Pergi Tak Kembali, Datang Tak Mahu Pergi.
Nen hadir secara mengejut. Tidak dijemput. Membawa rumput. Juga daun reput. Sungguh sibuk. Sungguh repot. Nen seekor kelicap kunyit.
Memang kusediakan sebuah rumah persinggahan, namun Nen lebih selesa membinanya sendiri. Nen tidak pernah mengkritik dan tidak banyak karenah. Sudah beberapa kali dia bertelur dan menetaskan anak. Ada ketikanya, waktu ribut, sarang yang tergantung terputus dan jatuh ke lantai. Aku sambung dan gantungkannya semula.
Nen pergi tak kembali lagi. Rumahnya masih menghiasi laluan keluar masuk rumahku, membuatkan aku sentiasa mengingatinya.
Kini, Kembang pulak menyerah diri. Datang dan terus tidak mahu pergi. Seekor kucing hitam berbulu kembang dan gemuk. Lagak Si Garfield. Apakah ini bermakna rezeki kan mendatang bila mereka menyerah diri.
48 comments:
kucing bersedia nak ngappp bila ada pluang
GC,
Kembang xpt nak ngap Nen sebab dia jenis malasss.
erm.... sebelum pergi ucaplah selamat tinggal... kalau nak datang pulak ... call yerk...
salam cikgu,
ini ke sun bird???
السلم عليكم ورحمة الله
Kembang datang menumpang rezeki...
Assalamualaikum,
sahabatkan sahaja mereka berdua cikgu...comelnya si garfield~~~
assalamualaikum cikgu..
nen, budi kau tak dapat kulupakan..
nyanyian kau bisa menjadi nyanyianku..
nen, kenapa kau biarkan istanamu kosong..
kerna ada yang sedang menanti merobek istanamu itu..
apabila peluang di hadapan mata..
si perobek itu akan mengganas..
seolah-olah dia seorang yang sangat asing bagiku...
Aslmkm.
Nen & Kembang datang kerana selesa ... damai mendampingi insan yang baik hatinya. Pasti begitu ceritanya! :)
Namun mangga/mempelam & epal jelas berbeza! :)
Salam.
Sedap nama dia - NEN.
dah lama ke mmbela NEN. Nmpak masih mengharap kepulangannya.
entah2 dah lama KEMBANG ngap NEN kot itu pasal dia nmpak malas je sbb dia dah kenyang.
NEN....biasa dengar... nama timangan seseorang. Nen pergi menginggalkan sarang, sebagai balas budi cikgu yang baik hati.
kembang yang comel,
hati pun kembang menerima kehadirannya,
kembang hadir mencari rezeki dan mungkin membawa rezeki
saya suka pada spesis kembang, tapi dah tak boleh membelai spt selalu demi anak yg ada alahan
Orang yg baik hati akan sentiasa di 'rahmati'..
nen, jangan tinggalkan IM..isk..isk..
As-Salam Cikgu
Hanya agakan Temuk:
Nen merajuk kerana dia malu. Sebab dia fikir rumah buatannya tak sempurna hingga ada spesis lain, yang memang selama ini disayangi, terpaksa turut memperbaikinya bila rosak.
Kembang memang telah lama kepingin menumpang, tetapi hanya kan datang apakala Nen telah terbang jauh. Kerana Kembang sedar, dia takkan dapat menahan selera untuk memamah Nen, yang amat disayangi pelindungnya.
Jika sudah serasi buat apa pergi lagi, biarlah kenbang menetap di sini.....menunggu..mungkin nen akan kembali lagi..
Assalamualaikum cikgu.
mungkin ini yg dikatakan, pergi tak dikhabarkan dan datang pula tak diberitakan.
mungkin juga, ini yg dikatakan, patah tumbuh , hilang berganti. meskipun tak sama antara yang lama dgn yang baru.
w/salam kiwi,
burung mataharike....tahla, saya panggil kelicap kunyit je..
YB,
tiada khabar berita...tup-tup datang, tup-tup ilang.
W/salam Abd Razak,
insyaAllah, rezeki mereka bersama saya...saya menumpang je.
w/salam CS,
belum dikenalpasti lagi si alim-alim kembang tu.
w/salam sahrom,
walau istana hinggap Nen kosong, ia tetap dipenuhi kisah.
w/salam kak G,
betulke begitu ceritanya?, buruk saya tetap ada....
w/salam AA,
sedap, tapi sayang tak boleh dimakan.
zue,
kini Nen hanya sekali sekal menjenguk sarangnya.
Kak Nora,
hanya melihat saran yang ditinggalkan sebagai melepas rindu....
ibuintan,
saya pun belai kembang ni....tapi dia bersin plak tetiba.
sha,
insyaAllah, baik saya dapat mengimbangi keburukan saya.
IM,
mungkinkah Nen menziarahimu???
w/salam Abang Temuk,
Merajukkah Nen? Namun sesekali ia muncuk menyanyikan lagu riang buat mengubat rindu di hati.
Arizakiah,
Kembang boleh tinggal selama mana ia menginginkannya.
w/salam shameel,
betul tu,
yang hilang tidak sama dengan penggantinya.
salam AH,
bg Nen aby kurang arif,
tp bagi kembang,
bila dia dah berlabuh kt umah AH,
AH adalah segala gala nya.
bukan sekadar menumpang makan dah teduh, sakit pening kena diterima sama ...
selamat berkembang utk kembang ...
W/SALAM ABY,
Kembang sekarang ni bersin aje....kesian dia, saya belum lagi membawanya ke klinik.
assalamualaikum...
golek- golek golek...
tenung, tenung, tenung...
eh, manyaknyer bulu kucing...
w/salam white rose,
bulu kembang ni pesen lain sket....dia bergumpal - senang sket nak membersihkannya.
Assalamualaikum cikgu,
Kakak tertinggal....
Rajin cikgu membela yg datang dan sabar menanti yg entah bila akan kembali....
w/salam kakzakie,
sesekali Nen datang melawat sarang yang ditinggalkannya...atau mungkinkah anak Nen yang datang?
Nen tiada Kembang ada.Ada rezeki lain nanti
cikgu bela burung ke???
monalea,
moga masin mulut monalea....insyaAllah.
sonata,
x....sukati diaje nak datang.
assalam.. kucing lerrr, suker :D
comel la itu kucin kih3, geram3
nen pergi meneruskan kehidupannya di kediaman lain...
W/SALAM MAIYAH,
Banyakke kucin kat umah maiyah??
republik n9,
kalo geram gigit dia...hehe..
sham,
yang datang ziarah saya mungkin bukan Nen...mungkin generasinya.
Post a Comment