MUTIARA KATA HARI INI

Thursday, April 7, 2011

Sirih Naik Junjung Patah


Sirih naik, junjung patah. Barangan naik, kita parah. Semua berserah. Ingin menjadi seperti ulat dalam batu. Hidup tak pernah buntu.

Baik juga jika menjadi ulat yang banyak kakinya ataupun mungkin juga tangannya. Dapat memecahkan batu yang kerasnya seperti waja. Sangat tenang menelusuri hidup.

Manusia juga memerlukan hati yang tenang menghadapi kesusahan ini. Tanpa jiwa yang tenang, hati akan resah hingga sesiapa sahaja boleh menjadi korban.

Terimalah hakikat ini secara positif kerana Allah sebenarnya sudah memberi cara untuk mendapatkan ketenangan jiwa. Firmannya yang bermaksud "Apabila kamu susah, maka bersabarlah dan bersembahyanglah." Lakukan dalam sepi.

Bersedekah. Bolehkah? Sambil melangkah, boleh sahaja bersedekah. Sambil menadah agar Allah terima keikhlasan kita. Besedekah tidak perlu banyak. Ikhlas bersedekah bila ada kesempatan. Ganjaran Allah akan melimpahi kita. Jangan nanti kita menyesal dengan kata-kata....." ....kenapalah aku tadi tak beri pada orang tu tadi...". Lakukannya dalam sepi.

Senyuman satu sedekah. Berbuat baik mendapat pahala. Bacaan Fatihah serta ayat Al Quran boleh disedekahkan. Ayuh bersedekah. Rezeki Allah boleh mengunjugi kita tanpa kita duga.

41 comments:

atuk April 7, 2011 at 8:40 PM  

Assalamualaikum Cikgu Humairi

harga barang naik
kemungkinan bala drp Allah
Subhanallah

Wassalam

ahmad humairi April 7, 2011 at 8:44 PM  

W/salam Rozali,

Apapun bala yang diturunkan Allah, yang beriman tetap sabar dan redo menerimanya dengan penuh hikmah. Subhanallah.

sahromnasrudin April 7, 2011 at 8:55 PM  

Assalamualaikum cikgu..

perkara ini benar2 berlaku..rakan nie sy nie seorang kontraktor..
dia rajin sedekah cume sedekahnya lain sikit..
dia suka bersihkan toilet surau dan amek bil air api surau pi bayarkan...
satu hari kua sebutharga untuk baiki surau itu..
dia masuk..alhamdulillah dia menang sebutharga di surau yang selama ini dia sedekah...rezeki Allah nak beri

zue April 7, 2011 at 9:13 PM  

ada sorg ni bersedekah dgn mendirikan sebuah masjid dgn brjuta nilainya tapi kebajikan staff dia tak pernah diambil tahu..:(

sitinaminah02 April 7, 2011 at 9:21 PM  

bersedekahlah walopun sikit. janji, ikhlas.

Kakzakie Purvit April 7, 2011 at 9:25 PM  

Assalamu'alaikum Cikgu,

Kesiannya kalau sirih junjung patah
kesian lagi kalau tak pernah bersedekah
bermulalah sedkit agar tak lelah
bersedekah pun tak bolehlah megah

Abd Razak April 8, 2011 at 12:13 AM  

Assalamualaikum...

Suka dan duka itu adalah rahmat Allah dan Dia-lah menentukan segala rezeki bagi makhluk ciptaannya...

ahmad humairi April 8, 2011 at 2:21 AM  

w/salam sahrom,

Kadang-kadang kita rasa pelik...tapi ianya memang benar.

ahmad humairi April 8, 2011 at 3:30 AM  

Zue,

Rasanya saya tahu sape orang tu....tapi kann mungkin penilaian kita salah...?, walau sudah terang lagi bersuluh?....tahla..

ahmad humairi April 8, 2011 at 3:31 AM  

GC,

betultu, walaupun sehelai baju yang sudah ketat.

Maiyah April 8, 2011 at 3:32 AM  

assalam..

mmg terasa naik huhuuu

ahmad humairi April 8, 2011 at 3:32 AM  

w/salam Kakzakie,

Syaitan sentiasa meniup hidung kita agar kembang bila melakukan kebajikan, nauzubillah.

ahmad humairi April 8, 2011 at 3:36 AM  

w/salam Abd Razak,

Saya mungkin belum sampai ke tahap pekerti terpuji itu...tersangat duka pada rahmat Allah yang tersembunyi itu.

ahmad humairi April 8, 2011 at 3:39 AM  

w/salam maiyah,

ermmm....saya pun naik juga .... nak merasala katakan.. Naik...jangan patah ye..

aby April 8, 2011 at 5:34 AM  

salam AH,
memang patut kita bersedekah,
tk dapat dgn wang ringgit,
dgn kudrat atau buah fikiran pun memadai ...
tang harga naik tu ..
klu kita utamakan keperluan,
insyallah kite masih dalam baget lg ..
tp klu layan kemahuan ..
sendiri carik susah la ..

Anonymous,  April 8, 2011 at 6:55 AM  

Aslmkm.
Nak jawap soalan Cikgu dulu la :)
Kajian tentang nilai (=values) sebenar amalan orang Melayu Islam.

Hmmm ... Kak G dah jadi lali tentang perkara sebegini. Sudah pun bersuara setakad yang tedaya.
Now, redha saja la.
Kuasa memang ditangan mereka yang diberi mandat oleh majoriti, & dengan izinNYA juga.
Tetap yakin, Allah SWT pasti memberkati kita yang ikhlas & sentiasa mencuba untuk patuh taat padaNYA. Jadi rezeki yang ada masih terasa nikmatnya.

ibuintan April 8, 2011 at 7:54 AM  

assalamualaikum Cikgu,

mendoakan kebaikan untuk orang yang menzalimi kita juga sedekah.. kan

shameel Iskandar April 8, 2011 at 9:13 AM  

Assalamualaikum cikgu.

Tak perlu menjadi jutawan.
Jika ingin menjadi dermawan.

"Jauhkanlah dirimu daripada api neraka walaupun hanya dengan separuh biji tamar." maksud hadis

juanita April 8, 2011 at 5:19 PM  

Sedekah pembuka jalan rezeki :)

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE April 8, 2011 at 9:44 PM  

salam.

Buatlah ssuatu kbajikan itu utk menyukakan Allah...
Moga Allah beri ckgu kbrkatan rzki yg melimpah ruah...amin..

Ann Huda (Ate) April 9, 2011 at 3:21 AM  

"Sambil melangkah, boleh sahaja bersedekah. Sambil menadah agar Allah terima keikhlasan." Ya..Mulakan dg sedekah, kemudian minta Allah berikan kita keikhlasan. Kalau menunggu ikhlas dulu, takut sampai bila2 tdk akan bersedekah. Bersedekahlah baik dlm keadaan susah mahupun senang. Sesungguhnya tidak akan berkurang rezeki kita dengan bersedekah sebaliknya akan bertambah dan terus bertambah.

Ayuh bersedekah..(Cikgu Nak nombor account saya? :D

kasihibu April 9, 2011 at 7:45 AM  

alhamdulillah enpakwe sya jdkan amalan sedekah setiap hari jumaat
semoga sedekah yg sedikit tu membawa keberkatan

Mutiara Bernilai April 9, 2011 at 11:19 AM  

salam cikgu humairi,

sedekah.
janji Allah, akan beruntunglah org yg bersedekah, kekadang Allah bagi directly dalam bentuk harta, tetapo kekadang Allah bg dr care lain contohnya anak, jodoh dan kebahagiaan hidup..

terima kaish cikgu.

Mohamadazhan.com April 10, 2011 at 3:38 AM  

salam cikgu,

entri yang bersahaja tetapi bermakna, luas membuka minda =)

moga kita terus tenang dalam menempuh dugaan, terus melakukan amalan baik, moga dirahmati-NYA ('',)

Admin P@P April 10, 2011 at 7:32 AM  

Assalamualaikum.

Harga barangan bulan lepas dengan bulan ini jauh bezanya. Naik dalam 10-20 peratus...

Kena lebih lagi berjimat, tapi macamana?

TQ

ahmad humairi April 10, 2011 at 6:48 PM  

w/salam aby,

Memang patut.

Bersedekah bukan sesama manusia sahaja tetapi bersedekah juga antara makhluk Allah yang lain,,,haiwan umpamanya.

ahmad humairi April 10, 2011 at 6:54 PM  

w/salam Kak G,

Alhamdulillah Kak G. Allah pasti menambah rezeki yang disyukuri.

Keikhlasan itu yang sukar dimengertikan...namun Allah maha mengetahui. Moga Allah menerima setiap amalan kita, insyaAllah.

ahmad humairi April 10, 2011 at 6:56 PM  

w/salam ibuinta,

Benar sekali kata-kata ibuintan...moga si penzalim segera sedar akan tindakannya itu. Pahala mencuah buat ibuintan.

ahmad humairi April 10, 2011 at 6:58 PM  

w/salam shameel,

Terima kasih atas sokongan maksud hadis yang diberikan....ilmu yang dikongsikan juga merupakan sedekah jariah.

ahmad humairi April 10, 2011 at 6:59 PM  

juanita,

....dan rezeki melimpah ruah...teruskan amalan bersedekah itu.

ahmad humairi April 10, 2011 at 7:01 PM  

w/salam AA,

Saya cuba memahami segala entri di blog AA yang sentiasa mengajak saya memlakukan sesuatu yang menyukakan Allah...walau ada diantaranya tidak dapat saya laksanakan.

ahmad humairi April 10, 2011 at 7:05 PM  

Ate,

Ayuh bersedekah.

No. akaun untuk bersedekah?

ahmad humairi April 10, 2011 at 7:06 PM  

sayang-sayang ibu,

Tahniah!. Moga diteruskan hingga ke akhir hayat.

ahmad humairi April 10, 2011 at 7:10 PM  

w/salam mutiara,

Moga segalanya membawa kebahagiaan dari amalan ikhlas kita kerana Allah.

ahmad humairi April 10, 2011 at 7:11 PM  

w/salam mohamadazhan,

InsyaAllah. Doa yang tidak putus-putus dipanjatkan agar Allah memberkati usaha kita bersama.

ahmad humairi April 10, 2011 at 7:14 PM  

w/salam admin P&P,

Barang naik jangan dijadikan alasan untuk tidak bersedekah.

Berjimat....erm...kita boleh 'berpuasa' kerana Allah.

ong ong kedek kedek April 10, 2011 at 11:55 PM  

sedekah ni mudah, tapi kite yang payah nak buat ha3

ahmad humairi April 11, 2011 at 1:49 AM  

republikn9,

Perkara mudah jadi payah...pelikkan???

kiwi April 11, 2011 at 8:26 AM  

salam cikgu..btol tu...klau hati sentiasa tenang hidup pn bhgia je..^^

ahmad humairi April 11, 2011 at 5:41 PM  

w/salam kiwi,


.....dan muka senyum sokmo.

Arizakiah April 13, 2011 at 4:51 AM  

Assalamualaikum,
Harga barang naik bukan alasan kalau hanya dengan SENYUM kita sudah bersedekah....mudahnya Islam.....

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

TOP VISITOR

Statistik Pelawat Hari Ini

Try us on Wibiya!

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP