GAPI PELANGI
Sepasang gapi pelangi dalam akuariumku, antara berpuluh pasang yang riang bersama pasangan. Kalau ada yang nak membeli harganya tak sampai seringgit, hanya lapan puluh sen seekor (harga pasaran sekarang) dan jika mood baik boleh dapat free.
*******
Kasihan kau gapi. Mejuih-juih bibir dipermukaan. Kulihat airmatamu berlinangan. Sesekali berbaur hidrogen dioksid yang menambah dalamnya paras air. Kucampakkan kerikil batu jemala. Ramai-ramai kau ikut jatuhnya kerikil batu jemala jauh ke dasar. Baru ku tahu betapa dalamnya air matamu. Kucuba memahami masinnya air matamu itu bersama tenggelamnya kerikil.
Kucampakkan pula sebiji dua bebola protein. Bersaiz bola World-Cup, kata anak-anak gapi. Semua datang menggigit. Anak-anak kecil turut menggetu. Kasihan. Kasihan.... Dua kali kasihan. Kau gagal menyiatnya. Aku memahami kesukaranmu.
Lalu kutumbuk bebola saiz world-cup dalam batu berlekuk dengan alunya. Aksi biasa isteri buat sambal belacan. Bebola saiz world-cup lumat dek asakan tanpa jaringan.
Kutaburi protein hancur ke permukaan. Wah! Hati gembira tak keruan. Kesemua gapi dalam akuarium berebut-rebut dengan gembira. Setelah kenyang, semuanya kembali santai di celah-celah rumpai.
Selang beberapa detik, seperti di serang garuda gapi-gapi menggeletik. Airmata gapi mencurah-curah keluar. Paras air bertambah tinggi. Kesemua gapi berbaring di dasar akuarium ditemani kerikil batu jemala.
Air mataku membasah pipi.
Gapi....mengapa mati?
15 comments:
salam cikgu...ape lg yg boleh sy katakan..entri ini kali ini membawa konotasi yang pelbagai yang sukar untuk diungkap maknanya..secara jujur, tak mampu saya berpuitis sebegini..laras bahasa yang digunakan lebih tajam dari laras peluru..syabas, cikgu...
sahrom,
betul, semua gapi saya mati....
hanya lenggang lenggok menyampaikan cerita sahaja.
Tapiiiii, gapi saya beli yang baru...huuuu.
cikgu suka bela burung ke??? rajinnya....
Assalamualaikum Cikgu Humairi
apa yg tersirat dan yg tersurat drp kisah ikan gapi pelangi
ikan ni jenis makan selagi ada, sihingga ia mati kekenyanggan
Wassalam
salam,
kena belajar ilmu ikan dulu..
Salam cikgu,
Gapi mmg kuat makan. Dan akan makan sampai mati. Kalo cikgu nak bg makan cikgu bagi sikit2 je. Jgn banyak sgt. Pastu air pun kena bubuh anti klorin. Kalo tak dia mati.
eh Rom,
saya tak main burung laa...
Rozali,
saya pastikan yang itu...
memang tak terlebih dos...tapi mati juga....huuuu....
penjejak maya,
itu yang kerikil cuba selami dan fahami...
Echam,
antiklorin dah di bubuh, makanan ikut sukatan secukupnya, kebersihan air dijaga, dibasmi kuman...gapi dimanjakan....tapi takdir menentukan segalanya.
bg makanan terlebih kot, mcm ikan2 adik sy di kolam.. bebudak memain campak makanan pas tu pecah perutnya..
sikit je maiyah....takat cukup makan je. kerikil kata bukan sebab terlebih makan gapi mati...
Salam...
Cikgu, akuariumnya kecik kot..ikut tu tak dpt nk bernapeh. Beli yg bosa sikit..hehe..
Salah taip.... ikut= ikan...
w/salam aa,
Cukup rasanye akuarium 2 setengah kaki...oksigen ada dibekalkan oleh pam elektrik, ada juga rumpai untuk bekalan semula jadi.
Sesetengah daripadanya dah di lepaskan ke kolam kat depan rumah...tapi jadi lauk ikan-ikan yang besar pulak. Yang pandai nyorok lamala hayatnya.
Yang dalam akuarium plak, mati semuanya selepas diberi cukup makan tu...
...sibbaek ada pembetulan...kalu tidak....salah saya menjawabnya.
Post a Comment