SEMINAR
Pakngah : Abang ada 'Si Minah' malam ni......tak dapat balik rumahla.....
Mankngah : Kalau ada seminar pun takkan sampai tak balik bang......
*******************************
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
jangan mati anak
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
anak di pangkuan mati kebuluran”
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu ?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka!
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
jangan mati anak
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
anak di pangkuan mati kebuluran”
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu ?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka!
42 comments:
terima kasih atas sokongan cikgu .. saya dah senaraikan dibawah cikgu humairi (2)
Assalamualaikum...
Wow, dahsyat sampai buat 2 contest tuan hj hamzah tu. Moga berjaya..:)
Teringat allahyarham usman awang..moga dia tenang di sana
assalamualaikum cikgu..
melayu itu suka memberi..
sangat murah sifatnya..
melayu itu suke bertolak ansur..
sangat tidak berkira sifatnya...
melayu itu paksinya agama..
anjing dan babi sangat jijik kerana haram...
melayu itu suka bekerja kuat..
sehingga mampu membuka Tanah Melayu..
jika ada yang berkata Melayu jelek..
sedarlah..dimana kita semua dilahirkan..
di Tanah Melayu..
bukan di Tanah Indo-China, India, Arab dan sebagainya
AL.
Terima kasih kembali,
Moga kontes bertambah meriah,
Dengan penyertaan berkali-kali,
Walau tidak mendapat hadiah.
w/salam Abd Razak,
...teringat juga sajak Guru Oh Guru....sentiasa dikenang pabila terbit tanggal 16 Mei setiap tahun.
w/salam sahrom,
Bila melayu bertolak ansur, tak sedar ditolak beransur-ansur.
sedap btl karya usman awang nih..
GC,
Aje yang ye...
tu yang selalu kena makan ngan mata atau telina tu....
salam AH,
aby tumpang baca jer..
tk pandai masuk kontes ..
hu..hu...
semoga AH berjaya dalam kontes tu..
Salam Cikgu Humairi, ada sajak yg panjang kat depan galeri ni, saya malas catat, panjang sangat. Elok ler cikgu upload versi panjang ni...tulis jer bukan saya punya.
w/salam aby,
sajeje seronok-seronok....kalah dah dalam tangan....aby pun boleh, cubalah.
w/salam yong mohkembara,
bila dibelek...rasa insaf plak....terkenang juga sajak guru oh guru tu...
Kes salah dongar nie...
Fakta Menarik Tahun 2011
mana satu nih... seminar ker pantun ker contest... tolong!
Salam.
Dah ramai dh buat puisi kat atas ni. ana nak tulis cmne lak ye?
Ape2 pun...dulu kcik2 mmg ana suka puisi Usman awang...
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut...
janji Melayu selalu layu, layunyer melayu~~~
memang sedap sajak tu kan...cuma sedih bila mengenangkan,betul ke melayu yang menjadi tuan di negara ini...?
semoga berjaya cikgu..
memang hebat karya allahyarham Usman Awang tu kan, saya juga amat meminatinya
sajak yang indah...tetapi erti kata yang semakin jauh dengan jati diri Melayu sekarang ni...
Miecyber,
Tak salah lelaki kan....bila dia berkata benar........?
YB,
SIMINAH.
w/salam AA,
Sajak AA cukup puitis...tahniah.
republikn9,
jangan layu sebelum berkembang dahla yetak?
Sham,
Betul.
Yang dipertuan Agong ada...
ibuintan,
InsyaAllah,
Ibuintan pun tidak kurang hebatnya bila berkarya.
Mohamadazhan,
Keluhan...moga merapatkan jangkauan yang jauh itu.
salam..
kan bgus kalau semua org melayu mcm tu..^^
assalamualaikum cikgu
maaf itu indah!
cuma melayu sekarang dah terlalu
ego... megah!
selamat berjaya utk 'contest' itu =)
assalamualaikum cikgu,
semoga cikgu sihat selalu.
melayu pantang dicuit..cepat naik angin.
Aslmkm Cikgu.
Teringat pula kepada Allahyarham.
Kak G juga berkesempatan bersua & berbicara dengan beliau semasa hayatnya... Zurinah Hassan tu kan kawan sekolah Kak G!
:) Kak G dimengertikan maksud segalanya.
Assalamualaikum.
Moga ada kejayaan buat rakan semua.
Salam kontes.
Sajak yang perlu dihayati dan menjadi pegangan semua.
TQ
w/salam kiwi,
Orang Melayu memang camtu....bagus kan???
w/salam ♥ manje ♥ ,
Maaf itu indah,
maaf itu mudah,
namun sangat sukar dimengertikan.
w/salam zue,
....ha...macam sarang tebuan kan...jangan dijolok, nanti kena sengat!!!
w/salam Kak G,
Pengertian sebenar diketahui oleh penciptanya, namun kita juga bisa ngerti walau benar atau tidak benar semuanya.
w/salam Admin P&P,
Terima kasih,
ayuh meriahkannya.
Assalamualaikum cikgu.
bila kemelayuan hilang daripada melayu, jadilah melayu bangsa yg layu.
Teringat kata-kata Hamka.
"Melayu tanpa islam, hilanglah ME dan tinggalah LAYU"
"Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti"
hmm hmm .. rasanya tepat sekali kata-kata ini. kerna ramai melayu Universiti sekarang ini masih bermimpi. Leka .. hanyut ..
assalamualaikum cikgu humairi
tahniah.suka dgn tulisan entry contest cikgu ini.
anak ibu kandung suluh budiman
kan terus berbakti menabur budi
SITC nama yang gah zaman berzaman
moga Melayu tidak lagi bermimpi
w/salam shameel,
Teringat juga pada rentak lagu melayu asli dan rentak irama tarian naga....bezakannya :
Lagu Asli : "Tak, Tak, untung, tong, tak untung....."
Tarian Naga : "Untung, untung, untung,...tong...tong..."
....sekadar gurauan.
Rashid,
Sebuah nukilan moga menyedarkan serta menginsafkan melayu.
w/salam ummu,
kontes dan sajak yang sebenarnya berkaitan.
Saya hanya bergurau dan mohon maaf atas sebarang perkara buruk yang mungkin timbul dari dialog tersebut.
Post a Comment