INKUES
Gapi bergelimpangan.
Kerikil batu jemala cuba menyiasat.
Perut gapi kembung. Bukan kembung dek makanan, tapi kembung dek air mata sendiri. Kerikil menekan sedikit perut gapi nan kembung. Cecair coklat pekat meleleh di bibir gapi. Ah! busuk. bau belacan!! bentak kerikil.
Yaa... belacan!!!!
Makanan ditumbuk dalam lesung batu sambal belacan. Masih terlekat serdak belacan dan cili api!
Serbuk makanan itu bercampur cili...itu pasal gapi mati.......
Ohh......kalaulah kutahu...
18 comments:
maaf cikgu, biar sy sambung ye "gapi terkulai layu..dek kerana sebab yang tidak dapat dikenalpasti..tetapi dek kerana muntahan sang belacan berada dekatnya, sang belacan telah dikambinghitamkan dan dituduh meracuni gapi..sang belacan juga dituduh berkomplot menghapuskan gapi walhal sang belacan hanya sebuah makanan"...( betulkan jika saya salah...)
Aduhai.. siapakah yang tergamak membelancankan gapi itu?
sian.. nak kene hati len kali..
Salam..
Oh,begitu kisahnya...apa nk buat, sudh ketentuanNya...
"Oh...kalaulah ku tahu..." -ini ayat sy tlg tukar bleh ke? Mcmni,
"Oh...begitulah qada' & qadarnya..."
Smoga ckgu mndpt penggantinya. Trpksa la beli ikan baru eh!
Wassalam...
sahromnasrudin,
Tahniah dan syabas!!
Anda telah berjaya memperkaya plot cerita...saya teruja, anda hebat! Benar, belacan dituduh, walhal ianya hanyalah suatu bahan...
Entahla Kakciks,
rasanyalah ianya sebuah tragedi...
...tiada siapa sanggup membelacankannya.
maiyah,
laen kali aku x buat dah...sumpah!
aa,
cedok je kat lam kolam tu...
akuarium mendapat penghuni baru.
qada dan qadar juga mahukan ayatnya begitu...terima kasih membantu.
Assalamualaikum Cikgu Humairi
Masyaallah
rupanya belacan punya angkara
maka si gapi pun terkulai layu
adakah belacan tidak membawa angkara kepada kita
he he
Wassalam
salam,
ajar la gapi makan sambal belacan sodap tu..
w/salam Rozali,
bukan angkara belacan semata,
juga besubahat cili durjana..
w/salam penjejak maya,
ermmm..ok, saya cuba jadi orang pertama melatih gapi makan sambal belacan....accidental pertama - gagal huuu...
salam cikgu
selalu kita dengar pepatah, semut mati kerana gula.....gamaknya sikit ari lagi karam singh walia kena tukar pepatah gapi mati kerana belacan....sian gapi itu...
w/salam ustaz,
kena terbit sketsa gapi ni dulu kat tv3....baru terangkat-angkat tangan karam singh walia menggayakan pepatah baru tuh....agaknya tutup idung kot???
Aslmkm Cikgu.
Aduh sedih dengan cerita .. tp BM Kak G yg betul pun tak lurus, garuk kepala pulak dgn lengguk beralun ni! :) Hmmm, biar begini jawapannya:
Yang nyata belum tentu kebenaran
Yang samar belum tentu kabur
Apa yang berlaku redhakan
Yang mati abadikan dikubur.
salam
gapi di air
belacan di lesung
dalam akuarium bertemu jua...
kalau dah ketentuanNYA siapa yg dapat mengubah.....
w/salam Kak G,
Issyyy...xkanlah sampai macam tu...
Kak G hebat dalam BI dan BM. Posting Kak G dan jawapan di atas membuktikannya.
Bukan khayalan saya coretkan,
Tapi kebenaran yang nyata,
Jujur sahaja dalam penulisan,
Lenggok dialun dalam berkata.
w/salam CS,
bertemu tidak disengaja..
gapi mayi begitu sahaja...
Allah maha berkuasa..
Post a Comment