MUTIARA KATA HARI INI

Friday, July 16, 2010

CERITA LAMA (Jawapan Cikgu Mata Tiga)

Aku masuk ke kelas sebagaimana yang dijadualkan.

Tarikh : Dah tak ingat dah, tapi dalam tahun 2003.
Masa : 10.45 - 11.45 pagi.
Kelas : Tahun 1.
Subjek : Science.
Topik : Parts of the body.

(Pengajaran dan Pembelajaran dijalankan dalam Bahasa Inggeris - dah di translatekan ke Bahasa Melayu)

Set Induksi :
- Siapa pernah tengok hantu?, atau raksasa?, atau makhluk asing?
- Saya pernah cikgu, makhluk asing - matanya ada tiga.
- Saya pernah terserempak dengan hantu mata satu cikgu.
- Saya pernah tengok raksasa lawan Ultraman, raksasa tu ada 10 biji mata!

- Baiklah, katakanlah kamu dianugerahkan sebiji mata lagi, mana kamu nak letakkan?

- Saya nak letakkan kat dahi cikgu, macam makhluk asing tu.
- Saya nak letak kat belakang kepala - boleh nampak kat belakang.
- Saya nak letak kat atas kepala, kalau cicak berak, saya boleh elak!
- Saya nak letak kat lutut - senang nak kawal bola...
- Saya nak letak kat pipi - bukan sebarang orang boleh cium saya...
- Kat leher..
- Kat dada..

Majoriti murid nak letak kat belakang kepala atas alasan yang berbagai.

- Kalau cikgu, cikgu nak letakkan dihujung jari telunjuk yang kanan, sebab kalau cikgu nak tengok, cikgu halakan sahaja ke arah mana yang cikgu suka. Nak tengok apa murid buat dalam tandas, cikgu letak tangan cikgu kat atas pintu tandas. Nak tengok gigi berlubang - ha, masukkan aje kat dalam mulut. Nak tengok atas, bawah, kiri, kanan atau dalam poket, dalam seluar...ha...tunjuk je dan tengok, mesti nampak punya....
(namun kekurangannya tetap ada).

P&P diteruskan dengan jayanya.

24 comments:

zulkbo July 16, 2010 at 10:25 PM  

salam..
nasib baik mata ku
berada di tempat yang
sepatutnya..he he

ahmad humairi July 16, 2010 at 11:27 PM  

zulkbo,

hehe..
saje... buat modal set induksi P&P.

atuk July 17, 2010 at 12:16 AM  

Assalamualaikum Cikgu Humairi

kalau banyak mata
jenuh buat cermin mata
he he

Wassalam

ahmad humairi July 17, 2010 at 2:36 AM  

w/salam rozali,

maata yang ni takpe...jenis tahaan lasak!

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE July 17, 2010 at 7:04 AM  

Salam.,

Sape yg ada mslh mata, mntk cikgu Humairi buat sumbangan ya, sbb trlebih satu..

Anonymous,  July 17, 2010 at 8:36 AM  

Aslmkm Cikgu.
Hehe .. Kak G tak hendaklah mata ketiga ni.
Syukur dengan nikmat yg ada. :)

ahmad humairi July 17, 2010 at 5:48 PM  

w/salam aa,

silakan, pasti saya tidak sanggup untuk menghampakan anda, insyaAllah.

ahmad humairi July 17, 2010 at 5:49 PM  

w/salam Kak G,

Boleh Kak G, nanti saya gitaw cara-caranya...

hentian July 17, 2010 at 6:58 PM  

masa sekolah dulu tak pernah pulak cikgu tanya IM soalan pelik gini.

ahmad humairi July 17, 2010 at 8:49 PM  

IM,

soalan pelik, mencambah fikiran kritis murid..

ustaz eds July 17, 2010 at 11:50 PM  

Salam cikgu

Teringat Firman Allah:....bagi mereka, Allah kurniakan mata, tp mereka tidak melihat(kebenaran) dengannya...
moga kita termasuk dalam golongan yang sentiasa bersukur dengan nikmat yang tak ternilainya ini...

ahmad humairi July 18, 2010 at 3:30 AM  

benar ustaz,

kalau kita bersyukur, Tuhan akan tambah nikmat itu...kata Tuhan..

Anonymous,  July 18, 2010 at 9:35 AM  

Aslmkm Cikgu.
Lalu jer ler. :)

shameel Iskandar July 18, 2010 at 10:24 AM  

Salam ziarah cikgu.

Menarik set induksi P&P ni. hehehe. Yg ptg dapat meningkatkan kefahaman murid.

sahromnasrudin July 18, 2010 at 5:36 PM  

salam cikgu..sebab tue Allah bagi mata kat tempat sekarang..klu tak, kelam kabut kita dibuatnya sampai dalam suar pun nk tgk huhuhuhuh

ahmad humairi July 18, 2010 at 6:19 PM  

sajeje shameel...

nak aktifkan pemikiran murid.

ahmad humairi July 18, 2010 at 6:21 PM  

w/salam sahrom,

bukan nak tengok tanpa sebarang sebab...naiya nanti.

ahmad humairi July 18, 2010 at 6:22 PM  

Kak G,

Lalu sambil bawa bau mee rebus tu....sian saya!

Hjh Noralenna Abbas July 18, 2010 at 6:32 PM  

Set induksi yang menarik, fikiran out-of-box!

ahmad humairi July 18, 2010 at 6:46 PM  

Kak Nora,

Pastinya bila lepas bersenam, fikiran itu mencair keluar dari kotak.

selamat bersenam!

penjejak maya July 18, 2010 at 6:48 PM  

salam,

saya dah ada empat mata..

ahmad humairi July 18, 2010 at 6:51 PM  

Penjejak maya,

Biasa tuu...

mata yang ini luar biasa!!!

ZaridaIshak July 19, 2010 at 6:55 PM  

salam, seharusnya dan sewajibnya bagi saya bersyukur dengan dua mata yang masih sihat dan boleh melihat... jika dipanjangkan umur mungkin tambah kanta... jadi 4 mata... sekian.

ahmad humairi July 19, 2010 at 9:32 PM  

yang baik,

syukran,
apa yang Allah berikan,
nape nak sekian,
lagi-lagilah silakan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

TOP VISITOR

Statistik Pelawat Hari Ini

Try us on Wibiya!

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP