MUTIARA KATA HARI INI

Wednesday, June 2, 2010

MIMPI DAN REALITI


Berterbangan unidentified flying objects untuk hari esok. Pengisahan 'happening' di depan mata. Tidak semuanya mampu aku tangkap untukku coretkan. Berangan. Tup, tup, realiti. Tapi mimpi.

Terima kasih Sahromnasrudin atas ucapan khususmu buatku. Bangga. Rasa dihargai. Kubiarkan benda-benda terbang itu berantakan di depanku. Bangku pusing santai melayaniku.

Kenduri kahwin anak YAB Menteri Besar. Dia dapat jemputan. Pasti hebat. Meriah. Grand. Macam kat tv.

"Itu kenduri orang, bukan kenduri kau", tiba-tiba bangku mencelah.

"Eh, bangku!, boleh diam tak? Aku sedang merancang, buat kenduri kahwin grand, meriah, macam tu...."

"Buatle. Kawan-kawanku bangku semuanya berpengalaman...kau boleh harapkan aku..."



Jemputan kahwin 6 haribulan 6....Kini aku dah dapat kad ke enam. Undang dan datang. Pasti!



"Kau mesti pergi....nanti kau tanya bangku-bangku kawan ku itu...meriah ke tidak..."

Syyyyyhhhh.....diamlah bangku!

20 comments:

sahromnasrudin June 2, 2010 at 9:59 PM  

trime kasih link kan blog sy di entri, cikgu...terima kasih sekali lagi dan rasa terharu..
jemputan tetap kne hadiri kan..cikgu dh enam jemputan semuanya huhuuh...tak sempat panas punggung dh kne bangun pi lain rumah kan

ummu June 3, 2010 at 12:12 AM  

salam Cikgu Myri
dah banyak tu
6 jemputan tu
haadir tetap hadir
kan,cikgu.

bangku beroda saya ni
tak boleh pergi ke serata tempat
cek abe pula
kalau saya tak pergi
dia pun tak mau pergi
kalau pergi pun
terasa nanti saya yang jadi pengantin
sebab mata pasti terpesona
pada
bangku beroda saya,:)

Adek Abigail June 3, 2010 at 12:25 AM  

undangan d trima, hajat tuan rumah tertunai. mereka berpeluang bersedekah, bgitu jg kita.. meriah tu harus tp x wajib besar-beasaran.. skadar memberitahu, mereka telah di akad nikah tuk mgelak fitnah..

Anonymous,  June 3, 2010 at 3:11 AM  

Aslmkm.
Bila tiba musim cuti sekolah, jenuh berderet2 kenduri ... kira2 tgk budget ke?

ustaz eds June 3, 2010 at 5:14 AM  

salam cikgu...
musim kenduri tiba lagi...bila dijemput wajib pegi (kalau takde perkara yang menyalahi syariat dalam majlis tersebut...kalau ada joget lambak tak yah pegi...hehehe)...lepas tu salam ngan tuan umah...bukan salam sembarangan, salam berisi...kalau tak, malu gak hu...dah jadi budaya. teringat teman...masa kenduri kawin adik teman dulu, ada yang bagi sampul kosong...bukan syarat, kita jemput makan, bukan mintak duit...kalau tak de duit tak yah bagi...tak gitu cikgu

Temuk June 3, 2010 at 8:20 AM  

Salam Cikgu Humairi
Wow! 6 jemputan pada 6 bulan 6! Itu tanda orang sayang kat cikgu. Makan di 3 rumah. Yg 3 lagi suruh bungkuskan, boleh? Kalau tuan rumah ada yg Jawa (dulu2lah!), makan diberi & yang berbungkus bawa balik pun ada.

ahmad humairi June 3, 2010 at 5:32 PM  

Terima kasih kembali Sahromnasrudin,

Orang berbudi kita berbahasa.

Itule....bangku pasti kecewa sebab duduk sekejap je...pastu terpaksa pergi ke tempat lain.

ahmad humairi June 3, 2010 at 5:34 PM  

Ummu,

Kalau ku tahu......

Pasti!!!!!
Mata kan menjeling ke arahmu...
diiring doa sejahtera, amin.

ahmad humairi June 3, 2010 at 5:36 PM  

silbi abigail,

Ya. Fitnah dapat dielak namun tidak dapat dielak mulut yang berkata...

ahmad humairi June 3, 2010 at 5:39 PM  

Kak G,

Yang buat kenduri tengok bajet,
yang pi kenduri pun berkira bajet...semua orang pun kena baje-bajet mulut gak agar kesejahteraan persaudaraan terpelihara.

ahmad humairi June 3, 2010 at 5:44 PM  

Ustaz,

Ada lagike joget lambak tu????
Abang Temuk tentu berpengalan.

Betul tu ustaz. Tapi budaya mengajar kita begitu. Rasa serba tak kena kalau salam kosong, tuan rumah pula mengaut kulit tapak tangan kita je..

ahmad humairi June 3, 2010 at 5:50 PM  

Abang Temuk,

Makan tetap makan kalau sudah boleh makan. Kalau tidak mohon tuan rumah beredar dulu untuk ke stesen lain setelah bersalaman bersampul. Mereka faham...banyak rumah yang kene pergi..

pecinta_Islam June 7, 2010 at 2:22 AM  

salam cikgu..nampaknya tiap2 hr dimana2 sahaja makin banyak kenduri kahwin...mudah2an jumlah orang kahwin akan bertambah lagi dr masa ke semasa...tidak mengira muda mahupun tua.hehe...mungkin itu baik.mudah2an insyaAllah :)

ahmad humairi June 7, 2010 at 5:37 PM  

salam kembali syah,

tiba juga giliran syah nanti, insyaAllah. Jangan lupa jemputannya ek??

ZaridaIshak June 7, 2010 at 5:50 PM  

salam,
bangku dan meja kembali bersatu meraikan kenduri ..... meriah...

ahmad humairi June 7, 2010 at 6:25 PM  

yang baik,

pasti meriah!!
bilangan hadir bukannya ukuran..

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE June 8, 2010 at 12:08 AM  

Salam...

Byknya kenuri...alhmdulillah, org rmh ckgu takyah msk2 lagi.Mkn free.

Ucpn utk smua pengantin baru & untuk pengantin terdahulu espclly cikgu Humairi & isteri: Baarokallahu lakum, wa jama'a bainakum fil khair...

Mksudnya:(mntk Ustaz Eds, kwn baik ckgu terang mkna sat)

ahmad humairi June 8, 2010 at 7:27 AM  

salam kembali aliaazuan,

terima kasih atas ucapan...demi setiap yang baru, kan menjadi lama...

saya surrender...x pandai bahasa arab, tapi barokah tu berkat...khair tu kebaikan...rasanyelah...

saya belajar kat aliaazuan jelah nanti...insyaAllah.

pecinta_Islam June 11, 2010 at 9:48 PM  

insyaAllah akan sy jemput :)

ahmad humairi June 12, 2010 at 6:47 AM  

ok syah, saya tunggu jemputan tuh!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP