MUTIARA KATA HARI INI

Monday, April 11, 2011

KEDAP


Program KEDAP - Kelas Dewasa Asli Pribumi adalah sebahagian daripada program yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran . Program asal adalah khas untuk Orang Asli Penan dan kini diperluaskan lagi untuk seluruh masyarakat Asli Pribumi di Malaysia. Program KEDAP ini telah diputuskan dalam mesyuarat FOCUS GROUP pembasmian Kemiskinan bil 5 / 2007 pada 23 November 2007 di Pengerusikan oleh Ybhg Tan Sri Mohd Sidek , KSU Negara .

SK Sungai Galah telah diluluskan peruntukan sebanyak RM 56,250.00 bagi meneruskan program ini untuk tahun 2011. Program bermula awal April 2011 dan akan ditamatkan mengikut jadual untuk jangka masa 150 jam.

Tujuannya adalah untuk membasmikan buta huruf di kalangan Orang asli seluruh Malaysia .Peserta program KEDAP ini diberikan beberapa elaun iaiatu elaun gantian kehilangan pendapatan , elaun makan , elaun alatulis , elaun kesihatan dan lawatan sambil belajar.


Latar Belakang Kampong Sungai Galah

Kampung Sungai Galah terletak di daerah kecil Kampung Gajah, Perak. Tempat yang berhampiran ialah Changkat Tin, Chenderong Kelubi, Tanjung Tualang , Kampung Gajah, Changkat Rambai, Pengkalan Nibong dan lain-lain.

Sungai Galah merupakan sungai kecil yang bersambung dengan Sungai Kinta di sebelah timur. Sungai Kinta pula bersambung dengan sungai Perak.

Kampung ini asalnya kawasan penempatan dan perlombongan yang dimajukan sejak zaman Penjajahan British lagi.Teknologi perlombongan dibawa dari England terutama kapal-kapal korek. Rumah-rumah pengurus dan pekerja lombong dibina di kawasan berdekatan. Apabila harga bijih timah jatuh menjunam , lombong-lombong di kawasan ini telah ditutup. Baru-baru ini kawasan ini hendak dimajukan oleh MMC Sdn Bhd.

Kawasan ini dahulunya merupakan petempatan majmuk yang diduduki oleh pelbagai kaum seperti Orang Asli,Melayu,Cina dan India. Ada klinik kesihatan, panggung wayang dan pelbagai kemudahan lain. Tanah di kawasan ini telah diwartakan kepada Penduduk Asal Kg. Sg. Galah iaitu Orang Asli. Kini Orang Asli tersebut menjadikan tanah mereka sebagai Projek Tanaman Risda Fasa I iaitu tanaman kelapa sawit. Kebanyakan daripada mereka telah berpindah dan menduduki kampung baru iaitu Kg. Tangkai Cermin.

Yang tinggal di situ hanyalah kedai runcit dan tapak panggung wayang. Rumah-rumah pengurus dan pekerja lombong telah diubahsuai menjadi Pusat Latihan UiTM. Terdapat pasar pagi pada setiap hari Jumaat.

Kg. Sg. Galah kini diduduki oleh masyarakat Melayu dan banyak rumah dibina di situ. Penduduk asal yang telah berpindah ke Kg. Tangkai Cermin juga telah menikmati kemajuan dan pembangunan sejajar dengan 53 tahun negara kita merdeka. Kg. Tangkai Cermin banyak melahirkan golongan cerdik pandai seperti Bekas Senator Mendiang Itam Wali bin Nawan, Peguambela Kemala, Uda Nago, Dr. Bahari Belaton, Anak-anak mendiang Itam Wali- Elwan Awang,Elwa Lisa,Elwan Ponso dan Elwa Nita dan lain-lain lagi.

