MUTIARA KATA HARI INI

Wednesday, July 28, 2010

Selamat Datang Ogos (Merdeka 2010)


Itu cucu Tok Imam. Dengan adiknya. Baru tumbuh gigi. Dah pandai baca ABC. Bersiap ke surau apabila matahari sudah menguap bersama ayahnya dan atoknya.

Selamat tenggelam matahari. Ahlan wasahlan bulan. Mergastua di cagar alam mengambil giliran. Mengimarahkan malam. Syaitan turut datang. Mengambil peluang-peluang kecemasan sebelum di belenggu di ramadhan. Begitu arahan Tuhan.

Ijajil mengaku. Meyuruh cucu Tok Imam bawa buku. Baca buku di surau. Baca buku kuat-kuat. Siap ketuk-ketuk buku di lantai surau. Bacaan Tok Imam jadi terbatuk-batuk. Cucu Tok Imam faham. Tak berani ketuk-ketuk lantai lagi. Hening seketika dengan nyayian syahdu surah tentera bergajah Abrahah menawan Kaabah.

"Jun, Julai.....O, G, O, S.
11 Ogos kita puasa. Kamu laratke puasa??
Adik kecik lagila...
31 Ogos kita merdeka.
...S, O, G, O...
apa adik ni...eja terbalik tu.
ini sogo yang kita pergi kat Kuala Lumpur tu.
...apa khabar sogo..
...apa khabar ogos.."

...syaitan melayan perbualan mereka.

Selepas salam, Pak Imam menepuk-nepuk lantai surau tiga kali yakni ulangan lazim untuk keyakinan tindakan dengan telapak tangan kanannya sambil melemparkan jelinagn ke arah cucu-cucunya. Kedua orang cucunya datang merangkak perlahan ke arah Tok Imam.

Pak Imam menunjuk ke suatu perkataan di suatu sudut dinding surau. Lantas di eja kedua cucunya.

S......E.......N...... Y....... A....... P.....terayap-rayap tapi jelas, sambil keempat-empat siku tertujah di kiri kanan peha Tok Imam.

Cucu Tok Imam pantas membaca, tapi tak reti memberi sebarang reaksi.

Kembang hati ayahnya...kembang lagi hati si pembisik.



MARHABAN YA RAMADHAN

16 comments:

piewahid July 29, 2010 at 3:01 AM  

ahlan wasahlan marhaban ya ramadhan.
tahun ni teman excited tunggu ramadhan atas sbb2 tertentu...

selamat berpesta ibadah!

hentian July 29, 2010 at 6:53 AM  

tak perasan bila pula ramadhan ni..

atuk July 29, 2010 at 8:09 AM  

Assalamualaikum Cikgu Humairi

ayat yg berbunga serta penuh makna

Wassalam

ahmad humairi July 29, 2010 at 5:38 PM  

piewahid,

wah! excited tu.... Tentu ada khabar nan menggebirakan...

selamat berexcited!

ahmad humairi July 29, 2010 at 5:41 PM  

IM,

anda sedang dilamun perasaan.....luahkannya di ramadan yamg menjanjikan keberkatan.

ahmad humairi July 29, 2010 at 5:43 PM  

w/salam rozali,

ayat berbunga mengeluarkan bau harum yang mampu memalukan flora-flora.

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE July 29, 2010 at 5:53 PM  

Salam,

Tak sabar rasanya mnunggu Ramadhan.Masa makin sgkat. Trasa baru sgt je puasa thun lps. Smoga Allah smpaikan kita semua lg pd Ramadhan thn ni...amin.

sahromnasrudin July 29, 2010 at 5:58 PM  

salam...dulu masa saya kat KL, setiap ari lalu depan sogo pergi dan lik kerja..setiap ari ada sale..peliknya sogo nie tak pernah tak bersale gedungnya hehehehe..ari jumat, ramai la staf wanita berwarung kat citu huhuhuhuh

ahmad humairi July 29, 2010 at 6:07 PM  

w/salam aa,

InsyaAllah...kita akan sama-sama sampai nanti dan merebut peluang-peluang yang tersedia.

ahmad humairi July 29, 2010 at 6:09 PM  

w/salam sahromnasrudin,

tentu lagi ingat kisah tunjuk perasaan di depan sogo tu - mansuhkan ISA..

...apa khabar SOGO sekarang?

Hjh Noralenna Abbas July 29, 2010 at 8:38 PM  

Belanja berhemah di bulan puasa,
Pasar Ramadhan menjadi tarikan.
Sales, sales, sales berleluasa,
Bolehkah umat tahan godaan?

Berkibarlah, berkibarlah, berkibarlah,
Jalur Gemilang!!

mantan July 29, 2010 at 8:59 PM  

Ramadhan mendidik nafsu....

ahmad humairi July 30, 2010 at 7:18 PM  

Kak Nora menyapa berbahasa,
berpantun-pantun bersuara perlahan,
bulan ramadan kita berpuasa,
sales dan godaan kenalan tahan.

merdeka!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

ahmad humairi July 30, 2010 at 7:21 PM  

mantan,


benar, saya setuju 100%

....ramadan mendidik nafsu!
agar tahan godaan

Anonymous,  July 31, 2010 at 3:33 AM  

Aslmkm.
Itulah di seru supaya manafaatkan dari Rejab melangkah membina iman, & Syaaban memantapkan iman ... iaitu puasa, solat sunat, berdoa & sentiasa istighfar, tasbih, zikir selawat etc ...
Bila tiba Ramadhan sudah terbiasa membuat kebaikan!
Namun sekarang bila tiba Rejab & Syaaban ummah sudah mula berbelanja sakan, bila tiba Ramadhan yang mulia, mereka mengarah ke bazaar & pasar makanan yang beraneka pula!
Semoga kita terus diberkati oleh Allah SWT. Amin.

ahmad humairi July 31, 2010 at 6:07 AM  

w/salam Kak G,

Semakin kita bersedia, semakin advanced si pembisik yang nampak nya sedia 'mentarbiah' nafsu agar terus tergelincir...

selamat menyambut ramadhan.
selamat memantapkan iman.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

TOP VISITOR

Statistik Pelawat Hari Ini

Try us on Wibiya!

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP