MISI 3 AKSARA
Klu teka silang kata. Nombor 3, melintang. Ada tiga kotak.
"Jenis bulan cantik"
Jan, Feb, Mac, Apr, Mei, Jun, Jul, Ogo, Sep, Okt, Nov, Dis.
Bulan purnama, bulan sabit.....ahhh, semuanya cantik belaka. Jenuh memerah, otak aku tertidur.
Lenaku diganggu. World Cup? Tidak. Akan tetapi dek kerana asyik menangkap buih-buih pelbagai saiz. Dari yang sangat kecil, kecil, besar dan sangat besar. Bergelembung bulat. Cantik berkilat. Kukurungi ia di dalam kotak bersegi tanpa sempadan di telapak tangan. Kotak kecil yang boleh memuatkan dunia realiti. Hari-hari yang mendatang, kesemuanya perlu dituruti dan difahami. Kerana ada disebaliknya, keabsurdan dalam realiti. Absurd sekali.
Kupintal buih-buih itu menjadi aksara asmara. Berlekuk di atas. Menirus di bawah.
Kutenun pula menjadi bulan. Bulan dipagar bintang. Ya. Aku pasti tidak tersalah eja - Bulan dipagar bintang. Bukan Bulan dipagar binatang. Sangat menawan. Kulepaskan tinggi di kayangan. Hati tak keruan.
Di lapangan, kita berlari-lari riang di hujan renyai sambil mencari pelangi. Sesekali kutarik rambutmu. Kau tak marah padaku malah senyum berlirik. Ayunya, manisnya kau tika itu.
Kau pakai labuci kulit krustasia. Berkelip-kelip. Terkilat-kilat. Beropol-ropol. Berjuntai-juntai.
Kutarik benang untaian yang kau pakai. Pegang tak lepas. Kau tersipu. Hampir 100m telah kutarik. Kau semakin menjauh.
Benang terus-terusan kutarik. Merungkai habis ke buku benang. Bulan. Kau semakin jauh. Jauh di awang-awangan.
Tidak kuduga. Benang tidak tersimpul mati di bukunya. Tali terlepas. Kau hanyut di bawa bayu. Aku merayumu pulang.
Khabarnya. Kau jatuh di bumi anbia. Membawa kisah-kisah melankolik penduduknya. Jatuhmu memberikan harapan. Sedikit cahaya berkelip dari labuci kulit krustasiamu telah menerangi kegelapan angkara durja laknat, walau kau ditawan sebelum sempat mendarat.
Bulan. Kau kuutuskan ke sana. Selamat mendarat.
3 kotak teka silang kata kini kuisi.
28 comments:
salam cikgu..begitu puitis sekali entri kali ini...cikgu nie mesti berkelulusan kusasteraan melayu tahap yg tertinggi kan coz bukan mudah untuk memahaminya jika berfikir secara langsung..kena mendalami betul2...
xdela rom,
sajeje berlenggok...
Salam...
Ya Allah berilah kefahaman kepadaku apa yg cikgu Humairi tulis ni...
hehe..surrender la ckgu.mmg ana tak phm walau sebutir patah pun. Ana mgharapkan td spya ada laaa komen2 yg buleh buatkn ana phm, insyaAllah.rupanya blum lg dpt mmbntu tahap pemikiran ana ni. Err..apa yg ckgu nk citer tu? Sape yg boleh komen tepat, tahniah la ye.
apa?? bulan nk mndarat lalala..
aa,
Boleh aje ikut kefahaman sendiri. Lebih banyak pengertian, lebih menarik.
maiyah,
Haah...landing time...
kosa kata cikgu terlalu abstrak...saya tidak pakar...saya tiak dapat mentafsirkannya...saya tidak dapat berfikir di luar kotak seperti cikgu fikirkan!
tahniah - cikgu penulis hebat!
isssyyy....sonata,
tulisan merapu...macam dalam mimpi...
mana hebatnye, tunggang-langgang.
biar apa tafsirannya...kita pulangkan kepada yg membaca...saya faham ini...orang lain mungkin faham itu...cikgu humairi mungkin maksudkan begini...tapi teman lain mungkin maksudkan begitu...
hehehe...tp mmg sukar sekali nk difahami...malu nak hurai apa isi cerita cikgu...takut2 tersilap...maklumlah orang biasa2 mcm CS ni tak pernah lagi sampai ke bulan...hehehe... ^_^
Cikgu Sue,
huraikan sahaja...mana tahu...kita serupa?
kalau x faham makna perkataan boleh saja klik kat kamus dewan kat sebelah tu...
moga suatu hari nanti bulan jatuh ke rimamu
Cg Ahmad Humairi,
Cerita cg macam lenggok Mak Limah, berkias-kias, berlapis-lapis, tak faham den. Masing-masing mau fikir dan faham sendiri ye. Apa bendanya 'krustasia' cg?
Kak Nora,
berkias, kais-kaiskan,
berlapis, tepis-tepiskan...
saya sediakan kamus ditepinya untuk Kak Nora kais-kais, tepis-tepis, cari-carimakna memperkaya kosa kata..
salam cikgu humairi,
mcm citer tentang bulan dlm sethn.
samada bulan omputih atau bulan islam.
dan mungkin cikgu akan ke negara anbia.
ye ke?
zue,
ulasan zue sangat menarik...
terima kasih memperkaya maksud cerita.
Aslmkm Cikgu.
Aduhhh! Kak G dah la masih di awang2an ... ni dah dihayun buaian kata2 pulak! Takke haru jadinya!
Tp rase jawapannya ialah bulan 'Mei' sbb dlm Mandarin perkataan ini maksudnya cantik. Ye kan? Hehe.
Kak G,
Mei - betul...3 aksara!
tapi x kena lak ngan jawapan teka kata ke bawah......fening...pening...
salam Cikgu humairi
Syabas cikgu.suka saya baca tapi tak mampu berfikir di luar kotak seperti cikgu.Teringat dulu pernah lihat pelajar kesusasteraan berpuisi di Dewan Rahman Talib.memang puitis ritma mereka. Di satu sudut DRT, Pak Aris dengan basikal tuanya sibuk mengklik gambar.
Teringat kapal Misi Kemanusiaan Ke Gaza yang telah ditawan,misi demi menerangi mereka yang terkepung jauh dari bekalan makanan dan ubatan...
ummu,
DRT MPSI? ummu anak kelahiran MPSI? taun bila?...saya 1980/81....kisah selamat tinggal duniaku masih berbekas di hati ini..
dasar penyangak....
Allah terus-terusan sabarkan rakyat Palestin, syahidkan mereka.
Aslmkm.
Hmmm ... clue utk ke bawah tu aper?
salam kembali kak G,
-
- - -
-
Melintang - jenis bulan cantik.
Ke bawah - Dunia sejagat.
jawab kak G....
Ya saya anak ibu kandung suluh budiman,cikgu tapi masa saya peralihan MPSI-UPSI 99. Pak Aris pun masih tinggal kat dalam lagi masa tu.
hmm apakah maksudnya ya tu.adakah ia bentuk logo kapal LLG4?
saya keakan-akan faham tapi tah la btl ke tak..dipenhujung mungkin sy memahami suatu harapan dan bantuan yg akhirnya tidak mampu membantunya lagi.dan terus pergi begitu sahaja.membawa haluannya..hmm..sy pk sy silap akannya.tah la..wallahua'lam
salam kembali ummu,
kita adik beradik dari ibu kandung suluh budiman.
hmmm...maksudnya tetaplah sebuah maksud....macam ceritera jin bersaudara tuh..
syabas syah,
walau apapun maksudnya ianya tetap tidak salah, menjadi benar bagi setiap individu yang mentafsirkannya untuk memperkaya dunia seni.
salam,
maksudnya cikgu berkawan dengan alien yang datang dari bulan tu lepas tu sedih pulak dia nak balik haha
penjejak maya,
hah ha,,,,ha....
munasabah jugak....
Aslmkm sekali lg :)
Dunia sejagat tu maksudnya aper? Arini baru dengar!
Alaaa Kak G,
Klunya camtu...nak wat camner...
Kak G leh klik kamus dewan kat atas tu..tuliskan perkataannya dan kemudian klik cari...pasti dapat!
Post a Comment