MUTIARA KATA HARI INI

Sunday, June 20, 2010

BIARKAN BUNGA BERKEMBANG DI ATAS TANGKAINYA









.....kembang di laman,
janganlah dipetik sayang,
nanti kan merana


baca lagi dalam kisah orang seni (klik je kat sini).

26 comments:

atuk June 20, 2010 at 9:11 PM  

Assalamualaikum Cikgu Humairi

indahnya ciptaan Allah untuk umatnya

Adakah kita pernah bersyukur

Wassalam

ummu June 20, 2010 at 9:22 PM  

assalamualaikum Cikgu Humairi
subhanallah bunga di jambangan
mengundang sang kumbang bertandang
kembangnya di taman larangan
hati kan asyik terbayang...

ahmad humairi June 20, 2010 at 9:40 PM  

waalaikumsalam Rozali,

Ciptaan Allah maha sempurna. Tiada cacat celanya. InsyaAllah, syukur sentiasa. Moga bertambah nikmat hidup di dunia.

ahmad humairi June 20, 2010 at 9:46 PM  

waalaikumsalam ummu,

bunga berkembang,
menarik kumbang,
datang bertandang,
bukan di laman terlarang.


silalah datang,
bawa madah terkarang,
kias berbayang,
dengan hati senang.

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE June 20, 2010 at 10:02 PM  

Salam ckgu,

Subhanallah...cntiknye..Allah Taala jdikn ssuatu itu di luar jangkauan fikiran mnusia. Smuanya utk mnusia meneliti n bfikir ttg kebesaran & kehebatanNya.

Allah Maha Berkuasa, makhluk sdikit pun tiada kuasa.

ahmad humairi June 20, 2010 at 10:16 PM  

waalaikumsalam aa,

Maha Suci Allah atas segala ciptaanNya.

Baca lagi di
http://ahmadhumairi.blogspot.com/2009/01/orang-seni.html

CS June 21, 2010 at 12:25 AM  

Assalamualaikum
SUBAHANALLAH...Semuanya milik Allah..sementara Allah 'pinjamkan' nikmatNYA marilah sama2 kita nikmati n syukuri..entah esok..entah lusa semuanya akan tinggal kenangan...

Maiyah June 21, 2010 at 12:33 AM  

bgus tgk hari2.. bukan pusat membeli belah hari2 tau hehe..

ahmad humairi June 21, 2010 at 12:43 AM  

Benar CS,

...intai bunga antara nampak, sebelum layu-layuan.

Subhanallah, Walhamdulillah, Walailaha illallah Wallahuakbar -

kalimah toiyyibah yang perlu sentiasa membasah bibir.

ahmad humairi June 21, 2010 at 12:43 AM  

maiyah,

hari-harimau.....ngeeee.

penjejak maya June 21, 2010 at 1:01 AM  

salam,

mekarnya bunga cantik tak terkata
harum mewangi menambat rasa
menjadi pujaan sekalian jelata
untuk suntingan teruna perkasa

ahmad humairi June 21, 2010 at 1:28 AM  

kembang mekar untuk semua,
memikat hati teruna perkasa,
disunting juga gadis remaja,
jangan tersunting dek kumbang durjana

Anonymous,  June 21, 2010 at 1:51 AM  

Aslmkm.
Subhanallah. Allah Hu Akbar.
Segala yang ada membuktikan kebesaran & keagungan Allah SWT jua. Al Quran jelas memperkatakannya. Begitulah WAHYUNYA! Tiap yang hidup ada hayatnya, tiap yang cantik akan tetap musnah juga, semua tiada yang kekal!

Idalara June 21, 2010 at 1:53 AM  

Assalamualaikum Cikgu Humairi..

teringat di rumah lama bersama arwah suami dulu..ada lebih 60 pasu dengan berbagai jenis bunga termasuk bunga orkid..terpaksa ditinggalkan bila segalanya berakhir...

keindahan ciptaan Allah yg sungguh indah.

ahmad humairi June 21, 2010 at 5:36 AM  

w/salam Kak G,

Sokong Kak G. Tiap yang hidup ada hayatnya, bernyawa. Nyawa makhluk sama harganya. Harga sebuah kehidupan. Allah mensyariatkan tatacara hubungan makhluk sesama makhluk agar tidak menganiaya antara satu sama lain.

Allah jua yang kekal...

ahmad humairi June 21, 2010 at 5:41 AM  

w/salam Idalara,

Belangsungkawa...

boleh sahaja anda terus bercakap dengan bunga-bunga sambil menghadiahkan pahala buat arwah suami...

....setiap yang berakhir akan bermula episod yang baru.

Al Fatihah buat arwah suami.

sahromnasrudin June 21, 2010 at 5:34 PM  

bunga utk dinikmati kan, cikgu..bukan utk dipandang hehehe...

ahmad humairi June 21, 2010 at 6:37 PM  

sahrom,

pandang-pandang jeling-jeling,
mengundang kontroversi...

mana menghilang lama? x sihat??

xpe2. anda dah kembali...

Hjh Noralenna Abbas June 21, 2010 at 8:09 PM  

Kembang setaman,
Cantiknya laman!

ahmad humairi June 21, 2010 at 9:22 PM  

Kak Nora,

Laman cantik dihias kembang,
Mengundang datangnya sang kumbang,
Kak Nora tak ketinggalan turut datang,
Berseri-seri hati nan walang.

Anonymous,  June 22, 2010 at 8:04 AM  

Aslmkm.
Lalu jer arini. :)

ahmad humairi June 22, 2010 at 5:11 PM  

w/salam,

Sambil lalu mengucapkan salam. Alhamdulillah.
Terima kasih atas doa....maka sejahteralah kita dan seluruh umat hendaknya, insyaAllah.

Saya panggil Kak G aje kerana lebih mesra rasanya. Boleh kan Kak G? (Datin?)

Temuk June 22, 2010 at 6:06 PM  

Salam Cikgu Humairi
Ingat dah komen dgn gurindam seloka sekali tempoh hari. Mana perginya entah.
Nak kata, bunga2 tu memang sangat ayu. Boleh disunting kot, tapi si penyunting kena jaga elok2. Cuma, ada juga kembang2 yg cukup susah nak dijaga.
(Maaf, berlaku lagi, entri saya yg belum sepatutnya terpapar, keluar. Telah dipadam.)

ahmad humairi June 22, 2010 at 6:59 PM  

salam kembali Abang Temuk,

Ada komen tu dan saya dah respon pun kat entri si kembang naga di bawah.

Kembang-kembang tu sebenarnya bersaiz mini...cuma saya zoom-in dengan menggunakan super-macro agar lebih jelas kelopaknya.

Temuk June 23, 2010 at 4:16 AM  

Cikgu Humairi
Maaf. Maaf. Itulah gelagat si ortu (tau kan ertinya?). Mcm masa sembahyang, dah lima raka'at, ingatkan baru tiga! Nak memapar & mengomen sekarang ni kena hati2 sangat. Nanti orang marah & menyumpah kita jadi ikan gapi pula. Buka shout box, nantilah. Bimbang picit tak tentu arah, tak sedar saya menjerit2 kat semua orang pula. Anyway, thanks a lot for your suggestion. Salam bahagia.

ahmad humairi June 23, 2010 at 8:09 AM  

Salam sekali lagi Abang Temuk,

Saya pun begitu. Dah tua dah, tapi Abang Temuk lebih hebat. Banyak pengalaman berguna yang perlu dikongsikan.

Saya juga mohon maaaf andai ada sentuhan kecundang buat Abang Temuk....maaf atas segala-galanya.

Salam rejab al mubarak.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP