MUTIARA KATA HARI INI

Monday, July 26, 2010

DIARI


Pengalaman yang tak pernah aku alami.
Telefon asyik berdering tak kira waktu.
Dah nak tidur malam pun orang call.
Gitu agaknya hidup bisnessman.
Semuanya gara-gara nak jual tanah dusun durian tu. Bukan dusun aku. Member yang punya. Aku tolong iklankannya sahaja.

Call 1 :
Dari Penang - bertanyakan geran - rezab Melayu atau antara bangsa?
jawapan - Rezab Melayu.

Call 2:
Ada air tak?
Jawapan - air paip kerajaan tak ada. Sumber air dari perparitan ada untuk tujuan meracun dan sebagainya.

Call 3 :
Banjir ?
Jawapan : Tidak. Terdapat perparitan untuk saliran air.

Call 4 :
Esok petang saya nak datang tengok. Jalan ok tak?
Jawapan : Tapi tak datang pula. Jalan ok. Kereta boleh terus masuk kebun.

Call 5 :
Geran hak milik tunggal atau berkongsi?
Jawapan : milik perseorangan.

dan beberapa panggilan lagi bertanyakan soalan serupa. Anak turut sama mengiklankannya.

Kotak e-mel aku turut dipenuhi pertanyaan sama. Harap jawapan di sini membantu anda. Datang segera... Siapa cepat dia dapat. Maaf sekiranya tidak dapat memuaskan hati anda semua.

Hari ini ada dua temu janji untuk melawat dusun tersebut. Tawaran terbaik bakal memilikinya.

....nak jadik tokeh tanah la plakk...

21 comments:

shameel Iskandar July 26, 2010 at 8:10 PM  

Salam ziarah cikgu.

Ada bakat jadi broker tanah nnt. Skrg ni tanah mmg laku. lot rumh pun dah mahal apatah lagi tanah dusun.

ahmad humairi July 26, 2010 at 8:16 PM  

w/salam shameel,

leh tahan jugak bisnes nih. puluh-puluh ribu pun deme sanggup bli.

zulkbo July 26, 2010 at 9:33 PM  

salam..
byk masyuk nanti
jadi broker tanah yek?
tahniah lah..he he

Hjh Noralenna Abbas July 26, 2010 at 10:07 PM  

Pencen awal lah cikgu...boleh tukar haluan pulak!

piewahid July 26, 2010 at 11:45 PM  

hehehe...
persaingan hebat tu. sape2 nak beli kena cepat, jgn lambat, nanti melepas. pcuma tv lcd 54"...

sahromnasrudin July 27, 2010 at 1:12 AM  

salam cikgu..nie tender terbuka ke tender terhad..pas nie bole la cikgu open table kan...masyuk-masyuk tue huhuhuhhuhu

hentian July 27, 2010 at 2:21 AM  

orang penang kata - saja cari reba...

tapi tolong bawa bahagia, takpa la...

penjejak maya July 27, 2010 at 3:08 AM  

salam,

first step utk jd broker tanah yg berjaye tu..

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE July 27, 2010 at 6:27 AM  

Salam,

Misalnye tkde org nak beli, cikgu la yg kena beli gamaknya.

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE July 27, 2010 at 6:32 AM  

Salam,

Smoga cikgu brjya...insyaAllah ada la tu nnti org yg nak mmbelinya. Usaha tgga kjyaan.

atuk July 27, 2010 at 7:56 AM  

Assalamualaikum Cikgu Humairi

bila dah pencen nanti boleh bisnes jual tanah... dah ada pengalaman
he he

Wassalam

ahmad humairi July 27, 2010 at 5:12 PM  

w/salam zulkbo,

pasti masyuk..x sikit...banyak, insyaAllah.

ahmad humairi July 27, 2010 at 5:14 PM  

Kak Nora,

Biole pencen ikut had umo, kalo ade umonye. Keroje yang ini belum tentu haluannye.

ahmad humairi July 27, 2010 at 5:15 PM  

piewahid,

alhamdulillah ada pihak nak menajanye, terima kasih...hehe...

ahmad humairi July 27, 2010 at 5:17 PM  

w/salam sahromnasrudin,

xde tender-tendernye...sape-sape yang ngikat dulu...bayo cengkeram dia otomatik tutup. Tiada sebarang urusniaga lagi selepas itu.

ahmad humairi July 27, 2010 at 5:19 PM  

IM,

yokan...asei bahagia udah, jangan cari bale...erak...

ahmad humairi July 27, 2010 at 5:20 PM  

w/salam penjejak maya,

doakan kejayaan saya...terima kasih.

ahmad humairi July 27, 2010 at 5:23 PM  

w/salam aa,

saya memang dah belipun...pastu saya jual balik...dapat untung sket-sket udahle.

Terima kasih atas doa anda.

ahmad humairi July 27, 2010 at 5:25 PM  

w/salam rozali,

oang umah dah sound...asik-asik carik pengalaman...banyak no pengalaman yang nak di carikan...tahla.

...cuma nak tolong member je.

Anonymous,  July 28, 2010 at 9:51 AM  

Aslmkm Cikgu.
Lewat baru dapt berziarah. :)
Hmmm .. udah jd broker pulok?
Kak G pernah warisi dusun tapi terbiar jer sbb Kak G di PJ dusun di Kedah .. orang saja kenyang makan hasilnya .. lama mak suruh jual saja.
Sekarang ni mikir nak jual tanah & apartmen pulok .. satu keinsafan bahawa semakin tua, harta dah tak bermakna!

ahmad humairi July 28, 2010 at 4:58 PM  

w/salam kak G,

hmmm... betul tu Kak G. Semua harta dunia yang jerih perit kita kumpulkan akan diwarisi orang yang kita tinggalkan....

Cuma anak-anak yang soleh serta iman akan kita bawa bersama.

Ceria selalu!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

TOP VISITOR

Statistik Pelawat Hari Ini

Try us on Wibiya!

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP