2011 at 5:51 PM  

Mohdazhan,

Terima kasih atas ingatan. Tag tanpa tugasan...saya menghargainya.

ahmad humairi April 28, 2011 at 5:53 PM  

w/salam shameel,

Siapapun mereka...tidak pernah saya pinggirkan. Saya amat kasihan bila melihatkan mereka bermasalah dalam P&P...Saya berusaha dan mereka pun berusaha juga. Moga mendapat petunjuk dari Allah.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

TOP VISITOR

Statistik Pelawat Hari Ini

Try us on Wibiya!

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP