MUTIARA KATA HARI INI

Saturday, June 19, 2010

STEAMBOAT DI JOHNY


Awal-awal lagi mereka dah bangun. Selalu tak macam ni.


Abah! Mama!! Jom pergi Kinta City. Adi dah tempah tiket tengok wayang - The Karate Kid. Dah tempah 5 tiket online untuk Khir dan Aiman sekali.

Seperti dipaksa, aku dan isteri mengikut sahaja. Lagipun tak buat apa.

Selesai tengok wayang, di bawa pula ke restoran Johny. Pekena steamboat. Aku tak berapa selesa kerana tak biasa.

Nak set yang mana?
Oder jelah...abah ikut je...

Sedap betul! Oder lagi. Time bayar, kena lebih seratus ringgit.

Takpe-tak pe. Adi belanja.... Selamat Hari Bapa.

17 comments:

Araz June 19, 2010 at 11:44 PM  

Sodop tu... hahahah selamat hari bapa pada cikgu humairi... hehehehe

KArate kids best tak?

atuk June 20, 2010 at 12:00 AM  

Assalamualaikum Cikgu Humairi

selamat hari bapa
semoga menjadi bapa yg soleh

Wassalam

Maiyah June 20, 2010 at 12:05 AM  

slmt hr bapa.. tgk karate kid lg ngeee

Idalara June 20, 2010 at 1:06 AM  

Assalamualikum Cikgu..
selamat hari bapa buat cikgu...mudah2an menjadi bapa yg soleh dan cikgu yg dedikasi..

best citer karate kids...

Anonymous,  June 20, 2010 at 1:22 AM  

Aslmkm.
Selamat Hari Bapa Cikgu.
Apa-apa aktiviti keluarga tentu membahagiakan, insya Allah. :)

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE June 20, 2010 at 2:27 AM  

Salam...

MasyaAllah, rezeki...rezki..

Ana pun x pndai mkn steamboat gak.

Smoga mnjdi ckgu mnjdi bapa soleh serta mithali kpd anak2 & smua anak murid..insyaAllah...

Temuk June 20, 2010 at 4:02 AM  

Salam Cikgu Humairi
SELAMAT HARI BAPA. Alhamdulillah anak belanja makan steam boat tu. + wayang pula lagi tu! Memang menyeronokkan. Steam boat lebih baik dari yg digoreng2. Cuma, kekadang terlebih pula merebus udang, sotong, ketam & daging ...

ahmad humairi June 20, 2010 at 4:15 AM  

Dr Araz,

Sama je jalan ceritanya ngan Karate Kid 2...last patah kaki...tapi hero tetap menang!

ahmad humairi June 20, 2010 at 4:16 AM  

Rozali,

insyaAllah, berkat doa darimu jua..

ahmad humairi June 20, 2010 at 4:17 AM  

maiyah,

saya jarang tengok wayang di panggung...dah berumur camni rasa sogan lak...

ahmad humairi June 20, 2010 at 4:18 AM  

Idalara,

Bestla jugak...tak keluo duit...anak belanja...tu yang paling best!

ahmad humairi June 20, 2010 at 4:20 AM  

Kak G,

Betul Kak G, hilang rasa sakit bila bersantai bersama keluarga.

ahmad humairi June 20, 2010 at 4:22 AM  

aa,

Memang susah...adake patut....dia bagi chopstik nak kaut udang, sotong, bebola aneka warna dan rasa tuh....hmmmm nasib baik ada sudu, kalau tak kaut pakai senduk berjari la jawabnya.

ahmad humairi June 20, 2010 at 4:28 AM  

Abang Temuk,

Alhamdulillah.

Benar. Makanan bergoreng hanya melebihkan lelemak di badan berbanding dengan yang direbus tapi apapun...takleh lebih-lebih...semput jadinya... ceria selalu.

ahmad humairi June 20, 2010 at 4:40 AM  

Abang Temuk - cerita The Village Midwife - Bidan Kampung tu sekali lagi saya X dapat baca...melepas!

Temuk June 20, 2010 at 7:42 AM  

Cikgu Humairi
Sepatutnya dah boleh ditatap sbb ada komen dah dari kekawan. Cuma dlm komputer saya sendiri, entri terbaru ni terletak di belakang dua entri sebelumnya! Tak berani nak usik2 takut lesap terus.

Tak pa la sesekali temani anak ke panggung. Yg tak seronok tu orang depan panjang sangat lehernya. Blok kita. Atau depa sembang!

ahmad humairi June 20, 2010 at 8:03 PM  

Terima kasih Abang Temuk,

Saya dah antar komen pada entri terbaru tu...tapi abang Temuk kena approvekan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP