MUTIARA KATA HARI INI

Sunday, May 1, 2011

Rambut Bapa Saya


Boss saya bapa saya cikgu saya
kawan-kawan kata mirip saya
rindu pada bapa..dah 21 tahun pemergiannya, namun sentiasa bersama


Rambut bapa saya sudah berpindah ke kepala saya sendiri.

Wajah terkini saya. Ermmm...nak luruh rupanya hari. Tidak pernah bergelombang tujuh. Inilah tua rupanya saya. Tidak pernah mumbang tumbuh.

Saya naik kuda yang talinya di buat dari sabut. Berkedekuk-kedekuk jauhnya sampailah ke bendang. Dulu, masa saya muda semua berebut. Kini saya dah tua hanya pandang-pandang, rasanya tak pandang.

Kata bidalan, dari cempedak baik lagi nangka. Katanya lagi, nangka tu panjang tangkainya. Hmmmmph.....dari budak baikle lagi orang tua. Orang tua (kebanyakannya) panjang akalnya.

Terima kasih cikgu. Sentiasa kukirim pahala buatmu.

34 comments:

aby May 1, 2011 at 5:44 AM  

salam AH,
dulu mase muda, ramai berebut,
bila dah tua hanya pandang2 jer ..

ok la tu,

masih laku lg klu berkeinginan ..
laki2 ni lg tua lg laku,
apatah lg klu dia single father,

ramai nak pandang2 dan merapat rapat ..
he..he..

shameel Iskandar May 1, 2011 at 6:01 AM  

Assalamualaikum cikgu.

Usia meningkat, pengalaman bertambah.

zulkbo May 1, 2011 at 6:40 AM  

Salam..
kemana tumpahnya kuah
kalau bukan ke nasi..
ermmm..bertuah bila
seiras bapa..baru betul
anak ayah nih..he he

Rafi Harumin May 1, 2011 at 6:53 AM  

Semoga bapa sejahtera di sana. Jangan putus berdoa ya sahabat.

Abd Razak May 1, 2011 at 7:42 AM  

Assalamualaikum...

Kita semua dalam perjalanan menuju~Nya cuma bezanya waktu tak sama, ada yang cepat dan ada yang lambat.

Moga Ayahanda cikgu bahagia di sana.

Mohamadazhan.com May 1, 2011 at 12:18 PM  

berusia berpengalaman tu =)

Al fatihah utk ayahanda cikgu

ibuintan May 1, 2011 at 5:46 PM  

Assalamualaikum cikgu,

walau perginya dah lama, rindu sentiasa ada dan doa sentiasa mengiringinya... kan

moga arwah tenang di sana

Unknown May 1, 2011 at 7:39 PM  

Assalam
kata org jika seiras selalunya 'panas'tp sy tk percaya..kerana yg penting didikan dn kasih sayang yg diberi...

tambah berusia tambah mematangkan kita kerana banyak pengalaman yg dilalui..

muga arwah ayah kamu damai dan tenang di alamnya dgn ingatan dn doa serta bacaan ayat2 suci AlQuran dari anaknya.

ahmad humairi May 1, 2011 at 10:06 PM  

w/salam aby,

jangan pandang pandang...
jangan pegang pegang...
biar regang regang....

....tgh nyanyi ni...

ahmad humairi May 1, 2011 at 10:08 PM  

w/salam shameel,

Pengalaman bertambah....moga tabah menempuh pelbagai pengalaman pahit dan manis.

ahmad humairi May 1, 2011 at 10:16 PM  

miecyber,

moga berubah ke arah yang lebih positif.

ahmad humairi May 1, 2011 at 10:18 PM  

w/salam zulkbo,

waktu mula ayah pergi, rasa macam dah hilang tempat bergantung, namun bila ingat pada yang Maha Kuasa dan Maha Adil, hati terubat jua.

ahmad humairi May 1, 2011 at 10:20 PM  

ashrafi,

Terima kasih sudi singgah. InsyaAllah, akan sentiasa berdoa untuk kesejahteraan ayahanda di samping doa untuk diri sendiri, keluarka dan teman-teman semua.

ahmad humairi May 1, 2011 at 10:21 PM  

w/salam,

cepat atau lambat....dan yang pasti kita kan mati....moga sentiasa bersedia menghadapinya.

ahmad humairi May 1, 2011 at 10:22 PM  

Mohdazahan,

Terima kasih atas al fatihah itu.

ahmad humairi May 1, 2011 at 10:23 PM  

w/salam ibuintan,

Memang rindu dan sekali sekala bertemu dalam mimpi....bagai realiti.

ahmad humairi May 1, 2011 at 10:24 PM  

nyanyisunyi,

terima kasih atas doa,

dan terima kasih sudi singgah....salam perkenalan.

Maiyah May 2, 2011 at 3:52 AM  

assalam..

hehe.. bak kta amy search.. age is just a number.. bila kita tgk rmbut kita yg dah putih ni, kita makin tersedar kan kan kan

ahmad humairi May 2, 2011 at 4:51 AM  

w/salam Maiyah,

Ye Maiyah, saya sedo, saya dah tua...
but age is just a number...hidup ini biru kannn?...so keep on blues.

...apalah ada pada warna...

Rashid May 2, 2011 at 6:39 AM  

wahh handsome nya ..

jelingannya tu.. tumpah kat nasi kot.. hehe

ahmad humairi May 2, 2011 at 4:57 PM  

Rashid,

Ermmm...hensem masem.

Jelingannya....tumpah ke hati...hehe.

Kakzakie Purvit May 2, 2011 at 5:24 PM  

Assalamualaikum cikgu,

Syukur telah ada uban yg mana akan mendekatkan diri kita kepada Sang Pencipta.

ahmad humairi May 2, 2011 at 5:37 PM  

w/salam Kakzakie,

Alhamdulillah...masanya kian sampai.

sahromnasrudin May 2, 2011 at 8:00 PM  

assalamualaikum cikgu..

trime kasih bertanya khabar akan saya..

masa muda...
kawan ramai..
semangat berkobar-kobar..
idea bercambah-cambah..
nak ubah itu nak ubah ini..
semua orang tak betul..kita sahaja yang betul..

masa tua...
kawan sedikit tetapi..
sedara mara bertambah..
semangat tetap ada tetapi pengalaman lagi berharga...
datang orang muda menyapa..
biarlah...
aku pun dah pernah rasa semua itu..
hendak mengubah tetapi tak tahu diri telah berubah....

ahmad humairi May 2, 2011 at 8:15 PM  

w/salam sahrom,

Selamat kembali.

Perubahan ketara adalah pada angka yang boleh sahaja dirahsiakan.

Moga perubahan menjurus kepada kebaikan.

ong ong kedek kedek May 2, 2011 at 8:22 PM  

makin tua makin orang nak...
(ade awek ckp kat gua, hahhaha)

ahmad humairi May 2, 2011 at 8:41 PM  

republikn9,

awek tu nak yang laen tuuu...

Anonymous,  May 2, 2011 at 11:53 PM  

Aslmkm Cikgu.
Memang begitu perjalanan hidup menuju ke Akhirat sana.
Semuanya bermisi & objektif khusus iaitu bagi menyempurnakan pengabdian & kewajipan kepada Allah Yang Maha Esa untuk memastikan kebahagiaan terbaik di SANA.
Usia tua & bunga2 lalang di kepala adalah peringatan buat kita. Kan? Mudah2an dimanafaatkan.
Al Fatihah untuk arwah Ayah Cikgu.

ahmad humairi May 3, 2011 at 1:43 AM  

w/salam Kak G,

Terima kasih atas petua-petua dari Kak G. Ada saya amalkan sebahagian darinya namun tidak konsisten juga.
Kengkadang buat, kengkadang tak buat. Ubat klinik tu yang nampaknya mudah diambil.

zul permatang badak May 3, 2011 at 1:45 AM  

Tua...tak lah...
kita lari pun ia datang juga....

terima ajelah......
kawan2.......tua sama tua.....
memang seronok berkawan dengan orang tua......banyak ilmu...

pengalaman.....sepanjang malam pun tak habis.......

zue May 3, 2011 at 2:50 AM  

org ppuan sekrg suka yg tua..byk duit dan byk pengalaman..:)

ahmad humairi May 3, 2011 at 5:25 AM  

zul,

Mungkin lebih selesa dengan perkataan lama yang sinonim.

Kita lari dia datang juga, dan kita terus berlari dan kita semakin seronok berlari, menari dan berperi-peri menjadi diri sendiri.

ahmad humairi May 3, 2011 at 5:27 AM  

zue,

orang tua tak semestinya banyak duit namun nilai pengalaman melebihi duit!


...ermmm sebab itulah iye?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP