LOGO MERDEKA 2010 - SEJARAH MENJADI SEJARAH
Halus debu berterbangan. Membawa mesej merdeka. Imej kolonial dipadam. Kesan sejarah dinafikan demi pembangunan.
Teramat indah. Bila si pengumpul madu mendebunga sang kembang. Kembang kembung menjadi buah. Mengandungkan zuriat mencambahkan kemandiriannya. Bebas hidupnya di belantara.
Belantara batu di kota. Sukar dipredik. Nampak cantik. Terkadang jelek. Penuh abu. Bila pudu didebukan. Persis pendebungaan. Menjadi debu-debu permata. Tempat puaka menjadi syurga. Pelalu-lintas tidak mempedulikan puaka sebelumnya.
Esok kan datang jua. Eterniti yang tak pasti. Yang pasti ia akan terus berputar laksana roda ferris yang membandingkan naik turun kehidupan. Bahan sejarah menjadi sejarah. Sejarah merdeka, yang bakal dideklamasikan.
20 comments:
sejarah membina masa depan..masalahnya, generasi baru sekarang suka lupa sejarah..mereka menganggap ia hanya sebuah kisah klasik yang tak perlu diperbesarkan..apa yg patut kita perbuat???
Rom,
kita patut buat sesuatu...
Assalamualaikum Cikgu Humairi
oleh kerana atas dasar pembangunan, sejarah sanggup diketepikan
Wassalam
w/salam Rozali,
sejarah diketepi,
menjadi sepi,
nostalgia kembali,
bila diabadi.
Salam...
Ana cdgkan elok puisi ni cikgu sndiri yg deklamasikan masa sambutan kat sekolah nanti..Hakcita terpelihra!
w/salam aa,
hanya sketsa berdasarkan skrip benar..saya deklamasikan di kala sunyi.
Aslmkm Cikgu.
Wadah perjuangan ialah kuasa!
Bila yg berkuasa tersalah arah, harusnya bagaimana?
LUCUTKAN KUASA?
Kuasa sebenar di tangan siapa?
Kenapa yg diberi kuasa enteng meremehkan yang memberi kuasa?
w/salam Kak G,
Bila bersalah, kembalilah ke pangkalnya. Bila berkuasa, ingatlah yang Maha Kuasa. Ingatlah bahawa suatu hari nanti debu jadi permata, hina jadi mulia...
salam,
mereka yang melupakan sejarah pasti akan mengulanginya..
w/salam penjejak maya,
mereka yang mengulanginya memang melupakan sejarah...cegah sebelum parah.
salam cikgu Ri,
sejarah tetap dihati
kerana sejarah mengajar aku dewasa
dewasa mencari erti
sebuah kehidupan yang telah tiada
erk...
salam,
kehidupan yang telah tiada,
di belangsungkawa,
undur ke depan mencari tanda,
maju ke belakang mencari tawa.
Hebat sungguh luahan hati Cg Humairi,
Bila baca,
Bacalah secara berdeklamasi,
Agar terasa di hati.
Salam puisi cikgu.
entah apa-apalah yang saya tulis tu Kaak Nora....
sejarah mesti dikekalkan, sejarah mengajar kita tentang hidup...
cikgupj,
sejarah,
walau parah,
dicemar darah,
kita pasrah,
tidak mengolah.
mmg menjadi sejarah bagi yg pernah mengalaminya.
Aslmkm Cikgu.
Kita sama2lah doakan semoga ramai orang berpegang kepada Wahyu Allah SWT.
zue,
erk??..zue pernah alaminya????????
owh...mungkin zue pelukis mural kat dindingnya.
Kak G,
Amin.....moga Allah memperkenankan.
Post a Comment