Malam ini malam Sabtu,
Malam besok malam Ahad;
Rupa yang tujuh menjadi satu,
Inilah jalan jalan makrifat.
Hari ini hari Sabtu,
Besok hari Ahad;
Pergi sembahyang lima waktu,
Baharu nabi mengaku umat.
jangan berbelog sampai lalai
selamat hari ibu buat ibuku
juga buat ibu anak-anakku
47 comments:
Assalamu'alaikum cikgu,
Hari ini hari Sabtu
kakak kerja setengah hari
sebagi wanita berkarier, isteri & ibu
tak mungkin berblog hingga lupa diri
w/salam Kakzakie,
Hari ini hari Sabtu,
Kerja sekerat hari,
Selamat Hari ibu,
Khas buat Kakzakie.
Assalamu'alaikum Myri...
hari ini hari Sabtu
esok pula hari Ahad
baik sekali pesananmu cikgu
sesama kita saling mengingat...
w/salam Kakcik,
Selamat Hari Ibu buat Kakcik juga,
Moga semuanya sihat walafiat,
Bergembiralah bersama keluarga,
Dengan pesanan biasa untuk diingat.
Assalamualaikum Cikgu Humairi :)
Hari ini hari Sabtu
Hari esok hari ahad,
kalau mahu cinta Tuhan Yang satu,
Ayuh kita menjadi taat.
^__^
selamat bersabtu cikgu!
p/s: cikgu tak mau kongsi dgn saya ke bebelan ibu cikgu?
w/salam mutiara,
Selamat bersabtu buat mutiara,
Selamat juga buat semua ibu,
Cinta nan Satu amat ketara,
Pada Ahad, Khamis, Jumaat, Sabtu, Isnin, Selasa, Rabu.
....paaannnjangg bebelan ibu...nak pos kemana????, insyaAllah jika Tuhan izinkan.
Hari ini hari Sabtu,
IM bercuti,
aduh... terlupa pula aku,
solat Dhuha sepatutnya tadi..
assalamualaikum cikgu humairi...
prtama kali saya singgah dan komen di sini....selamat hari sabtu buat cikgu...moga hari ni memberikan 1001 kebahagiaan buat kita semua...
senyum selalu cikgu..
w/salam IM,
Hari ini hari Sabtu,
IM cuti,
Jangan begitu,
Qadha balik nanti.
W/salam AAS,
Pertama kali singgah dan komen,
Sambil komen senyum selalu,
Nanti boleh mintak tolong posmen,
Hantar komen selalu.
...sering bertemu di ruangan komen blog sahabat dan sekali sekala singgah tanpa komen di blog anda.
Anda hebat!
Ceria selalu!!!
alahaaaii....dah pernah singgah ek blog saya...kalau begitu kenapa diam sahaja...hehehe....
malu berbicarakah? hehe..
jgn marah..gurau saja..
:)
Assalamualikum
Hari ini tentulah hari Sabtu
Esuk pula dah pasti hari ahad
ku ucap selamat hari ibu
di hati tetap kasihmu terpahat
Cik amy,
Ye, kita dah lama 'kenal' tapi memasing malu, kann?
Lidah kelu tak terkata,
Lihat avatar kiut miut,,
Blog anda cantik di mata,
Mahu bicara, tertutup mulut.
w/salam nyanyisunyi,
Dah tentu,
hari ini Sabtu,
Kasih ibu,
Hanya anak anak anaknya satu.
wahh....cikgu myri ni suka berpantunlah...hehehhee.....bagus....saya nak berpantun tapi tak pandai..boleh tulis camni je la ek..hehehe... :)
oppsss....oleh kerana banyak kali saya komen hari ni....saya nak linkkan blog cikgu myri ni kat blog saya bole?? hehe...senang nak lawat kemudian hari... :)
Cik amy,
sile, sile.
Blog anda juga telah saya add kan kat sebelah kanan tuh....senang nak stori-mori bile-bile dia berada kat top of the list nanti.
Aslmkm.
Ke mana menuju di pagi Rabu,
Laju berjalan tapi langkahnya santun,
Sempena Sabtu & Hari Ibu,
Cikgu anjurkan pesta pantun?
Teringat pula waktu remaja,
Saban Sabtu ketika disekolah menengah,
Amat nakal & pergi merayap saja,
Tu pasal ler selalu kena marah.
Kak G tumpang memeriahkan suasana! :)
w/salam Kak G,
Terima kasih turut memeriahkan suasana. Kak G hebat berpantun juga!
Berpantun pada yang sudi,
Berseloka, bersedih tidak,
Jalan di tepi-tepi,
benang arang orang jangan dipijak.
Anak merayap saban Sabtu,
Sambung Ahad pergi meredah,
Kena marah, bukan maksudnya itu,
Marah ibu, marah bermadah.
Selamat Hari Ibu buat Kak G juga.
Anak Cipan mengutip batu
Tersampuk pula di pokok Kemahang
Hari ini hari Sabtu
Hari cuti Hol di negeri Pahang
Osama Laden seorang Idola
Miecyber,
Ermmm...
Kok Hari Hol tertarikh Ahad,
Cuti tambahlah di hari Isnin,
Tapi Sabtu sudah di had,
Bannyak cuti nanti jadi penin.
salam AH,
ari ni sabtu,
sok hari ahad ..
Hari Ibu,
nama hari Ibu,
hari pocket papanya rabak juga ..
anak2 dah minta bajet utk beli barangan mama ...
sok hari ibu...
tengah menghadap lap top ..
carik idea nak tulis apa utk hari ibu ...
hu..hu...
w/salam aby,
Gugur ranting ke bumi,
Bersama gugur daunan layu
Bersempena hari ibu ini,
Tulisla ..I love you.
Hari ini hari Sabtu,
esok pula hari Ahad,
Kalaulah masih ada ibu,
Sayangi dia sepanjang hayat.
ibuintan,
Hari ini hari Sabtu,
Hari esok hari Ahad,
Walau ibu tiada di situ,
Dimana-manapun wajahnya terlihat.
pesanan yang baik dan harus diikuti...aduyai semua main pantun plak ni...
haqi ini haqi sabtu
esok dah haqi ahad
Depa kata haqi ibu
jom kita pakat ucap
***SELAMAT HARI IBU*****ugat
bukan blog punya sebab
sampai solat pun tergugat
adat pompuan ade bersebab
uzur syarae itulah hakikat
assalamualaikum cikgu
malam ini malam minggu
dapatlah menjenguk blog cikgu
apa khabar, cikgu?
Assalamualaikum Cikgu.
sebab ari ni dah hari ahad, maka kena terbalikkan pembayang pantung.
Hari ini hari ahad.
semalam pula hari sabtu.
Lebih aula dari berjihad.
Tugas si anak menjaga ibu.
selamat hari ibu kepada semua bergelar ibu...
sekarangng ibu yang lahir anak tiada bapa pun ramai...
Sham,
Pesanan yang baik tak semua suka,
ada ikut, tak kurang mengata,
Main pantun dan berseloka,
Tidak tahu tidak mengapa,
ainhany,
haqi ini dah pun ahad,
esok haqi isnin lak menjelma,
Fahamlah hamba uzur syarie dan hakikat,
Namun uzur tidaklah lama.
Cikgu Ma,
Khabar baik Cikgu Ma,
Apa kababarmu juga Cikgu Ma,
Bekenalan kita memang dah lama,
Komitmen pada kerja itu diutama.
W/salam shameel,
Orang senila katakan...terbalik ikut manapun menjadi.
Hari ini hari ahad,
hari sabtu sudah berlalu,
Banyak rupanya cabangan jihad,
Doakan kesejahteraan ibu selalu.
Mohamadazahan,
Kasihan si anak yatim itu...
Mak Minah duduk di pintu,
Duduk di pintu merejut renda;
Merana hamba yatim piatu,
Tiada ayah tiada berbonda.
Assalamualaikum Cikgu Humairi,
Semalam Hari Sabtu,
Hari ni hari Ibu?
Alaa...cikgu menang angkat tangan dan dpt herba oregano nanti. Ngape tak check kat blog saya? Meh bagi nama dan alamat penuh kat hellibra2@hotmail.com ya.
salam...semua pakat susun pantun je...
selamat hari guru..ucap awal...kot2 tak sempat
w/salam yong mohkembara,
betuike,
ingat memain,
tak sangke,
ingke kemain.
esok teman emelkan halamat teman iye...mekasih.
w/salam sonata,
esok balik lambat,
ada mesyuarat hari guru,
bincang apa nak buat,
moga hari guru tak haru.
...selamat hari gurula pulak diucapkan pada cikgu sonata serta semua guru malaysia.
assalamualaikum cikgu...
orang kata bila hari isnin je, duk monday blues...
tapi yang saya tahu ito blues gang je...
tapi saya mmg pening pun..
pening duk kerana baru turun dari cameron hehehehehhehe
Salam Cikgu,
Batang kelapa menjadi titi,
Menjadi jambatan di air kali,
Blog ini yang sentiasa dinanti,
Pantun diberi manis sekali.
Cikgu, sila beri tunjuk-ajar. Saya bukanlah arif tentang pantun nie. Heheheh....tapi walau apapun, syok gak pantun berpantun nie eh? =)
alamak nak berpantun tapi tidak pandai cukuplah sekadar hai2 di sini ye...
w/salam sahrom,
Pening turun dari Cameron,
Turun Tapah berbelok-belok,
Amik mc ajelah arini sahrom,
Nanti boleh melayang minda elok-elok.
w/salam Mommy Fara,
Batang kelapa dititi wajar,
Jadi jambatan penghubung hati,
Saya tak pernah berhenti belajar,
Hendak mengajar takut tak reti.
pantun mommy fara hebat sekali.
amy syaquena,
sajeje amy tu,
bukan tak reti,
hai-hai jetu,
boleh sambung lagi...
Assalamualaikum...
Duhai ibunda...
Keindahan dunia tak akan tergantikan dengan keindahan dirimu.
Indah... semua begitu indah dalam alunan cintamu, menelisik lembut, membasahi lorong hati dan jiwa yang rindu kasih sayangmu.
w/salam Abd Razak,
Aduhai,
lembut indah coretanmu bak belaian ibu...keras, kasar, kuat, tapi lembut!
Post a Comment