32 comments:

sahromnasrudin April 11, 2011 at 6:31 PM  

assalamualaikum cikgu..

bagus program sebegini..saya suka..ia menunjukkan keprihatinan kerajaan adalah konsisten kepada orang asli ini sehingga mereka ada jabatan tersendiri yakni JAKOA dulu JHEOA

Mutiara Bernilai April 11, 2011 at 6:37 PM  

assalamualaikum cikgu.

bagus2..mereka ini semua sebanrnya perlukan bantuan dan mereka pun bijak2 sebenarnya

teringat waktu sy menjadi AJK untuk program dakwah kepada org asli..

^__^

faraherda.razalan April 11, 2011 at 6:39 PM  

sy tau, mungkin org akan kate...berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul...tugas mendidik itu sbnrnye sukar. betul tak? tp klu sy dpt mendapat peluang mendidik spt cikgu...


=(

ahmad humairi April 11, 2011 at 6:44 PM  

W/salam sahrom,

Kerajan memang prihatin. Mereka selayaknya menerima dan bersama di arus pembangunan. Bila persekitaran Sg Galah dibangunkan...mereka tetap berpindah untuk hidup secara 'mudah' tetapi mereka tetap tidak dikesampingkan....

....mereka hadir kelas dan diberi elaun kehadiran lagi..juga elaun makan...dan beberapa elaun menarik lagi...dan lagi...

ahmad humairi April 11, 2011 at 6:46 PM  

w/salam Mutiara,

Ada diantara pelajar KEDAP di sini yang muslim....insyaAllah saya akan panjangkan dakwah Mutiara untuk mereka....moga menerima taufik dan hidayah Allah.

ahmad humairi April 11, 2011 at 6:48 PM  

Momy Fara,

Peluang sentiasa ada....rebutlah!

"Sengsara" mendidik hanya tuhan tahu...

sitinaminah02 April 11, 2011 at 7:26 PM  

tak berpeluang nak jadi cikgu.. hihih

ahmad humairi April 11, 2011 at 7:49 PM  

GC,

Jadi cikgu tak semestinya di sekolah...

Anonymous,  April 11, 2011 at 8:07 PM  

Aslmkm Cikgu.
Tanggungjawap yang wajar untuk semua,
Sepertimana ibu bapa kepada anak-anak juga;
Sedihnya bila dibina 'empire' untuk mereka,
Makin lama, yang ramai dapat ciput saja!

ahmad humairi April 11, 2011 at 8:16 PM  

W/salam Kak G,

Siput pun tidak mengapalah kak G...daripada zero...ya kan?

Alhamdulillah.

Kakzakie Purvit April 11, 2011 at 9:00 PM  

Assalamu'alaikum cikgu,

Pencerahan diberi kepada mereka walau sekadar satu huruf akan mendapat penghargaan yang tidak ternilai.

Tenaga seorg guru juga sentiasa diperlukan bukan utk murid di sekolah saja. Merka punya skill....

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE April 11, 2011 at 9:01 PM  

Salam.
Mmg betui cikgu, org asli mmg nak kpd ilmu. Diorg juga dahagakn agama sbnrnya. takpe cikgu, pelan2...beri ilmu smbil selit sikit2 apa yg patut. Ana sokong.

tringat masa orentasi kat K.Kubu Baru dulu, lalu la tepi prkmpungan mereka. Tibe2 kena kejar dgn anak2 org asli. dgn bengisnya kami di baling kayu, batu apa smua.. Pdhal tak kacau depa pun..kami pun apa lg, cabut lari la...allahu akbar(kenangin pahit). sabar je la ye.

ahmad humairi April 11, 2011 at 9:19 PM  

w/salam Kakzakie,

Sebenarnya banyak yang tersirat dari program itu...di antaranya ialah untuk mempertingkatkan kehadiran dan prestasi pembelajaran anak-anak mereka di sekolah ini.

ahmad humairi April 11, 2011 at 9:21 PM  

w/salam AA,

Masyarakat orang Asli di sini teramatlah komited pada program yang diaturkan untuk mereka. Mereka sangat tekun, sangat taat pada apa yang disuruh oleh guru....moga kan ada hidayah dari Allah untuk mereka.

Kak Amy April 11, 2011 at 10:21 PM  

Bagus program sebegini..mereka semua perlukan bantuan dan mereka pun bijak2 sebenarnya..

Miecyber April 11, 2011 at 10:40 PM  

Semuga lebih ramai yang celik huruf nanti...

Peribahasa Jepun ( Part 2 )

Abd Razak April 12, 2011 at 12:30 AM  

Assalamualaikum...

Mereka selayaknya diberi perhatian dalam apa jua bidang. Moga usahanya berjaya!

Mohamadazhan.com April 12, 2011 at 12:45 AM  

salam cikgu, bagus tu, pemantapan ilmu walaupun sudah berusia :) usaha yang murni

ahmad humairi April 12, 2011 at 1:40 AM  

Amy Syaquena,

Mereka perlu dibantu dalam segala hal....tanah ini milik mereka...mereka tuan tanah sebenarnya!

ahmad humairi April 12, 2011 at 1:42 AM  

Miecyber,

Ramai di antara mereka sedah celik...hanya untuk melatih supaya lebih cekap serta boleh di adaptasikan di arus perdana.

ahmad humairi April 12, 2011 at 1:43 AM  

w/salam Abd Razak,

InsyaAllah...dengan kesungguhn semua pihak, pasti berjaya.

ahmad humairi April 12, 2011 at 1:44 AM  

w/salam Mohamadazahan,

Murid paling berusia dalam kelas ini berumur 62 tahun...tapi masih gigih belajar...tahniah untuknya.

shameel Iskandar April 12, 2011 at 1:57 AM  

Assalamualaikum.
Sebenanrya anak-anak org asli masih lagi tercicir dlm pelajaran. Kat sekitar kinta utara juga terdapat beberapa sekolah yang mejadi lokasi anak2 org asli menuntut ilmu. Begitu juga di sekitar lasah sg siput.

aby April 12, 2011 at 3:55 AM  

salam AH,
berkat kepimpinan kerajaan barisan Nasional,
org asli pun di fikir sama ...

tk gitu ..

hu..hu..

ustaz eds April 12, 2011 at 5:03 AM  

salam cikgu,
semoga harat murni kerajaan untuk membasmi buta huruf dalam kalangan pribumi asli khususnya di kawasan sg galah akan tercapai....InsyaAllah, ditambah dengan adanya tok batin power macam cikgu myri...hahahaha(gurau je cikgu...)

ahmad humairi April 12, 2011 at 6:13 AM  

w/salam shameel,

Tidak dapat dinafikan akan keciciran itu...yang berjaya terlalu sedikit. Mereka anak emas kerajaan.

ahmad humairi April 12, 2011 at 6:15 AM  

w/salam aby,

...huuu...begitulah kiranya.

ahmad humairi April 12, 2011 at 6:19 AM  

w/salam ustaz,

power??? heheh.

bolehla.

ibuintan April 12, 2011 at 7:36 AM  

assalamualaikum cikgu,

cikgu pun terlibat sama ke!

bagus program ni, demi kemajuan mereka juga

sayangnya di sekolah berhampiran di sini, anak2 murid orang asli ni pula lebih banyak cuti dari ke sekolah

ahmad humairi April 12, 2011 at 7:46 AM  

w/salam ibuintan,

itulah masalahnya....pikat mak bapak datang kelas untuk pikat anak-anaknya juga.....nampak gayanya 'kepakaran' saya diperlukan....tak pakar mana cuma orang kampong dan bekas sekolah saya sendiri... ajarjelaa...ada di antara mereka kawan-kawan saya sendiri.

Sham April 12, 2011 at 8:09 AM  

minggu lepas GC BI sekolah sy dihantar ke SK Lenjang selama beberapa hari.perjalanan 5jam dari jln besar menaiki 4wheel drive...respek cikgu tu...

ahmad humairi April 12, 2011 at 5:12 PM  

Sham,

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul...saya pun respek kat dia.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

TOP VISITOR

Statistik Pelawat Hari Ini

Try us on Wibiya!

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP