MUTIARA KATA HARI INI

Saturday, April 30, 2011

Aku Kena Tembak

Sudah giliran peserta ketiga. Tit, titttt.... Cikgu humairi ye? Ye saya. Ini Zulkifli bin Osman. Sibukke cikgu?...Ermm..maaf saya tak berapa dengar., saya ada function kat sini...nanti saya call balik.

Peserta keempat mengambil giliran.
Terima kasih pengerusi majlis, para hakim yang adil lagi bijaksana (sayala tu)...

Kalau tak disebutnya hakim yang adil lagi bijaksana, sah markah saya potong.

Habis semua giliran peserta sesi yang pertama, saya mohon keluar sebentar untuk membuat panggilan. Rupanya panggilan dari zulkbo untuk memastikan saya yang benar.

Sambung sesi kedua untuk pidato spontan...sampailah tamat. Ada Action Song, Public Speaking. Choral Speaking, Story Telling, dan bercerita Bahasa Melayu tahap 1 dan 2, di Peringkat Daerah Perak Tengah untuk mencari wakil peringkat antara daerah dan seterusnya negeri. Klik sini

Di majlis penyampaian hadiah saya ditembak. Sekali dengan nilai RM30.00.
Isyyhh.....kata RM50.00...

Tit, tittt....sekali lagi ditembak. Kali ini dengan peluru RM20.00.

Alhamdulillah, terima kasih zulkbo...saya membalas mesej kepadanya.

Demilkianlah sibuknya saya pada minggu ini dari 26, 27, 28 dan 30 April 2011, tak sudah-sudah disebut sebagai yang arif, yang adil lagi bijaksana. Lega sebentar bila aktiviti dah tamat....yang lain sedia menanti.

Sesiapa berhajat nak sembang, bagi nombor henset, kita borak sampai habis kredit!Link

14 comments:

ibuintan April 30, 2011 at 5:06 AM  

tahniah cikgu.. bidikan tepat ya!

ahmad humairi April 30, 2011 at 6:34 AM  

ibuintan,

ya....tak sengaja tu...

Abd Razak April 30, 2011 at 6:48 AM  

Assalamualaikum...

Sasaran mengena, tahniah ...alhamdulillah rezeki

ahmad humairi April 30, 2011 at 7:53 AM  

w/salam Abd Razak,

Alhamdulillah, syukran.

Anonymous,  April 30, 2011 at 8:00 AM  

Aslmkm Cikgu.
Kena sesama lelaki jer ler ... kalau gayut dengan pompuan nanti suaminya atau isteri Cikgu tumpah minyak! Kan haru! :)
Sekali lagi, tahniah ya.

IMANSHAH April 30, 2011 at 10:10 AM  

salam nak jemput sertai contest saya

http://www.abgshah.com/2011/05/contest-selamat-hari-guru-cikgu.html

mr kay April 30, 2011 at 1:13 PM  

patut la abah call k pakai handset je, tak pakai telefon rumah..

haha

aby April 30, 2011 at 5:22 PM  

salam AH,
klu borak dgn aby,
kerdit tk leh abis la ..
sbb guna post paid ..
he..he..

apapun tahniah yg ariff..
dan selamat menyambut hari pekerja

ahmad humairi April 30, 2011 at 6:03 PM  

w/salam mohdazhan,

begitulah, jika dah Allah izinkan.

ahmad humairi April 30, 2011 at 6:03 PM  

w/salam Kak G,

Sajeje...tiada siapa yang berani!!

ahmad humairi April 30, 2011 at 6:04 PM  

imanshah,

Saya dah sertainya, terima kasih.

ahmad humairi April 30, 2011 at 6:04 PM  

mr kay,

hmmmm....leh share topup...hehe

ahmad humairi April 30, 2011 at 6:05 PM  

w/salam aby,


jangan bimbang...saya call...hehe

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

TOP VISITOR

Statistik Pelawat Hari Ini

Try us on Wibiya!

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP