MUTIARA KATA HARI INI

Tuesday, May 3, 2011

Rumahku Syurgaku

Biarlah salah di mata mereka
Rumah saya
Suka hati sayalah

Saya pernah dengar
Orang kata
Rumah saya macam hutan
Terpaksalah saya kurangkan hutannya

Orang kata rumah saya macam zoo
banyak binatang
Maksud mereka saya bela nyamuk
Ermmm.....biar nyamuk gigit mereka.



Negeri besar, rumah besar, berapa pun panjang perian takkan terantuk.

Nan pekak pelepas bedil, nan buta pengembus lesung, nan bisu penggera ayam, nan lumpur penghuni rumah.

Hendak berumah berumah pula, Rumah saya di tengah huma; Hendak bermaaf bermaaf pula, Maaf seorang maaf semua.

Kudedikasikan alunan bangsi ini untuk Shahromnasrudin sempena kembalinya beliau melayang minda.

46 comments:

CIKGU NAMAN May 3, 2011 at 8:27 AM  

harga rumah sekarang memang tak msuk akal...

ZaridaIshak May 3, 2011 at 8:54 AM  

home sweet home... kurangkan manis dalam minuman dan makanan...gula dah mahal... lalalla

ibuintan May 3, 2011 at 4:15 PM  

alahaaaai cikgu,

sayunya sampai ke sini

ahmad humairi May 3, 2011 at 4:47 PM  

n@m@n,

Nak buat camana, kita tak tahu nak membinanya sendiri...beli aje lah. Buat sendiri hanya jadi pondok...huuu, insaf pada kekurangan diri.

ahmad humairi May 3, 2011 at 4:53 PM  

YB,

Begitulah manisnya berumah, bertangga sendiri. Gula mahal taklah macan rumah...mahal-mahal pun dibeli orang juga.

ahmad humairi May 3, 2011 at 4:55 PM  

ibuintan,

ermmmm, begitulah sayunya hati saya, bukan menangis tetapi patriotik pada hak sendiri.

Abd Razak May 3, 2011 at 5:13 PM  

Assalamualaikum...

Banyak hutan lebih banyak oxygennya cikgu..:)

Kakzakie Purvit May 3, 2011 at 5:47 PM  

Assalamualaikum cikgu,

Baiti Jannati...

Mana-mana hutan banyak dah kena tebang, kita binalah sendiri agar ekosistem rumah kita terjaga. Nak tanam pokok besar tak larat, kecik-kecik jadilah.....

ahmad humairi May 3, 2011 at 5:48 PM  

w/salam Abd Razak,

Memang terasa segar bila melihat kehijauan mengelilingi kita, alhamdulillah.

ahmad humairi May 3, 2011 at 5:50 PM  

w/salam Kakzakie,

Mahaltu nak kecikkan pokok-pokok besar tu nak buat bonzai....tak laratla saya...huuu.

sahromnasrudin May 3, 2011 at 7:36 PM  

assalamualaikum cikgu..

trime kasih atas dedikasi ini..sangat terharu saya...

rumah ini..
jika baik penghuninya..
akan senantiasa tenang..
walau jauh didalam hutan..
ketenangannya terasa..

rumah ini..
jika disiram dengan kasih sayang..
akan senantiasa harmoni..
walau nyamuk bertandang..
tetapi tandangan mereka untuk menumpang kasih sayang..

rumah ini..
jika dibaja dengan unsur agama..
pasti akan dirahmati oleh-Nya..
walau luasnya sekangkang kera..
tetapi luas dimindanya...

sitinaminah02 May 3, 2011 at 7:39 PM  

lantak la rumah macam hutan, yg penting rumah sendiri. bukan rumah sewa. keh3x

ahmad humairi May 3, 2011 at 8:15 PM  

w/salam sahrom,

Rumah abadi saya hanya seluas 7' x 2'

ahmad humairi May 3, 2011 at 8:17 PM  

GC,

Kiranya sewa jugak....sewa beli...masih kena potong gaji membayonye....mati sok freela bagi orang yang mewarisinya...demikian adanya.

MOH KEMBARA May 3, 2011 at 9:40 PM  

Assalamualaikum Cikgu Humairi, kecik ke besor, kita yg jadikan dia 'home' utk kita dan kuarga dok berteduh. Buat ler apa yg kita suka, janji tak kaco orang.

sonata anak kancil May 4, 2011 at 2:51 AM  

rumah banyak pokok - sejuk kawasan sekitarnya...rumah sy pun banyak pokok....ala2 konsep resort gitu

Mohamadazhan.com May 4, 2011 at 5:31 AM  

sebut rumah, teringat pula mak dgn ayah =)

Admin P@P May 4, 2011 at 7:30 AM  

Assalamualaikum.
Kempen Hijau.
Segar.
Banyak oksigen, kurang penyakit.

Kalau tak ada laman kena lebih kreatif untuk hasilkan kehijauan.

TQ

zulkbo May 4, 2011 at 8:34 AM  

salam..
ermmm...bertuahnya
Syah dapat puisi khas
dari Cikgu kita nih
he he..tahniah!

ahmad humairi May 4, 2011 at 5:22 PM  

Mommy Fara,

Manis yang ini tak mengapa...bukan bawaan diabetes.

ahmad humairi May 4, 2011 at 5:26 PM  

w/salam yong Mohkembara,

Aje yang ye. Umah beso lubang cacin pun.....umah awak juge. Tapi kan teman tokleh laghi dari kompelin oang sekelilin. Kena amik kire juge pandangan oang laen erak yong.

ahmad humairi May 4, 2011 at 5:27 PM  

sonata,

wow! nanti saya menginap kat umah ala-ala resort tu, boleh yea?

ahmad humairi May 4, 2011 at 5:29 PM  

Mohamadazahan,

Hmmm....dulu kita duduk kat umah mak, sekarang mak duduk kat umah kita, boleh? Takla asyik teringat je.

ahmad humairi May 4, 2011 at 5:30 PM  

w/salam Admin P&P,

Hijau warna alam.
Namun ada yang tak suka pada warna hijau.
Ermmmm....apalah ada pada warna?

ahmad humairi May 4, 2011 at 5:38 PM  

Miecyber,

Yup!, be ourselves, behave themselves.

ahmad humairi May 4, 2011 at 5:49 PM  

w/salam zulkbo,

sajeje memenuhi permintaan dia untuk alunan muzik tu...hehe

Anonymous,  May 4, 2011 at 8:49 PM  

Aslmkm.
Kak G kalah betul dengan irama puitis mendayu-dayu begini. Alahai!
Ya juger ler, hiasan ikut citarasa kita sendiri! Memang rumah tempat kita memadu kasih, memupuk sayang; berdamai santai - antara rahmat terbaik dari Allah SWT.

zue May 4, 2011 at 9:01 PM  

teringin nak rumah besor...

ahmad humairi May 4, 2011 at 9:33 PM  

w/salam Kak G,

Masing-masing punya cita rasa. Berbeza, namun terarah ke jalan nan lurus.

Irama nan mendayu buat orang sendu, pilu, bisa sahaja mengalikan air mata, namun saya tidak menangis...tapi patriotik serta cinta, kasih, sayang pada diri sendiri.

ahmad humairi May 4, 2011 at 9:36 PM  

Zue,

Tidak salah memiliki rumah beso, harta yang banyak namun ianya hanya akan diwarisi oleh orang yang ditingalkan...tokleh nak dibawa bersama ke sana.....erm untuk kesenangan mereka yang ditinggalkan juga, insyaAllah.

Mutiara Bernilai May 5, 2011 at 2:23 AM  

salam cikgu humairi,

lama sudah mutiara tak datang menyinggah.

ah. tak mengapa, rumah kita, cara kita la kan?

mutiara suka pokok kemboja! nak tanam banyak2 sekeliling rumah..

^__^

ahmad humairi May 5, 2011 at 2:26 AM  

w/salam mutiara,

wangi tu...
kalau malam-malam bau wangi....
hmmmmm...

nanti tersalah tafsir.

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o May 5, 2011 at 2:39 AM  

pantun cantik bukan kemain
gua datang mau komen

ainhany May 5, 2011 at 2:45 AM  

berpuitis bahasa sang guru ini ..sungguh terkasima bahasa disusun..
tumpang gumbira meraikan shahrom kembali...bolehkan cikgu?

aby May 5, 2011 at 9:04 AM  

salam AH,
aduss ..
klu umah gah mcm tu dikata buruk,
mcm mana klu umah buruk betul yer ..

apepun cantik landscaping dia,
dapat lepaskan kucing2 aby,
pasti berlari berkejaran depa tuu

ahmad humairi May 5, 2011 at 5:33 PM  

brutalsolo,

Terima kasih atas komen.

Ceria selalu.

ahmad humairi May 5, 2011 at 5:34 PM  

ainhany,

Semua gumbira bila Shahrom melayang minda kembali.....hmmmm...ape salahnye.

ahmad humairi May 5, 2011 at 5:37 PM  

w/salam sby,

'Cantik' itu terlalu subjektif dan boleh jadi sukar untuk dimengertikan.

Hmmm...jemput selebriti Nash shooting kat laman saya...boleh tumpang glemer.

izakhairi May 5, 2011 at 6:15 PM  

Cikgu Myri,

Bersua kita semula...
di alam maya...

Izinkan ku mencoret sesuatu,
pastinya untuk melepas rindu,
membaca coretanmu,
teramatlah syahdu.

ku kembali melihat rumahmu,
yang mengata memang tak tau malu,
tak reti nak hias tak nak mengaku,
diungkapkan seperti zoo...

rumah kita, kitalah yang mencoraknya...
biarlah apa orang nak mengata,
asalkan hati bahagia,
yang pastinya rumahmu nampak begitu selesa,
menggamit ketenangan jiwa,
boleh ke sana bersama keluarga?

Granny Hani May 5, 2011 at 6:24 PM  

rumah kita,syurga kita..biarlah tak sehebat rumah org lain..asal kita bahagia

ahmad humairi May 5, 2011 at 7:09 PM  

Sis iza,

Terima kasih masih sudi.

Tak mengapalah. Hak mereka menegur. Kalau Aiman tak kesah (Anak saya - namanya Aiman), saya juga tak kesah.

Bila tu? Nanti saya bariskan bunga manggar.

ahmad humairi May 5, 2011 at 7:13 PM  

hani@debumelukut,

Sang jentayu turun ke laman bulan...lama tak bersua. Macam izakhairi juga...banyak urusan yang perlu kita bereskan dahulu.

ermmm...teratak saya...di namakan Bayu Mesra.

Kak Amy May 6, 2011 at 3:45 AM  

sayunya sampai ke sini...

ahmad humairi May 6, 2011 at 4:55 AM  

Amy,

Sayu dan patriotik...huuu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP