BANGSI
Panjang-panjang ruasnya bangsi,
Lebih panjang ruasnya banta,
Kenyang-kenyang memakan nasi,
Lebih kenyang bermain mata.
Lebih panjang ruasnya banta,
Kenyang-kenyang memakan nasi,
Lebih kenyang bermain mata.
Terdengar sayup merdu alunan bangsi di suatu malam terjaga. Teramat sedap. Di Bilik Sang Nila Utama, Asrama Putera Sekolah Raja Chulan, Ipoh. Begitu menarik hati untuk mempelajarinya. Bangsi saya beli lalu belajar bersama sifu. Kini boleh mengalunkan beberapa lagu syok sendiri.
"Orang lain pun dengar syok jua...", terdengar suara.
Kembang hidung saya. Bangga juga. Hanya saya boleh meniup bangsi secara muzikal dalam komuniti saya.
Saya tak boleh berpisah daipada perkara-perkara lepas. Saya tetap saya yang dahulu. Kadang-kadang seperti anak-anak. Dah tua. Masih beraksi. Meniup bangsi. Lagu-lagu kini. Biar Cikgu Sida beraksi gaya sendiri.
"Orang lain pun dengar syok jua...", terdengar suara.
Kembang hidung saya. Bangga juga. Hanya saya boleh meniup bangsi secara muzikal dalam komuniti saya.
Saya tak boleh berpisah daipada perkara-perkara lepas. Saya tetap saya yang dahulu. Kadang-kadang seperti anak-anak. Dah tua. Masih beraksi. Meniup bangsi. Lagu-lagu kini. Biar Cikgu Sida beraksi gaya sendiri.
40 comments:
ohhh.. benda ni nama bangsi eh? hihih
GC,
iyea....or harmonica.
Assalamu'alaikum cikgu,
Kalau ditiup mengalun irama takbir raya meleleh airmata kakak....
W/salam Kakzakie,
Iramanya sungguh meruntun jiwa...tangkap nangis punya...
assalamualaikum cikgu..
tentunya kenangan meniup bangsi ini bukan kepalang ciliknya..
jika tidak masakan cikgu masih ingat akan melodinya..
mungkin boleh direkodkan di video..
dan dititipkan di laman maya ini..
untuk kami nikmati melodi indah penuh kesenian ini...
w/salam sahrom,
alamakk...
kena fikir banyak kali ni...
gitu la ketinggalan nya kita,
Harmonika yg selalu disebut2 rupanya bernama Bangsi ..
AH jgn tiup masa magrib sudah la yer .. takut mengundang yg lain nanti ..
Tua bukan bererti kita tidak boleh seperti anak-anak. Tua atau menjadi seperti anak-anak pada tempat, waktu dan situasi yang tepat adalah suatu kematangan.
baru tau nama benda ni bangsi bang... dulu arwah ayah selalu sebut harmonica
rindu pulak nak dgr dia ckp "shil..go and get my harmonica"
al-fatihah untuk ACA
Assalamu'alaikum cikgu,
lamanya dah tak dengar tiupan bangsi ni, masa kekecil dulu abah selalu tiup masa duduk berehat di pondok di tepi sawah
Bangsi???
Tips Elakkan Mabuk Darat
aby,
betultu, arwah ayah pernah pesan...jangan tiup waktu senja, nanti ular datang!
Assalamualaikum cikgu...
Saya memang tak pandai meniup bangsi ni...
Ate,
setuju, kita menjadi keanak-anakan untuk 'menackle' mereka yang berkenaan. Janji pandai membawa diri..
sheila,
Alfatihah saya untuk arwah juga. Kalau tak tahu mana-mana makna perkataan sudi-sudikanlah klik pada pautan kamus dewan yang saya sediakan.
Ceria selalu.
w/salam ibuintan,
nantilah...kalau ada kesempatan saya upload irama tiupan dari bangsi saya..insyaAllah.
Miecyber,
Benar. Tak caya rujuk kamus dewan yang disediakan.
w/salam Abd Razak,
Banyak kelebihan dan keistimewaan yang ada pada saudara tetapi tidak ada pada saya. Allah jadikan keistimewaan berbeda pada makhluknya untuk kita sering memerlukan antara satu sama lain.
bangsi? 1st tyme dgr
Mari menghayati di cni
pepatah cinta
zaty,
jauh perjalanan, luas pandangan...banyak perkara baru ditemui...terima kasih singgah dan komen,
Salam perkenalan.
harmonika!
wah, lame tak main.
paling last rasanya waktu sekolah menengah..
rindu kenangan lama kan? zaman lepas-lepas yang sudah di tinggal masa..
Mutiara,
Leh maen harmonika jugak?
Wah!, mutiara menang hebat. Saya pasti anda juga boleh main beberapa alat muzik yang lain.
Panjang-panjang ruasnya bangsi,
Lebih panjang ruasnya banta,
Kenyang-kenyang memakan nasi,
Lebih kenyang bermain mata.
main mata tu yg gua suka hahhaha
republikn9,
itu memang permainan orang yang celik mata..
urm... masa kecik2 dulu pernah la main benda nih... tapi tak tau pulak namanya bangsi... baru tau
YB,
ermmmm...masa kecik dulu ko tiup mende ni ngan idung....betul tak?...hehe....seloro je.
Assalamualaikum cikgu.
biasanya saya panggil harmonica, kali ni dapat tau nama lain selain tu,
Rupa-rupanya cikgu bekas pelajar SMk Raja chulan dulu.
w/salam shameel,
Benar. Kami 'bermusuhan' dengan PUO di sebelahnya dan pernah 'berperang' mercun roket dengan mereka.
Aslmkm Cikgu.
Hmmm, naper paparan Kak G tak muncul di beberapa laman yang biasanya muncul ... kena blacklist ke? Pasrah saja la.
Mengenai bangsi, best aper. Kalau Cikgu masih meneruskan hobi ini, kira bagus la. Boleh tabik!
Kak G belajar juga semasa sekolah rendah tu. Ayah belikan, tapi satu hari tu hujan lebat ... hancur, bunyinya sumbang habis!
Salam cikgu humairi, boleh citer sikit pasal Bilik/Dorm Sang Nila Utama kat SRC tu, hehe...cpj pernah jadi penghuni bilik kecil dalam dorm tu...bila? Rahsia!...Al Fatihah untuk Cikgu Azami...
Salam.
Cikgu, baru tau nama benda ni bangsi..
tengok gmbr ingatkn 'air conditioner' td. :-)
w/salam Kak G,
Google demam agaknya.
Bangsi seperti juga alat muzik yang lain perlu penyelenggaraan serta dijaga kebersihannya, terutama jenis tiupan kerana air liur pasti termasuk ke dalam rongga alatan jika ditiup secara tak terkawal.
ermmm...apatah lagi air hujan - pasti menyumbat injap-injap bunyinya, menjadikannya sumbang.
Tapi tak ape..bisa aje kita bersihkannya semula, tapi kena tahu caranya..
w/salam cikgupj,
Owh...Warden kita tu yea...Tak tahu pulak dia dah meninggalkan kita..Al Fatihah buat beliau.
Bilik kecil tu?...untuk penghulu...kini hanya tinggal kenangan. InsyaAllah nanti saya ceritakan dalam paparan akan datang.
w/salam AA,
Memang sejuk jiwa bila mendengarkan alunannya, persis air-conditioner....tapi jangan sampai lalai udahle yetak?
salam....tak tahu pulak namanya bangsi..nampak beno cetek bahasa...tapi harmonika tahu lah! pandai awak main mende alah ni...sy tak tahu langsung!
bangsi rupanya yg cowboy2 selalu main tu ye?
w/salam sonata,
ermmm...bolehla...kalau lagu kanak-kanak tu...
w/salam sayangsayang ibu,
Koboi dan blues...sinonim dengan bangsi.
wahh lama tak tengok bangsi ni .. masa budak-budak dulu minat jugale bangsi ni ..
Rashid,
Masa saya kecik dulu, bapak say juga belikan bangsi tu...tapi tah hapa-hapa lagi saya tiup....janji bunyik.
Post a Comment