MUTIARA KATA HARI INI

Tuesday, April 12, 2011

JOM HEBOH (Saja Tolong Hebahkan)



tidak ramai yang tahu bahawa saya ni seorang pelajar UniSZA (Universiti Sultan Zainal Abidin) dan ramai juga yang masih belum tahu mengenai UniSZA ini. agak keletihan mulut saya setiap kali berlaku perbualan seperti ini:

X : bro, belajar mana sekarang?


saya: belajar dekat UniSZA.


X: ape tu? kolej ape tu? kat mana?

penat mahu explain. jadi korang boleh google, baca wikipedia. ha, ini saya kerat-tampal dari wikipedia. ingat universiti saya koman sangat takde dekat wiki? haha

Universiti Darul Iman Malaysia yang kini dikenali sebagai Universiti Sultan Zainal Abidin terletak di negeri Terengganu. Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) telah ditubuhkan pada 24 Ogos 2005 sebagai institut pengajian tinggi awam (IPTA) ke-18 dan Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) telah menjadi salah sebuah kampusnya. Walaupun masih baru, namun universiti ini telah berpengalaman dalam menguruskan program diploma dan ijazah sarjana muda melalui Kampus KUSZA sejak tahun 1980-an
UDM setakat ini mempunyai dua kampus di Terengganu yang telah beroperasi sepenuhnya iaitu Kampus Kota dan Kampus KUSZA. Sebuah kampus lagi, iaitu Kampus Besut dijangka beroperasi beberapa tahun lagi.

baca penuh di sini.


Lawat jugak blog anak saya di sini. Tolong promosi.

10 comments:

sahromnasrudin April 12, 2011 at 6:58 PM  

assalamualaikum cikgu..

Terengganu negri kaya..takde masalah kalau buat universiti sendiri..bekas bos saya kne transfer pi terengganu, kerajaan negeri hantar pi dubai tue buat lawatan sambil belajar..memang hebat sungguh kerajaan negeri trengganu...

ahmad humairi April 12, 2011 at 7:19 PM  

w/salam sahrom,

kaya & blues....ganu kite..

ahmad humairi April 12, 2011 at 7:55 PM  

Mommy Fara,

TQ...tukang heboh je..suka-suka je.

Abd Razak April 12, 2011 at 8:06 PM  

Assalamualaikum...

Bolehlah saya sambung belajar di sana..:)

ahmad humairi April 12, 2011 at 9:07 PM  

W/salam Abd Razak,

Boleh, boleh.

Belajar tidak mengira tempat...hatta di bawah pokok sekalipun!

Anonymous,  April 12, 2011 at 10:36 PM  

assalamualaikum cikgu

hehe baru tau nih... =)

ahmad humairi April 12, 2011 at 10:46 PM  

manje,

tula pasal....hehe,

tq sudi datang.

Kakzakie Purvit April 13, 2011 at 12:38 AM  

Assalamu'alaikum cikgu,

Keluarga kakak amat mengenalinya cikgu usah bimbang....Kalau duduk M'sia tak tahu memang tak patut....

ahmad humairi April 13, 2011 at 2:36 AM  

w/salam Kakzakie,

Bimbang bagi pihak anak saya Kakzakie...saya tumpang perasaan dia je....saya tak apa-apa...hehe.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

TOP VISITOR

Statistik Pelawat Hari Ini

Try us on Wibiya!

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP